Thursday 1 January 2015

Azam 2015 : Kahwin?

Assalammualaikum

Bismillahirahmannirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


10 Rabiulawal 1356 H


Selamat Tahun Baru 2015 Masihi semua. 

Apa khabar pagi ni? 
rasanya ramai blogger akan update entri untuk mengimbas kembali kenangan 2014 dan menyatakan azam baru dan impian yang hendak dicapai 2015 ini. dan salah satu azam bagi mereka yang bujang seperti zyla ialah... KAHWIN!

Kahwin ni salah satu ibadah satu kebahagiaan dan sesuatu yang diredhai Allah. bagi mereka yang berkahwin Allah akan mudahkan segalanya dan kahwin ini cara mencegah kemungkaran dan maksiat.

bercakap tentang azam kahwin bukan zyla dah gatai sangat nak kahwin. bagi pembaca relaks dan santai sahaja dalam entri ini. sebab zyla bakal melangkah ke alam dewasa hari demi hari , benda macam ni nak kene fikir dan persiapkan jugak. nanti korang tanya jugak kan, zyla hang bila nak kahwin? dating pun tarak aku tengok? hang tak da minat kat sesiapa ka? amboi2. tanya nak pulak , dah zyla cakap pasal kahwin cakap gatai pulak.. ni macam mana ni??

please be open minded and just relaks ok! 


Apa yang kita perlu buat sebelum nak kahwin?

cari pasangan? nak yang soleh dan solehah! nak yang dah kerja gaji RM2K, KWSP mesti dah capai 10 K. degree holder . eyh.. banyak bebenor requirementnya.. hang dah ada apa sedia untuk bakal suami/isteri? rumah kereta dah pandai masak? tak malas bangun pagi, sidai baju pagi2 bukan tengah hari,tak de nak berkepit dengan smartphone sangat, dah ready nak terima tabiat pelik dan tak seberapa senonoh pasangan anda??


haaa.. yang nilah nak kene fikir dan huraikan panjang lebar. 

kalau betul nak kahwin , nak yang soleh solehah nak yang pandai nak yang kaya..amboi.. tak yahlah kejar kaya sangat sederhana cukuplah. mudahan rezeki hari2 ada untuk makan bagi kat makayah bayar hutang PTPN MARA oklah tu. 

kita kene PERBAIKI diri banyak- banyak -banyak -banyak. KENE betul - betul ready. takmo hangat2 tahi kucing. takmo sebab ada pasangan aje nak ready yang tak ada pasangan pun kene ready.

sebelum nak jadi soleh dan solehah untuk pasangan jadi dulu yang soleh dan solehah untuk makayah dan Allah SWT. sebab syarat pertama nak pilih pasangan AGAMA kan? kalau dia baik dengan Allah, family dia alhamdulillah baiklah dia. 

kita pun nak kene usaha ikhlaskan betul-betul hati ini nak baik dengan Allah, nak patuh semua perintah, jauhi segala larangan. cuba!cuba!cuba! cuba! selagi tak Kiamat selagi tu Allah akan buka pintu taubat untuk dia. 

lepas tu dengan family pulak, dah kerja ni belanjalah mak ayah setiap bulan2, skit2 pun tak pe. nanti Allah pulangakn dengan rezeki yang baik. dan usahalah terus jadi soleh dan solehah. bila nanti mak ayah dah pulang menghadap Ilahi kita akan tetap menjadi harta mereka. doakan mereka. moga Allah terima doa kita untuk kebahagiaan mak ayah di alam sana nanti. amin. atau kalau kita pergi dulu , taklah kita letih dok kerana banyak sangat soal dalam kubur nanti.

*********

rasa dah elok perbaiki diri, kita move on dengan ilmu pulak. nak sayang insan lain yang berbeza asal usul memang tak kenal pun sebelum ni bukan benda mudah. nak kene ada ILMU banyak-banyak jugak. kene sabar. kalau nak sabar. rajin2 berzikir. ingat Allah. In Sha Allah nanti apa2 dugaan kita taklah cepat melatah. haaaa. ni pesan untuk diri zyla sendiri.

jangan dok baca sangat status mengarut kat FB tu , beli buku ilmiah macam keluaran PTS PUBLICATION yang memang tengah awesome sangat sekarang, buku2 FIXI ke yang memang sentuh terus real life kita atau majalah GEN Q yang sangat best best best best sangat ..

baca terjemahan Al Quran, buka Youtube dengar Ustaz/ Ustazah ceramah , semestinya ceramah Ustaz Azhar Idrus dan Ustza Kasim Elias. supaya bila dapat ilmu kita senang nak muhasabah diri.tengok apa kebrukan nak kene baiki ni. apa kelemahan nak kene topup ni. apa lagi yang tak ada nak lengkapkan ni.


