Friday 10 October 2014

Ampunkan Kami Ya Allah

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



"Wahai Tuhan,
Ku tak layak ke syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU

Ampunkanlah dosaku dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-Dosa besar,

Dosa-Dosaku bagaikan perpasir dipantai,
Dengan rahmatMu ampunkan daku,
oh Tuhanku.

Wahai Tuhan 
selamatkan kami ini
dari segala kejahatan dan kecelakaan 

kami takut 
kami harap kepadaMU,
suburkanlah cinta kami KepadaMU.

Kami lah hamba yang mengharap belas dariMU.


Ya Alah Ya Tuhanku,
Pada hari yang penuh barakah ini Ya Allah,
aku ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga ini atas segala rahmat dan nikmat yang Kau kurniakan pada diriku dan pada segenap alam ini.

Ya Allah Ya Tuhanku,
sampaikanlah salam rinduku pada Baginda Rasulullah SAW.
Selawat Ke Atas Baginda, Keluarganya dan sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhanku.


Ya Allah Ya Tuhanku,
terima kasih Ya Allah,
kerana menghadiahkan aku dua malaikat seperti yang telah Kau janjikan untuk melindungi aku , menyayangi aku, menjaga aku dan mengingatkan aku tentang Kamu Ya Allah. Yang mengajar aku sentiasa berharap kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya Ya Allah Engkaulah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku Ya Allah.
Ampunkanlah dosa mereka,
Kasihinilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak aku kecil Ya Allah.
ampunkanlah mereka,
Kurniakanlah mereka cahaya hidayahMu Ya Allah
Terangilah kehidupan mereka dengan Nur Mu Ya Allah,
dakaplah mereka dalam Kasih SayangMu Ya Allah,


sesungguhnya Kedua ibu bapa ku
telah menjaga amanah yang Engkau berikan dengan sepenuh hati mereka,

Berikanlah mereka kesihatan yang baik Ya Allah,
Panjangkanlah usia mereka Ya Allah,

Serulah mereka ke Tanah SuciMu Ya Allah

Kurniakanlah mereka kebahagiaan Ya Allah
Kurniakanlah mereka kelapangan dada Ya Allah
Kurniakanlah mereka ketenangan Ya Allah

Sesungguhnya Ya Allah,
hanya padaMu aku berharap, hanya padaMu aku berdoa penuh pengharapan ini Ya Allah,
lindungilah kedua ibu bapaku walau dimana mereka berada.
Jauhilah mereka dari hasad dengki manusia Ya Allah

Ya Allah,
Pada hari pengadilan nanti,
permudahkanlah timbangan mereka,
Pada saat mereka meniti titian siratulmustakim Mu, 
Permudahkanlah mereka Ya Allah.

Bukakanlah mana-mana pintu syurga buat kedua ibu bapaku,
dan jadikanlah mereka kekal didalamnya buat selama-lamaya Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku
Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Esa
Yang Mengetahui sesuatu Lagi Maha Adil
Ya Allah,
Ampunkanlah dosa-dosa aku Ya Allah,
ampunilah dosa hambaMu ini,
Jadikanlah aku wanita solehah Ya Allah,
agar aku menjadi yang terbaik buat kedua ibu bapaku,
Ampunilah dosa adik-adikku Ya Allah
jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah buat kedua ibu bapa kami Ya Allah,
Jangan lalaikan hati kami dengan dugaan dan kemewahan dunia Ya Allah,
jadikanlah hati kami, hati yang terus istiqamah dalam menunaikan setiap perintahMu dan menjauhi setiap LaranganMU.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Ampunkanlah dosa saudara maraku, kaum kerabatku Ya Allah
kukuhkanlah ikatan antara kami,
wangikanlah ikatan antara kami,
jadikanlah kami keluarga yang sentiasa mengingati kebaikan antara satu sama lain.

Ya Allah,
Dengan penuh harapan ini ,
aku mohon Ya Allah,
ampunilah dosa guru-guruku,
angkatlah martabat mereka ya Allah,
lipat gandakanlah pahala dan amal kebaikan mereka
berkatilah mereka Ya Allah.

Ya Allah,
ampunilah dosa sahabat-sahabatku Ya Allah,
jadikanlah kami sahabat yang saling mengasihani keranaMu Ya Allah,
kukuhkanlah hati kami Ya Allah,
berikanlah kami kekuatan untuk terus istiqamah dalam mematuhi perintahMu dan Menjauhi LaranganMu,1
yA Allah pertemukanlah aku dan sahabat-sahabat ku disyurga nanti Ya Allah!

