Wednesday 1 October 2014

Urus Niaga Yang Diredhai oleh Allah SWT.

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

alhamdulillah, masih lagi bangun tanpa malas-malas! lepas subuh tadi zyla ada baca tentang urus niaga yang diredhai oleh Allah SWT. sebagai perniaga kecil.. amboi.. yelahkn, berniagalah jugak ni. banyak perkara yang kita perlu tahu. tentang barangan yang kita jual, harga beli borong dan harga jual, kualiti dan kuantiti barangan tersebut dan jugak manfaat barangan tersebut kepada masyarakat. so korang para peniaga online terutamanya yang mungkin kebanyakkan kita ini buat niaga sebab nak cari side income kan? tapi ada banyak amalan urus niaga yang telah disyariatkan oleh ISLAM kepada umatNya supaya apa yang kita buat tu diberkati Allah SWT. zyla sangat yakin dan percaya bahawa,jika kita benar-benar jujur walaupun mungkin pernah ditipu anggap itu satu dugaan dan diuji lagi dengan rugi maka bersabarlah..asalkan kita jujur dan tak mengkhianati orang, In Sha Allah, Allah akan redha. 

Dan tips yang zyla nak kongsi ini adalah hasil dari rujukan , 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SWT. :

  • jangan menjual atau membeli sesuatu kecuali dengan akad dan kabul yang sah kerana bertukar tangan di dalam jual beli tanpa akad dan kabul tidak mencukupi, kecuali yang diharuskan oleh sesetengah ulama iaitu pada benda-benda kecil yang tidak bernilai tinggi.
  • Barang-barang yang diperniagakan itu halal dan dan bukan yang diharamkan oleh syarak seperti arak sekalipun yang akan membelinya adalah bukan Islam .Ini kerana laknat dalam perkara arak ini termasuklah tukang perah, tukang pembawa ke mana arak itu dihantar, tukang petik ( buah untuk dijadikan arak),penjual , penerima hasil jualan dan sesiapa sahaja yan terlibat dalam perkara arak ini.
  • Tidak Berjual beli dengan riba kerana riba itu adalah dosa besar dan bahaya yang berat.
  • Tidak menipu , mengkhianati pembeli atau memutar belitkan dan mengelirukan orang,
  • Usah menyorokkan barang-barang dagangan untuk dijual dengan niat menaikkan harga barangan itu apabila bekalan berkurangan sedangkan pembeli amat memerlukan ketika itu.
  • Barangan yanh dijual dalam keadaan yang sempurna termasuklah perilaku penjualnya yang boleh berlebih kurang. Tidak lokek dan terlampau berkira kerana sikap pemurah dan baik itu akan menambah berkat.
  • Hendaklah peniaga itu sentiasa menamankan perasaan ingin untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dengan cara mengeluarkan zakat harta peniagaannya.
  • Dalam menjalankan perniagaan , usah sampai melupakan atau melalaikan kewajipan agama seperti bersolat , menunaikan haji, berbuat baik kepada kedua ibu bapa , menghubungkan silaturrahim, berlaku ihsan terhadap sesama manusia serta menunaikan hak saudara dalam ISLAM dan hak jiran.

Rasulullah SAW Bersabda:

"Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan berdosa melainkan bagi orang yang bertakwa kepada Allah , membuat kebajikan dan bercakap benar"

Hadis oleh, Tirmizi, Ibnu Majah , Ibnu Hibba, dan al -Hakim.

Mencari rezeki adalah niat dengan nak membantu mereka yang lain. jangan risau sebab rezeki itu akan ada untuk mereka yang berusaha. zyla pun dah alami dah. rezeki tak datang bergolek. usahalah dan doalah. in Sha Allah. banyak ke sikit itulah yang secukupnya bagi kita. dan janganlah berhasad dengki sesama kita  , sebab nanti ini semua kita nak kene jawab dengan Allah SWT hari akhirat nanti. 



No comments:

Post a Comment