******

uruskan masa, diri sendiri dan aktiviti sebagai penuhi masa. Kalau kita anggap hidup ni sebagai satu amanah , kita tak akan ada masa untuk main-main. sebab nya setiap masa kita tahu amanah ni nak kene selesaikan sebaik mungkin.

kalau 2014 masa free asyik tengok korea aje, sekarang kurangkan. baca buku ke, menjahit ke, pergi aktiviti outdoor ke, tolong mak masak ke.. banyak sebenarnya yang kita boleh buat. dah tambah usia ni janganlah dok buang masa ok. 

^^.

******

simpanan. mana yang dah kerja tu.jangan gesa2 sangat nak buat personal loan. kalau ada keperluan, sebab nak bantu keluarga ke, alhamdulillah moga Allah murahkan rezeki boleh bayar hutang cepat2. bayarlah sikit PTPTN DAN MARA tu, simpan skit2 dalam ASB ke, Tabung Haji ke, kan? 


simpanan bukan duit aje, benda lain pun. macam jagalah aset2 yang kta ada sekarang ni. contohnya motorsikal ke, kereta ke baik2. taklah banyak sangat duit mengalir ke sana sebab rosaklah excidentlah apalah entah sebab kecuaian kita. 

smartphones tu kalau masih elok tak yahlah nak tukar setiap kali ada yang lain keluar. android ni, boleh update, tapi kalau dah keinginan sangat tukarlah. 

berbelanja tu kene berhemah hati2. jangan banyak sangat hutang. 

tau tak dalam dunia ni negara MALAYSIA ni ranking paling atas hutang isi rumah. yelah,nak beli apa semua hutang bayar bulan-bulan. 

jadi nasihat zyla nak beli sesuatu tu simpan-simpanlah duit..

bila semua ni dah ready.. masa nak kahwin nanti taklah pasangan pun pening sebab kita banyak hutang. tak leh nak belanja banyak sangat. 

tak jugak kita akan bebankan orang lain sebab hutang kita. 

*****

tahun ni GST akan mengejutkan kita . 
6% tu walaupun nampak skit tapi akan jadi banyak bila kita beli banyak.
dengar betul2 apa berita bagitau tentang GST, bila terlaksananya GST , ekonomi negara dan perbelanjaan negara untuk pembagunan akan semakin baik dan stabil. 

apa maknanya tu ? 

bukan nak merungut atau ini bukan hasutan ok! sekadar pandangan. yang tak tau langsung GST, yang tak de belajar GST jangan nak serang zyla terus. pergi kaji dan faham betul2 dulu, kaji balik cukai sebelum ni dan keadaan ekonomi kita.

sebab tekanan ekonomi ni, kita sebagai orang bujang memang kene banyak bersabar dan jangan cepat sangat melatah. kalau GST tu nanti tak kene dengan tempatnya, barulah kita bagitau kerajaan yang kita tak mo GST. tapi kalau baik terima dan teruskan kehidupan.

eyh... jangan tanya pulak zyla ni parti mana . zyla tak sokong mana2 pun.

*******

berbalik kepada tajuk entri... rasanya macam mana azam nak kahwin 2015? boleh dak  sediakan persiapan dalam diri sendiri dulu? kalau boleh dan anda yakin , maka kahwinlah semoga Allah restu dan dapat rezeki serta pahala yang melimpah ruah. semoga bahagia semoga hati rasa tenang iman bertambah dan semoga diakhirat lak kita menjadi hamba Allah yang terpilih ke syurganya! . 



Wednesday 31 December 2014

Hari Terakhir 2014

Assalammualaikum

Bismillahirahmannirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



Ya Allah, Jadikanlah Aku Sahabat Yang Disegani Sahabat Sekeliling.

