Sunday 27 July 2014

Kekuasaan Mu Ya Allah!

Assalammualaikum.

Ramadhan 28, 1435 H.

Esok raya,

semuanya bakal disambut dengan sederhana.

In Sha Allah. hari kemenangan buat umat Islam . tapi tahun ini seakan-akan suasana beraya tak seperti raya tahun -tahun sebelumnya. dari Mac 2014 kita dikejutkan dengan musibah MH 370, yang sampai sekarang masih tiada penghujungnya, pesawat tersebut masih menjadi misteri kerana kehilangannya masih belum dapat dikesan. terbaru perang yang sedang berlaku di Palestin. Israel terus-terusan menyerang Palestin tanpa belas kasihan. Allah! selamatkanlah bumi Palestin. wahai rakyat Palestin! aku mencemburui dan kagum dengan  kamu dalam diam, kamu gagah berjuang demi pertahankan tanah airmu, kamu terus bersemangat demi tanah air mu, kamu terus mara ke hadapan demi Agama Kita, Agama Islam!. dan dalam perjuangan Jihad mu itu, kau telah tumbang Syahid. sungguh besar nikmat yang menanti kamu diakhirat kelak. sesungguhnya di alam akhirat nanti tempohnya ialah abadi bukan sementara seperti di dunia ini. 

Kemudian, disebabkan konflik dua negara, sekali lagi pesawat MH17 yang sepatutnya tiba dari Ukranie ke Kuala Lumpur pada pukul 6.00 pagi telah ditembak dan terhempas sehingga tiada satu nyawa pun yang terselamat! Allah ! begitu besar dugaanMU. Seorang bapa kehilangan anaknya, seorang suami kehilangan isterinya, seorang anak kehilangan ibu bapanya, dan ada juga sebuah keluarga turut terkorban. tidak dapat zyla nak bayangkan apa perasaan ahli keluarga mangsa yang begitu teruja menunggu kepulangan insan tersayang. 

seperti itu juga perasaan ahli keluarga mangsa MH 370, jika MH17 mayat mangsa sudah dibawa untuk pengencaman tetapi mangsa MH370 belum juga ditemui. 

pastinya mereka pilu mengenangankan AidilFitri yang bakal menjelma. sudah tentu kesedihan mereka kembali bertandang. 
Tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri sebab kejayaan beliau mendapatkan kotak hitam dan mayat mangsa MH17 kepada pihak Malaysia dalam  jagaan yang selamat. walaupun proses pengencaman mayat dijangka mengambil masa berbulan lamanya, zyla doakan supaya ahli keluarga mangsa terus bersabar. In Sha Allah besar rahmatnya bagi mereka yang bersabar 


tidak tertahan sebenarnya air mata zyla saban hari mengikuti perkembangan yang berlaku di Palestin. Masya -Allah! sedangkan Palestin yang diserang, begitu banyak nyawa terkorban terutamanya wanita dan kanak-kanak, pihak Israel dan sekutunya terus-terusan menyerang tanpa henti.

 zyla berdoa agar perang ini bakal berakhir. tidak sanggup untuk zyla terus menatap gambar-gambar anak-anak Palestin yang syahid penuh dengan darah, cacat anggota badannya , dengan kehidupan mereka yang serba serbi tidak cukup keperluannya. 

zyla cukup terharu dan terus menjadi kuat dengan ayat seruan ini.

"berdoalah wahai muslimin, sesungguhnya orang kafir itu tidak memiliki kuasa doa seperti kita!"


sebelum zyla meneruskan perjalanan,

bersempena Hari Raya Aidilfitri 1435 H, zyla memohon maaf kepada sahabat, rakan, kenalan, ahli keluarga dan sanak saudara atas sebarang kesalahan yang telah zyla lakukan tanpa sedar. maafkan zyla apabila tak sedar kata-kata atau tindak tanduk zyla menguris hati kalian semua.

semoga berbahagia pada Aidilfitri kali ini.



Lirik Lagu : Tamatkah Riwayatmu.
Penyanyi : Wani & Indera
Sumber :youtube

Disaat dunia menantimu,
kembali disisi memeluk rindu,
hibanya hati terus meluku,

terasa tidak ingin percaya,
berita hiba bertambah lara,
jika itulah takdirnya,
dalam tangisan terima berita.

akhirnya dunia memberitahu,
tamatnya riwayatmu dilautan,
yang bergelora terhempas punah segala harapan,

untuk kembali dengan sempurna,
Tuhan ku berharap berzahir Kau beri,
taman jiwa diuji inilah tandanya kerdilnya kami,
tidak satu pun kuasa mampu mengatasi.

lagu memperingati MH370.



Wednesday 23 July 2014

Berdiri Di Atas Kaki Sendiri

Assalammualaikum


Allah, terus terkesan zyla membaca status yang sahabat share dekat Facebook.


disebabkan hari nak raya ,penjualan bedak sejuk zyla terpaksa diperlahankan dan akhirnya direhatkan buat sementara waktu. In Sha Allah, seminggu selepas raya nanti zyla akan terus update blog satu lagi, kembali aktif di Instagram dan Facebook. doakan . amin. 