Ya Allah Ya Tuhanku,
ampunilah jua dosa jiran-jiranku Ya Allah,
Ampunilah juga dosa seluruh Muslimin dan Muslimat dimuka bumi ini!
sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggaldunia.
kuatkanlah hati kami Ya Allah,
agar kami Kuat! agar kami kuat mempertahankan nas-nas Mu Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhanku,
sungguh aku syukuri segala rahmat dan nikmatMu,
Ya Allah, 
janganlah Kau jadikan kami terus lalai dek arus kemodenan ini Ya Allah,
pautkanlah hati kami terus pada agamaMu, Ya Allah,
kurniakanlah kami Nur Hidayah Mu Ya Allah
supaya kami tidak pernah lelah dan kecewa dalam mengejar redhaMu!

Ampunkanlah Kami Ya Allah!
umat Akhir zaman yang sedikit jumlah yang akan memasuki syurga!
sungguh Ya Allah, kami tidak mampu hadapi seksa nerakaMu.
jangan biarkan kami terus lalai dan hanyut dengan godaan ini Ya Allah!

Ampunkalah Kami Ya Allah!
sesungguhnya Kaulah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya dari Engkau kami datang dan kepadaMu jua kami akan kembali.

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhilah kami dari azab neraka.


*keluhan dilepaskan.
pandangan kosong dibuang keluar.

Jika aku terus istiqamah menjadi baik aku berharap inilah jalan lurus yang Allah tunjukkan kepada aku, dan aku akan terus berdoa agar mereka disekeliling aku akan begitu juga, istiqamah untuk terus menjadi baik! tinggalkan jahilliah anda!


-terjemahanhati8.blog-
-october2014-






Thursday 2 October 2014

Nikmat Sihat dan Masa Lapang

assalammualaikum.
Bismillahirahmanirahim







Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Hai Malaysia!

Pagi ini nothing much to do sebab stock bedak sejuk pun dah makin kurang nak kene re-stock. Lepas tu tak ade mood nih sebab my phone was not really functionable. yalah dah tenat dan nazak. huhu.

But here i would like to share something with all of you. perhaps for non-muslim also if you read this, it may be a good reminder for you and i hope all of us will make our life better then yesterday.

Rasulullah SAW bersabda:

"Ada dua kenikmatan, banyak manusia menjadi rugi gara-gara dua kenikmatan., dua kenikmatan itu ialah nikmat kesihatan dan masa lapang". - Hadis Sahih dari Imam Bukhari.

Yes, please do admit yang sekarang ni sejak kewujudan media sosial yang menjadi trend, dengan kemampuan kita semua untuk memiliki gadget seperti smartphones yang kita kerap tukar sebab nak yang latest, melayari internet biarpun mahal setiap bulan tapi anggap dah berbaloi. which is, bila malam tadi subsidi minyak turun kita dah pening dah! dah mula kutuk dan kerajaan. sorry, zyla tak membela mana-mana pihak ok! i just want to make it clear. kita marah dan benggang bila subsidi minyak turun, ini semua terjadi sebab kerajaan anggap taraf hidup kita dah naik. seriusly?

ye ke?? cer check kewangan masing-masing sekarang. hurm.

apa kata kita ubah cara hidup kita yang leka sangat terutamanya banyak sangat mengisi masa lapang dengan melayari internet. kurangkan kos duit dan masa disitu. bagi yang masih muda belia, wake up and look around you! here guys still much thing yang kita boleh buat sebenarnya. apatah lagi yang ada kemudahan kenderaan dan berdekatan dengan tempat riadah, perpustakaan. tak nak jadi negara berilmu seperti JEPUN? respect kan diorang? sebab diorang menggunakan masa lapang dengan sebaik-baiknya . they dont really care about hiburan tapi setiap masa menambah ilmu. sebab tu negara Jepun sangat menghormati dan menghargai ilmu. dan bagi yang selalu tengok drama korea. mesti heroin tu still study dan  buat kerja part time kan? atau riadah? 

jangan sampai one fine day kita rasa dada ni masih terlalu kosong. tak terisi dengan ilmu yang secukupnya. sekarang ni semakin banyak written warrior. urm. yap ustaz /ustazah Fb, pemerhati dan pengulas akademik dan ekonomi. urm.. alangkah eloknya apabila masa terlapang kita isi dengan membaca buku dan berbuat riadah. kan dapat 2 nikmat. ilmu dan kesihatan yang baik. for sure kita akan menjadi sentiasa muda dan banyak yang kita dapat sumbangkan kepada masyarakat sekeliling. 