Bila diimbas kembali apa yang berlaku bulan ini. cukup besar pengajarannya. Allah, terima kasih kerana dugaan , halangan, cabaran dan keadaan zyla yang tengah jatuh ini zyla sedar akan sesuatu. zyla kembali pupuk semangat yang hilang.

berkat simpanan dan duit gaji yang seadanya, zyla jadikan modal untuk buat bedak sejuk. lepas tu, zyla try promote dekat kawan-kawan terdekat dan sahabat rapat. alhamdulillah, ada sambutan. walaupun tak seperti pisang goreng tapi zyla bersyukur dan yakin zyla masih mampu berjalan ke hadapan. 

zyla teruskan juga semangat walaupun tiba-tiba telefon rosak. durm. (termenung melihat Sony Sola tersadai keletihan menahan rasa)

tapi dia tetap bertahan! 

dengan itu, orang lain bersakan raya, zyla bersakan mengembangkan idea. dengan manuskrip dan jugak bedak sejuk ini sebagai tanda zyla masih tak putus asa untuk berdiri ditapak kaki sendiri!

dalam masa yang sama memanglah masih mencari peluang kerja walaupun keadaan kesihatan tidak berapa mengizinkan, rezeki di tangan Allah ,zyla yakin rezeki dan peluang masih ada. 

fighting!

akhir sekali,

Hati itu milik Allah SWT.

berdoalah kepada Allah SWT. 

Ya Allah,

Buat hatiku yang kini agak terluka, Kau sembuhkanlah ia. janganlah dibiarkan ianya menjadi benci dan dendam.

Ya Allah,

buat hati-hati insan yang aku rindui.
sampaikanlah kepada hati mereka bahawa aku teramat merindui mereka . Lindungilah mereka Ya Allah, rahmatilah Mereka sesungguhnya Merekalah insan -insan yang menyayangi aku dengan seikhlasnya, mengasihi aku sepenuh hati mereka.

Ya Allah,

buat hati yang sedang bertahan itu,
pinjamkanlah ketabahanMUkepadanya,
pinjamkanlah KesabaranMU kepadanya,
sampaikanlah padanya dari aku sokongan ini Ya Allah.
sesungguhnya aku masih kukuh disini memberikan sokongan buat dirinya 
berikanlah dia kesihatan yang baik,
berikanlah dia jalan bagi setiap permasalahannya Ya Allah,
kekalkanlah apa yang baik untuk dirinya,
hadirkanlah apa yang baik untuk dirinya,
pertemukanlah apa yang baik untuk dirinya.


sesungguhnya Ya Allah, 
 hanya padaMu aku berharap dan bergantung harapan.

Amin Ya Rabal Al-Amin.


Monday 21 July 2014

Rindu

Assalammualaikum.

sedang zyla bersungguh nak menulis dan mencari idea. ada sesuatu pulak yang dok menyerang zyla. urm. rindu.. haaaa~~~ tau pun rindu.

 
nak buat macam mana,
keluarga lebih penting.
 
 
apa yang zyla mampu buat,
hanyalah doa.
 
 
Dr. Fadzillah kata , bila kita ingatkan seseorang , teringatkan kenangan bersama dia. itu bermakna dalam masa yang sama kita menghantar gelombang tersebut kepada dia jugak. maksudnya dalam masa yang sama dia pun akan ingat kat kita. muahah.
 
haaa~~ itu teori.
 
 
jum tidur.
 

bila idea bertukar lagi

Assalammualaikum.


hari ni zyla berazam dan bernekad untuk terus beristiqamah menghabiskan fasa 1 manuskrip zyla. muaaaaaa~~ dah siap 10 muka surat. lepas tu tiba-tiba pulak datang idea baru.
zyla buat perubahan. jalan cerita diperhebatkan, dipendekkan mana yang terlalu panjang dan dicampur sikit dengan lawak tak laku. muahaha.

Tips untuk jadi penulis ini yang PERTAMA ialah:


bersabar!
 
 
 
sebab tulah zyla suka membaca sebelum menulis. dan zyla akan pastikan apa yang zyla baca seimbang. fakta, auta, lawak dan terjemahan Al Quran. tak naklah perasaan menulis tu mendatar aje. zyla harapkan senang zyla nak cipta mood-mood santai dalam manuskrip yang pertama ini. In Sha Allah.
 
 
dan zyla berharap sahabat zyla , Ieyla selaku juruedit tak rasmi sabar membaca sebab kali ini manuskrip dah totally lain.
 
 
kisah masih sama. cuma nama aje dah ubah.
 
nak bagi orang hayati apa kita nak sampaikan kita kene letak perasaan yang sebaiknya.
satu page tu pun kadang-kadang nak kene edit dua tiga kali.

 
 


manuskrip

Assalamualaikum.

niat nak menulis memang dah lama.
sebab tu adanya blog ni.

dan satu lagi,
idea nak mengarang cerita pun kadang-kadang mencurah-curah,
smpai tak boleh nak tahan,
kesannya kepada zyla?

terbayang-bayang.

so, alangkah bagusnya kalau perkara elok tu jadi bahan bacaan remaja yang lain.

apa yang pernah terjadi dalam hidup zyla sedikit sebanyak,
karenah manusia,
pengajaran,
hikmahnya,

tapi! nak menulis 100 % manuskrip tentang kisah cinta memang taklah.


sebab zyla tak bercinta sekarang ni.

tapi zyla akan wujudkan watak dia dipenghujung cerita.

(^_^)

bismillah.

belajar akaun tapi menulis cerita.


itu namanya kelebihan.

dalam masa yang sama jual bedak sejuk?

bedak sejuk buat sendiri?

itu inovatif, kreatif dan rezeki.

improve myself. selagi ada masa walaupun title sekarang ni menganggur. 

in Sha Allah rezeki akan sentiasa ada.

DIARI SAKURA PUTERI

FATHIN FAZILA

In Sha Allah. 

Iqra ! Bacalah

Assalammualaikum.

Ramadhan 23, 1435 H.


Bismillah. 

santapan minda zyla dipagi awal.

yelah, sementara ada kelapangan masa ni kan. sambil menikmati pagi yang beralun lembut anginnya. walaupun matahari nampak agak "oren" sangat warnanya. ayah kata, memang sangat panaslah cuaca hari ini kalau matahari macam tu. sabar jelah.

alhamdulillah, kiteorang adik beradik dah ada koleksi majalah GEN -Q ni. ni banyak lagi sebenarnya. tapi yang ni yang zyla dah baca setakat ni. punyalah penuh penghayatan zyla baca, sampai dua hari dan dua kali zyla ulang baca. sedap hati baca majalah ini. 






paling zyla suka ialah ada bahagian-bahagian yang macam ni. peringatan yang ringkas. senang kita nak ingat.

disebabkan sekarang ni pun zyla tengah usaha untuk hasilkan manuskrip zyla akn lebihkan membaca dulu lepas tu baru menulis. sebabnya kadang-kadang sebelum zyla menulis, memang zyla akan fikir dulu rangka-rangka manuskrip, lepas tu akan tapi lagi, letak perasaan kat dialog dan suasana dalam manuskrip, tapi sekarang zyla nak tambah sesuatu. macam cara Hilal Asyraf menulis, selitkan juga terjemahan Al Quran sebagai ingatan. In Sha Allah. 


so, hari ini zyla memilih untuk tajuk "BERANI UNTUK JUJUR".

kepada yang belum berkenanalan lagi dengan GEN -Q ni cepat-cepatlah cari dipasaran. memang sangat sesuai untuk kita. paling syok sebab setiap helaian itu sentiasa ada kisah, hadis Rasulullah SAW. 
kadang-kadang buat zyla rasa sebak dan semakin rindukan Rasulullah SAW . selawat ke atas baginda. 

Iqra! bacalah. 

zyla faham banyak yang malas nak membaca. macam zyla, kalau bab surat khabar ni lambat sikit. tapi bila dah baca sampai ayah kene tunggu giliran pulak.. muaha. n to my beautiful mum! terima kasih sebab didik budaya membaca sehingga begitu utuh dalam jiwa kami adik-beradik dan sediakan rak buku yang buatkan zyla selalu terkenangkan rumah bila berjauhan. 

Buku ni boleh jadi cermin diri kita sendiri. jangan malu bila apa yang ditulis kat buku ni seakn-akan menyindir kita! lakukan perubahan! sedikit pun tak apa. gagal, cuba buat lagi.. slow-slow. macam kura-kura, jalan lambat pun dia sampai jugak ke mana sahaja dia nak pergi. (^_^).

isikan hati dengan lebih banyak bahan bacaan berunsur ilmu yang bermanfaat. zyla pun peminat tegar Lawak Kampus jugak. tapi zyla seimbangkan sebab tak naklah terlalu serius. nanti tak kene tempat pulak.

zyla memang suka blog. tp kalau nak membaca bahan-bahan macam ni zyla lebih memilih untuk beli buku. lebih selamat infonya. google ni tak boleh percaya 100%. ada jugak tak betul. nanti apa yg kita sampaikan tu tak betul pulak. 

dan lepas ni In Sha Allah nak wujudkan lebih koleksi buku-buku kesihatan. 





Sunday 20 July 2014

bukan jodoh

Assalammualaikum.

tadi ada isu tentang "menerima lamaran".

tapi ianya ditolak.

zyla faham. memang banyak orang tak boleh terima bila lamaran ditolak. bukan tu aje, sama jugak situasinya bila putus cinta. yap! kalau kita yang jadi mangsa ditinggalkan oleh kekasih. zyla dah lalui semua tu. zyla faham. maaf.

memanglah dalam hadis ada pesan kalau ada seorang lelaki yang baik, bagus akhlaknya dan taat pada agama datang melamar, haruslah si bapa menerima lamaran tersebut.

for the first place kau menang. second place, pihak perempuan punya score pulak nak menang, so 1-0.

sebab pihak perempuan menolak ialah lamaran tersebut terlalu terburu-buru. 1-1.

hari ini tunang esok nikah!

huh! memang tak boleh diterima akal.

FULLSTOP!

tak acilah kau wakilakan orang lain untuk datang serang pihak perempuan. please be gentle. jangan sampai orang lain pandang kau tak waras , jaga sikit image kau yang berijazah sarjana tinggi kelas 1 tu.
Brazil kalah satu dunia terima hakikat, so kau pun sama!


jadi, kesimpunlannya, bila lamaran kau yang ditolak itu seharusnya kau terima secara tenang sebab bukannya ditolak masa kau buat majlis. tak ada sesiapa pun yang jadi saksi, melainkan orang tua. apa nak malu?

kau tak post kat Facebook kan?