kesihatan. bila dah sihat kita lalai malas. bila sakit? oh solat pun tak larat! 
masa muda adalah masa yang terbaik sebab kesihatan memang tip top! darah tinggi kecing manis dan sakit jantung pun tak ada. kita nak buat ibadah, nak bina kerjaya dan cari ilmu, nak berkeluarga , rasanya kita akan menikmati rahmat yang besar dari Allah.

ok.. dush~dush~~ dush`~~ tampar diri sendiri.

jadikan kehidupan ini lebih berkualiti pada realiti bukan alam maya oky!


senyum sikit.

mengapa muka ketat?
apakah kau minyak peluk!

tolong tepi sikit!,,`~

Wednesday 1 October 2014

Urus Niaga Yang Diredhai oleh Allah SWT.

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

alhamdulillah, masih lagi bangun tanpa malas-malas! lepas subuh tadi zyla ada baca tentang urus niaga yang diredhai oleh Allah SWT. sebagai perniaga kecil.. amboi.. yelahkn, berniagalah jugak ni. banyak perkara yang kita perlu tahu. tentang barangan yang kita jual, harga beli borong dan harga jual, kualiti dan kuantiti barangan tersebut dan jugak manfaat barangan tersebut kepada masyarakat. so korang para peniaga online terutamanya yang mungkin kebanyakkan kita ini buat niaga sebab nak cari side income kan? tapi ada banyak amalan urus niaga yang telah disyariatkan oleh ISLAM kepada umatNya supaya apa yang kita buat tu diberkati Allah SWT. zyla sangat yakin dan percaya bahawa,jika kita benar-benar jujur walaupun mungkin pernah ditipu anggap itu satu dugaan dan diuji lagi dengan rugi maka bersabarlah..asalkan kita jujur dan tak mengkhianati orang, In Sha Allah, Allah akan redha. 

Dan tips yang zyla nak kongsi ini adalah hasil dari rujukan , 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SWT. :

  • jangan menjual atau membeli sesuatu kecuali dengan akad dan kabul yang sah kerana bertukar tangan di dalam jual beli tanpa akad dan kabul tidak mencukupi, kecuali yang diharuskan oleh sesetengah ulama iaitu pada benda-benda kecil yang tidak bernilai tinggi.
  • Barang-barang yang diperniagakan itu halal dan dan bukan yang diharamkan oleh syarak seperti arak sekalipun yang akan membelinya adalah bukan Islam .Ini kerana laknat dalam perkara arak ini termasuklah tukang perah, tukang pembawa ke mana arak itu dihantar, tukang petik ( buah untuk dijadikan arak),penjual , penerima hasil jualan dan sesiapa sahaja yan terlibat dalam perkara arak ini.
  • Tidak Berjual beli dengan riba kerana riba itu adalah dosa besar dan bahaya yang berat.
  • Tidak menipu , mengkhianati pembeli atau memutar belitkan dan mengelirukan orang,
  • Usah menyorokkan barang-barang dagangan untuk dijual dengan niat menaikkan harga barangan itu apabila bekalan berkurangan sedangkan pembeli amat memerlukan ketika itu.
  • Barangan yanh dijual dalam keadaan yang sempurna termasuklah perilaku penjualnya yang boleh berlebih kurang. Tidak lokek dan terlampau berkira kerana sikap pemurah dan baik itu akan menambah berkat.
  • Hendaklah peniaga itu sentiasa menamankan perasaan ingin untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dengan cara mengeluarkan zakat harta peniagaannya.
  • Dalam menjalankan perniagaan , usah sampai melupakan atau melalaikan kewajipan agama seperti bersolat , menunaikan haji, berbuat baik kepada kedua ibu bapa , menghubungkan silaturrahim, berlaku ihsan terhadap sesama manusia serta menunaikan hak saudara dalam ISLAM dan hak jiran.

Rasulullah SAW Bersabda:

"Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan berdosa melainkan bagi orang yang bertakwa kepada Allah , membuat kebajikan dan bercakap benar"

Hadis oleh, Tirmizi, Ibnu Majah , Ibnu Hibba, dan al -Hakim.

Mencari rezeki adalah niat dengan nak membantu mereka yang lain. jangan risau sebab rezeki itu akan ada untuk mereka yang berusaha. zyla pun dah alami dah. rezeki tak datang bergolek. usahalah dan doalah. in Sha Allah. banyak ke sikit itulah yang secukupnya bagi kita. dan janganlah berhasad dengki sesama kita  , sebab nanti ini semua kita nak kene jawab dengan Allah SWT hari akhirat nanti.