ADD FRIEND pun belum kan?

No telefon pun tak ada kan?

jauh sekalilah kalau sebelum ni ada bergaul, berbual dan bertanya khabar.

pengajaran : berkenalanlah dulu.

sebab buat keputusan terburu-buru, jawapan pun terburu-buru. tak boleh paksa-paksa ok. Istikharah.

so score sekarang :

                                                 LELAKI (24) : PEREMPUAN (22)


                                                        1             :         1


adilkan? (^_^)


pesanan:

orang lain pun banyak yang couple putus, bertunang putus, melamar, merisik ditolak. memanglah hati kau suka, tapi pihak satu lagi? tak bolehlah memaksa orang untuk terima kau walaupun status kau memang dah tinggi. perempuan sekarang tak cari yang macam tu sangat. takut nanti lain jadi bila dah kahwin. bertolak ansur oky! 

kacak ke tak, itu bukan masalah,

kalau nak tahu i do love someone, but i can't take care of him. 

nanti aku dah nikah kau tahulah siapa dia!





mind

Assalammualaikum.

Ramadhan 22, 1435 H.




there something come out in my mind.
 
always.
 
 
its hard to choose the right decision.
 
what will be the end of 2014 ?
 
 
 
 





Wednesday 16 July 2014

its over? and i leave.

Assalammualaikum..

Ramadhan 17, 1435 H.


zyla seronok berkenalan dengan sesiapa pun. sebab pengalaman tu akan bagi zyla kenangan dan pengalaman. 

zyla memang mudah rapat dengan sesiapa.

alhamdulillah ukhwah zyla dengan kawan-kawan terjalin penuh dengan rasa hormat dan kasih sayang.

bukan nak membangga diri. 

tapi niat zyla bila berkawan.

zyla tak mau gaduh-gaduh dan tak anggap perbezaan itu sebagai halangan untuk terus berkawan.

biarpun mungkin masa ni ramai sahabat yang lebih berjaya dari zyla. zyla bersyukur dan bangga. bukannya nak terus asingkan diri dari mereka dan berlumba-lumba nak berjaya jugak.

zyla suka bangunkan diri dengan usaha sendiri. kalau jatuh bangun susah senang zyla telan sendiri, lebih mendamaikan jiwa sebab semua tu didik jiwa zyla jadi lebih kuat.

bila bergaul dengan sahabat yang hari-hari zyla jumpa memang dengan mudahnya hati ini terniat nak berkongsi susah senang, suka duka dengan dia. sebab bagi zyla dengan cara itu kita akan lebih menghargai satu sama lain.

tapi! 

setiap pertemuan itu akan ada perpisahannya.

ye, zyla dah faham sekarang.

dan doa zyla.

andai Allah SWT tak takdirkan untuk kita bertemu lagi. zyla doakan awak akan terus berjaya. mencapai cita-cita dan impian. zyla doakan awak selalu. amin. terima kasih selama tempoh itu mempercayai zyla, beri semangat dan sentiasa membantu. semoga Allah permudahkan segala-galanya buat awak.

dan berharap satu hari bila awak dah berjaya, zyla boleh tengok dari jauh dan tersenyum bangga. zyla percaya akan ada yang lebih baik dan yang tersedia ada adalah yang lebih baik.

dan zyla tak  lupa untuk berdoa kalau ada lagi peluang untuk bekerjasama. mungkin zyla akan fikirkan dua kali. dan mungkin jawapan pertama adalah TIDAK.


tapi sebelum tu, harap jugak nanti kalau zyla nak naik pelamin awak boleh datang ye. doakan. (^_^)






gambar sahaja nak buat pembaca gelak.

bagus betul budak ni.








Tuesday 15 July 2014

cabaran

Assalammualaikum.

Ramadhan 17, 1435 H.

Hari ini Nuzul Al-Quran. hari bersejarah bagi umat Islam.

dan alhamdulllillah masa zyla check Facebook pagi ini ada kawan yang nak order bedak sejuk.

dan juga hurm.

satu topik yang buat zyla sensitive.

BERHENTI KERJA.







ok, then.

bagi zyla setiap manusia lain cabarannya. dan zyla menganggap tahun ini sebagai permulaan segala-galanya. so jatuh bangun, tergolek, tergelincir, sakit, payah, susah senang tahun ini zyla akan jadikan ianya kekuatan dan pengajaran buat zyla.

tapi masalah besar tahun ini ialah dalam masa 6 bulan zyla dah 2 kali berhenti kerja. 

redha.

sebab? 

sebab dalaman dan satu sebab ada unsur-unsur sihir yang membuatkan seseorang individu itu sentiasa berasa tidak senang apabila zyla muncul dihadapannya kerana katanya zyla ni buat dia panas. so berhenti.

see, bukan sebab zyla tak bagus jadi seorang pekerja.

zyla kenal diri zyla dan potensi diri zyla. 


tapi. bila ada tugasan baru, zyla still letak diri kat bawah dan berbesar hati untuk belajar benda baru dan terima teguran.

and i do respect people, which i hope people to respect me in return.

sekarang zyla buat apa? berniaga bedak sejuk online. 

ada kritikan " Benda tu bukan dapat untung pun"
    
                    "ada ke orang nak?"

zyla tak menjawab tapi zyla kata kat hati zyla, kalau ada rezeki kita, rezeki kita jugak. so zyla teruskan jugak, setiap hari akan buat marketing kat Insta and blog.

ditambah sekarang Hp pulak rosak. kritikal sangat dah sola tu zyla tengok. kesian pun ada. mungkin dia jugak merasa tekanan yang zyla rasa.

bersabarlah sola dan terima kasih kerana bertahan. In Sha Allah,aku akan gantikan kau dengan yang baru nanti dan kau boleh berehat.

nak sambung study secara full time memang zyla tak nak. dan isu ini bakal zyla sediakan satu propasal untuk ayah nanti sebab ayah dah nampak nekad sangat nak hantar zyla sambung degree full time and for sure bukan di Sarawak. adui.. tak tahan duduk Kl. FULUS~~ FULUS~~. dan isu ini akan mengambil masa selama sebulan untuk selesai. sebab itu zyla dengan hati yang terasa pelik refresh balik permohonan kerja kat SPA SARAWAK walaupun.. hurm.. zyla tak letakkan harapan tinggi dan ini mungkin boleh pujuk ayah untuk tak hantar zyla belajar jauh2 lagi. konflik hati. urm. 

lwalaupun tahu sekarang banyak orang dok mengata , tak puas hati, benci . haaaa~~~ nasib kalau zyla.. zyla terima, redha dan maafkan. manalah tau diorang dijemput Allah esok atau zyla ke yang Allah Jemput esok untuk balik. 


tinggal beberapa hari lagi akan raya. lepas raya barulah zyla akan kembali mencari kerja tetap dan kalau boleh setetap-tetapnya. muahah. rezeki itu ditangan Allah.

buat masa ini memang itu aje yang zyla fikir. 

satu aje yang buatkan zyla lemah sebab : tak ada sokongan yang padu jitu tunjuk ajarku sifu! semuanya melemahkan semangat zyla. dan zyla bergantung harap pada Allah SWT. zyla percaya janji DIA. 

jadi untuk tidak merasa kecewa..

senyum serupa Spangebob. sebab zyla dah faham. orang tak akan pernah faham kita.

dan DUIT itu sangat penting

dan orang akan pandang bila kita ada DUIT

bukannya orang pandang kalau kita ni tak tinggal sembahyang ke, tutup aurat ke, tak ada boyfriend ke and so on.

and can i said..

when i let something to be done and gone and hope it will not return.







Monday 14 July 2014

itu jubah ke dress?

Assalammualaikum.



zyla dah puas fikir.
bila tengok iklan maha banyak kat facebook, insta , buat zyla pening.
ada yang cantik gilerrr! buat rasa tak tahan nak beli.
ada yang.. urmm.. like me to questions myself again.. " tok jubah ka dress?" confius!

teringat apa mak zyla pernah cakap 2,3 hari lepas.. orang sekarang pakai jubah ketat-ketat.. nampak body.. ayoyo.. i pernah pakai jugak.. so sekarang baju tu dah dalam kotak. muahah.. sebab ?? badan dah semakin membesar. so good bye my dress!

sebenarnya zaman sekarang ni memang banyak yang suka pakai jubah. good! tutup aurat kita oky! 
tapi bila tengok fesyen. jubah tu dah macam dress dah. so sekali lagi zyla confius!! ni dress ke jubah ni?? anyone can explain. hurm.


okeh! yang ni dress ke Jubah?? cer explain?? tapi zyla ada juga beli yang macam ni. 2 helai pulak tu! haaa..sebab zyla suka pakai baju and blaus yang ada tali2 ni nampak lebih kemas walaupun ada yang kata macam ISTERI ORANG OR MAMA ORG. so what?? sebab one day memang akan jadi jugak.  haaa..


zyla jatuh hati nak pakai jubah ni sejak zaman kolej lagi. seriusly cakap, mula-mula kita tengok orang pakai jubah dan tudung labuh-labuh kita akan rasa segan! kita akan tengok apa dia pakai dengan apa kita pakai.. ermmm.. different. rasa insaf dah kat situ. sebab apa? sebab bila dah tengok dia tutup aurat dengan sempurna , tutup dada, tutup kaki, rasa Ya Allah! bagusnya dia sebab dah berjaya melawan nafsu berfesyen, bergaya! dia dah mampu untuk tutup aurat dengan baik . so disebabkan perasaan tu sedikit demi sedikit zyla ikut. alhamdulillah. selesa giler bila pakai macam tu. 

and the amazing things happen ialah, hari tu (months ago, masa kerja), sepupu zyla pelik sebab zyla pakai shawl2 yang labuh2, lepas tu bebaju kurung, jubah pergi kerja etc and stoking 24 jam! muaha. sebab sebelum nak tidur pun zyla akan pakai stoking. sejuk. lepas tu zyla bagitau ni, memang dari study lagi memang macam ni, jadilah ia alah bisa tegal biasa.lepas tu dia pun ikut jugak, and mak cik zyla pun dah try pakai stoking bila keluar. alhamdulillah! in sha Allah lepas ni akan terus melabuhkan pakaian sebab zyla wish one day bila ank zyla dah lahir, dari dia bayi sampailah dia besar dia tengok mama dia memang pakai macam tu and dia akan ikut mama dia! ( my little princess, sebelum kamu lahir mama dah rancang yang baik utk kamu ,so sila hayati apa mama tulis) 

back to topic.. hati-hatilah memilih jubah a.k.a dress sekarang ni. memang perempuan suka cantik dan suka orang puji lagi-lagi pujian dari lelaki tapi hati-hati sebab nanti susah kita nak kawal nafsu nak cantik ni.. ada je yang tak puaskan hati kita bla tengok baju lagi cantik dari apa yang kita beli. dan lagi satu, syaitan lagi suka nak usik-usik kita masa pilih baju. huhu. so perlu sangat berhati-hati!

sebab tu sekarang zyla menahan diri dari melihat lebih banyak baju-baju cantik!! muahah. sebab apa, nanti pakai cantik jadi riak.. subhanaallah.! tak nak. sebab Allah pesan kalau ada  perasaan riak sebesar zarah pun tak akan masuk syurga! so sahabat-sahabat semua , bersederhanalah oky! 

dan i would like to answer the question . " tak rimas ke pakai tudung labuh, shawl labu, stoking, baju kurung tengah hari? lepas tu masa kerja, masa keluar dengan kawan-kawan, and tak pandai pakai heels or something. kenapa kuno dengan ur kasut sarung nipis tu?"


and this is want i what to said:

pertama, yes, zyla akui zyal berhijrah! dari seorang gadis yang jahil tentang aurat kepada yang mahu menjaga auratnya. kenapa? sebab itu tuntutan Islam. apa yang Allah swt perintahkan untuk seorang Muslimah didunia ini. dan alhamdulillah, dah dua tahun zyla macam ni. dah kalis air dengan segala fesyen2 upadate.. dah tak heran. lega sebab dapat kawal nafsu "errr,, cantik giler kalau pakai macam tu"!. boleh jimat duit. muahah.. kegawatan ekonomi poket sendiri sekarang. 

panas? neraka lagi panas.bukan zyla cakap, 100% confrm masuk syurga! but i try! tak , memang tak panas. alhamdulillah.. sejuk sentiasa.

satu lagi, bila pakai labuh-labuh dan longgar-longgar ni kita akan rasa selesa, orang disekeliling pun selesa and dalam masa yang sama kita respect keadaan sekeliling. respect the older and younger. memanglah diorang akan rasa pelik sebab kita je yang pakai macam tu tapi mana tahu one day semua terus berubah macam tu. kan nikmat. itulah yang zyla nak wujudkan. keadaan saling menghormati. in sha Allah hati pun terjaga sentiasa. 

lagi satu, beberapa masa yang lepas, zyla bertemu dengan insan-insan yang sentiasa bagi zyla dorongan untuk pakai pakaian macam ni. Allah! memang terharu sangat. so zyla anggap ini teguran melalui Allah kepada mereka. zyla tak deny apa yang diorang cakap dan terus buat! tak rugi. 

zyla dah tak biasa tak pakai stoking kalau keluar rumah. rasa macam ada benda tak tutup! errmm. malu giler.

heels?? no. not all the time akan pakai. memang ada, tp semuanya tak kene gaya. yes!beli kasut sarung nipis harga around RM 25 -RM 30 tu memang jadi trend zyla sekarang. sebab? kasut pun boleh buat hati jadi riak. jenama itu semua. zyla tak nak. so i prefer tengok aje benda yang murah dan boleh beli selalu. bukan orang tau pun. 

terima kasih sebab kata zyla kuno. yelah ditambah lagi tak mekap kan. buat i natural beauty u knw. muahah. zyla masih cuba untuk berhijrah jadi lebih baik. nak panggil ustazah pun dah tak segan. terima kasih. amin. mudahan. semoga anak-anak zyla pun akan mempunyai jiwa untuk sentiasa berhijrah satu hari nanti bila diorang dah besar.

so last word, to my little princess.

mama nak pesan,
kita kene jaga aurat dan tutup aurat,
sebab itu tuntutan agama.
kita tak boleh deny. 

i love u,
mama. 










Buat Bakal Suamiku dan anak-anak mama.


Assalammualaikum.

disebabkan sekarang matahari tak keluar lagi. dengan suasana sejuk dan perut yang sedikit kenyang lepas sahur tadi, alhamdulillah zyla masih bertahan tak tidur selepas subuh. haa.. bahaya. bukan tak pernah terus aje zzzz lepas subuh tapi tak elok sebab Nabi Larang tidur lepas subuh! masa nilah rezeki untuk hari ni masuk.. (orang tua-tua selalu cakap macam tu0. so i prefer to read some blogs yang jadi kegemaran zyla dulu. blog yang mana.. alaa.. malas pulak nak tulis sebab banyak sangat. tp tetap jugak bagitau semestinya Irine Nadia, Maria Elina , AdamAzra, Ben Ashaari.. etc. sebabnya diorang ni banyak info dan straight forward bila berhujah dlm blog. tak peduli apa orang rasa. betul.kita menulis dan yang membaca harus menerima. 

ok then.

semakin banyak zyla membaca sisi kehidupan diorang ( haaa. yang macam ni bukan jaga tepi kain orang ok! dah diorang tulis kita bacalah).. apa yang berlaku and any perkembangan memang diorang share utk public. hak masing-masing. 

dan itu membuatkan zyla terus berfikir. 

"adakah aku pun akan story mory pasal my hubby and anak2 yang cute dekat blog jugak"

secara logiknya of course lerrrr..!!!


jadi disebabkan itu, zyla berharap apa sahaja yang bakal ditulis nanti tetap menjaga maruah bakal suami dan anak-anak mama. aduiii.. masa tulis tajuk entri ni memamg confident giler tulis gelaran "mama" kat hujung. In Sha Allah. the day will come and my dream to be a mama will come true. doakan. 


itu sahaja. 

da. nak sambung reading. 









kenapa tukar nama blog lagi?

Assalammualaikum...


Ramadhan 16 , 1945 H.

Ada masa lagi nak menulis sebelum Azan Subuh berkumandang.

Kenapa tukar nama blog lagi.

urm, entahlah. mungkin sakura2 tu dah berlalu kot. memang betul2 dh end of the story.

2,3 hari terdetik dihati nak letak nama TERJEMAHANHATI ini sebagai blog yang baru.

so,kuatkan hati dan tukar. sebab bila tukar nama blog ni ada jugak krisisnya nanti.

alhamdulillah dah tukar dan sekarang hati rasa makin selesa.

(^_^)

Sunday 13 July 2014

WARKAH HARI JADI NOOR AZILAH ABDUL AZIZ

Assalammualaikum.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH.


hari ni 13 Julai 2014

SELAMAT HARI JADI SAHABAT , NOOR AZILAH ABDUL AZIZ yang ke 22 tahun. 

dan bersempena persahabatan kita yang dah masuk tahun ke 10 ni,

Zyla doakan semoga persahabatan kita akan terus kekal hingga ke syurga. dan bilamana nanti di akhirat kita disoal tentang persahabatan ini, adakah kita berdua telah menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan tuntutan Islam, kita akan menjawab dengan baik tanpa sebarang pertelingkahan.

zyla doakan jugak Ieyla akan terus jadi seorang muslimah yang baik dan solehah. In Sha Allah, ye, memang kita banyak kekurangan tapi Allah SWT sentiasa bagi kita masa untuk terus berubah dan muhasabah diri. zyla pun begitu juga dan terima kasih sebab sentiasa jadi GARANG bila zyla buat salah. 

semoga Ieyla akan jadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa dan contoh kepada adik-adik. menjadi saudara dan sahabat yang penyayang kepada insan-insan yang ada disekeliling. 

semoga terus bersemangat dan tak putus asa dalam menuntut ilmu dan mencapai cita-cita. in sha Allah , masa Ieyla grad nanti Zyla akan hadiahkan bunga dan teddybear. (^_^).

zyla sangat hargai persahabatan kita walaupun kita tak banyak simpan gambar kenangan bersama. yang penting semua orang ingat tentang persahabatan kita. dan sudah semestinya memori antara kita akan kekal dhati masing-masing. 

dan hayatilah puisi ini khas utk Ieyla,( bkn karya zyla).

kawan semangkuk sepirig makan,
kawan sebantal seketiduran,
kawan sebaya sepermainan,
bagai kuku dengan daging,
bagai aur dengan tebing,
bagai ikan dengan air,
bagai jarum dengan kelindan,
ke hulu sama ke hulur,
ke hilir sama menghilir,
yang tahan asak dengan banding,
yang tahan berpahit-pahit,
kalau koyak tampal menampal,
kalau condong sokong menyokong,
terbakar  sama hangus,
terendam sama basah,
luka tak dipampas,
mati tidak diungkit,
sakit tidak disebut,
salah tidak ditimbang,
hutang tidak dibayar,
bagai seibu seayah kandung
bagai kulit dengan isi,
bagai lukah dalam air,
itulah kawan berlapang,
guntingnya tidak memutus,
simpul tidak terungkai lagi.


Firman ALLAH swt dalam surah al-Syura ayat 23, bermaksud:

"itulah yang ALLAH  gembirakn hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu upah untuk ajaran Islam yang Aku sampaikan itu, melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu yang baik, Kami tambahkan kebaikan baginya kebaikan itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun , lagi sentissa membalas dengan sebaik-baiknyaa".




Friday 11 July 2014

internet!

Assalammualaikum..


dua hari zyla tak tentu hala sebab internet telefon pintar zyla yang sangat bijaksana tu was not available!
nasib baik bulan puasa hati zyla pun menahan sabar ke tahap paling maximum. dahlah zyla baru nak promote zyla punya bedak sejuk tu tiba-tiba jadi benda macam ni. ditambah lagi WIFI kat rumah sendiri pun terbantut jugak gara-gara hujan lebat hari tu.tapi ada kene mengena ke?? 

zyla malas nak hantar kedai kang lain pulak jadinya.

tapi hari ni alhamdulillah tepat jam 11 pagi tadi berkat sabar dan doa zyla ( manusia memang macam ni,bila ada masalah baru ingat Tuhan!. ish.. ish.. ish.. ) akhirnya berjaya juga install balik internet setting. haaaa~~ lega. bolehlah zyla update blog zylashop.blogspot dan instagram zyla. 

punyalah mak ayah zyla dah naik rimas tengok zyla kegelisahan. muahahaha.

nasib baik dah normal balik sekarang.

so sekarang tunggu masa untuk update Google Play etc

kenapa kene update sebab hari tu zyla buat factory reset habis semua benda hilang. huaaaa... tapi ada baiknya benda yang dah lama tu hilang. muahah.

Monday 7 July 2014

Menjemput kembali keyakinan diri!

Assalammualaikum.

alhamdulillah.. ibadah puasa masih lagi disempurnakan dengan baiknya. alah bisa tegal biasa, umur dah 22 tahun tak biasa puasa memang nak kene setepek dengan mak zyla.. muahaha!

okeh2.. malas nak mencarut banyak sangat sebab ada kerja lain nak buat ni demi sesuap nasi. amboi!

sekarang ni zyla tak bekerja. dan baru aje menabur biji-biji anggur tak kawasan rumah zyla. inilah keadaan yang akan membuatkan zyla dikritik maha hebat oleh otai-otai di luar sana. urm, biarlah. zyla menerima kritikan selagi tak melampau dan selagi mereka mengkritik dengan cara yang baik.

kenapa zyla cakap macam tu sebab sekarang ni zyal jadi lebih sensitive. tak mudah nangis tapi MERAJUK! 

sekarang ni awal bulan Julai dan sebenarnya zyla sangat terkejut sebab tahun ni agak pressure bagi zyla. dan syabas untuk hati kecil zyla sebab masih mampu bersabar dan bertenang.

benda dah lepas dan zyla malas nak ingat lagi. seperti dulu, biar masa yang sembuhkan rasa kecewa dihati. ini proses kehidupan yang zyla harus terima. walaupun setiap masa pujuk hati,Allah SWT uji hambaNYA tidak kurang dari kemampuan hambaNYA dan zyla redha. jika itu kifarah zyla terima, itu pengajaran zyla akan ingat dan jika itu teguran zyla akan terus perbaiki diri untuk jadi lebih baik di masa hadapan.

sekarang zyla tengah fikir dan kaji kemampuan diri dan yang paling penting keyakinan diri yang semakin malap cahayanya.

dalam masa dua minggu menganggur ini, zyla kerap fikirkan apa nak buat. mesti korang akan cakap, carilah kerja! kan dah ada Diploma in Accountancy. memanglah ,hati zyla penat! so bagi rest. nanti lepas raya baru all out!. 

so zyla comeout dengan jual BEDAK SEJUK!! muahaha.. 

baru aje nak mula.. alhamdulillah walaupun jualan tak macam pisang goreng tapi mampulah zyla nak belanja adik makan pisang goreng hari-hari.. heee. melawak aje. 

untuk menjemput kembali keyakinan diri, zyla mulakan dengan Bismillah, niat mencari rezeki kerana ingin teruskan kehidupan, senangkan hati mak ayah, permudahkan perkembangan hidup zyla dan dapat berjasa dengan orang sekeliling. 

apapun pengajaran yang baru berlaku 3 minggu lepas , pesan zyla .. janganlah sesiapa sanggup dan berani menggunakan unsur-unsur sihir untuk kepentingan diri sendiri. kdang kala anda tak sedar , perbuatan anda telah melukan hati orang lain, tiba masanya mungkin sukar perbuatan anda untuk dimaafkan kerana zyla hanyalah insan biasa.

mood berangan : satu hari nanti, In Sha Allah kalau zyla dah kerja , entri ni akan buat zyla sebak sebab masa ni zyla tak ada apa-apa, simpanan pun makin ciput, orang kiri kanan tak pandang, tapi hari zyla dah berjaya nanti zyla sentiasa akan ingat dan bersyukur betapa indahnya Allah SWT ujian dan berikan nikmatNYA kepada zyla. 


Friday 4 July 2014

Salam Perkenalan Diari Si Sakura 2014!

Assalammualaikum!

Diari Si Sakura !


satu lagi blog baru untuk zyla mencarut setelah sakuraputeri.blogspot.com tamat! haa, seram tak budak ni punya blog ada espisode! In Sha Allah kali akan kekal dan tak kisahlah apapun yang terjadi zyla akan tetap tekun menulis walaupun mula-mula menghadap laptop ayah dah jeling! hahaha. 
..zyla tahu serba sedikit ayah akan geram lepas ni bila zyla aktif berblog. sebabnya hampir 5 jam masa zyla adalah untuk blog! itu fakta!

sekarang ni zyla dah habis belajar dan dah grad dah pun. umur semakin genap ke angka 22 tahun.so zyla dah masuk zon kene cari duit poket sendiri secara tetap! tapi sekarang zyla baru berjinak-jinak untuk buka bisnes sendiri secara kecil-kecilan.  In Sha Allah , rezeki walau sedikit akan sentiasa ada asalkan kita berdoa dan berusaha! ini bagi semangat diri sendiri hampeh! 

untuk blog kali ini zyla berharap setiap apa yang bakal zyla kongsikan akan beri manfaat kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca blog zyla. ^^.


note: sebenarnya saya sangat rindukan blogwalking!