Daripada Abu Hurairah r,a , Nabi saw bersabda yang bermaksud:

" Janganlah kamu berhasad dengki, janganlah kamu menambah harga barang jualan untuk memperdaya orang lain , janganlah kamu saling memarahi , janganlah kamu berpaling  ( daripada saudara kamu untuk memutuskan talian persahabatan ) dan janganlah sebahagian daripada kamu memutuskan pembelian sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara .

-Riwayat Muslim-


hai korang. rasanya ramai dah kat luar nak sambut tahun baru.

sekarang baru 10.26 malam.

^_^.

I just want to make this entry short and nicely to be remember.

alhamdulillah skarang zyla dah dapat kerja tetap. menjawat jawtan sebagai Executive Account kat sebuah syarikat swasta. zyla dapat kerja ni sehari lepas genap setahun zyla grad.

dan bisnes online zyla semakin rancak berjalan.

hati makin tenang dan aman.

ada sebuah penantian selama bertahun ini juga telah terjawab.

biarpun tahun ini kita masing -masing terkejut dengan pelbagai kejadian yang tak terduga.

sekarang kita tetap harus tabah menghadapi banjir, kehilangan pesawat Air Asia dan misteri hilannya MH370 yang kepulangannya masih dinanti.

tarik nafas dan tenang kembali.

keadaan tekanan ekonomi yang sedikit merundum, harga minyak yang naik, kos sara hidup makin tinggi , kita menjadi stress. tertekan.kita lepaskan segala rasa di Facebook.

mari, hari ini kita ubah diri kita.ubah cara kita dan ubah minta kita.

esok umur akan bertambah satu.

zyla akan menjadi remaja 23 tahun.

banyak perkara sudah zyla rancangkan supaya kehidupan ini menjadi lebih baik.


jaga solat

jangan lupa al Quran

Ingat dan lebih sayangkan mak ayah

banyakkan sedekah

bayar hutang

usaha dan jangan putus asa.


apa pulak azam tahun baru korang??

zyla pun harapkan zyla akan selalu update blog ni!!


so semua, selamat tahun baru 2015! semoga menjadi baik dan lebih baik dari sebelumnya.

salam sayang

fathin_fazila

Sunday 28 December 2014

Musibah 2014

Assalammualaikum wbt,

Bismillahhirahmannirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Allah.

minggu ini kita diselubungi kebimbangan apabila banjir yang hampir membuatkan negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan tenggelam. alhamdulillah sekarang bertambah baik walaupun ada nyawa yang terkorban, Bantuan demi bantuan disalurkan, banyak pihak tetap menyertai sukarelawan untuk terus memastikan semua mangsa banjir menerima bekalan makanan keprluan asas dan dalam keadaan selamat.

kami disini, di Sarawak mengharapkan banjir di sana akan surut dan bantuan oleh pihak kerjaan dan juga NGO mampu mengembalikan senyuman dibibir mangsa.

sedih.

pagi ini sekali lagi Malaysia digemparkan oleh kehilangan pesawat AIR Asia indonesia yang telah terputus hubungan.


Mari kita sama-sama terus berdoa.
Doa satu2nya cara untukkita berhubung dan rasa dekat dengan Allah
dan doa jugalah cara kita untuk membantu semua bencana dan musibah ini beransur ansur pulih.

mari kita berdoa. 
Al Fatihah.
moga Allah permudahkan segalanya. 

Friday 14 November 2014

Bila Kita Perlukan Cinta

Assalammualaikum

Bismillahirahmanirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Lokasi : Tempat kelahiran Ayah : Pasir Panjang/Pasir Pandak, Sarawak.

Amboi zyla sejak dah sibuk berniaga online ni lupa terus nak update blog.

senyum.

okeh, tolak tepi kenapa dah lama tak update blog.

tolak tepi dan buang terus alasan yang dah bertahun didengar.. blog dah berhabuk. tapi apa yang zyla perhatikan memang laptop zyla ni yang berhabuk!!

semenjak dua menjak dan bermenjak menjak ni zyla diselubugi persoalan ini.

"Bila Kita Perlukan Cinta "

Zyla akui sebelum ini zyla pernah bercinta. ketika itu zyla masih terlalu muda. belasan tahun, dia pula baru sahaja menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana muda. boleh teka berapa jarak usia kami?

ya zyla kira inilah cinta yang jika boleh zyla mahu kekalkan sehingga ke syurga

amboi,

tetapi telah Allah tuliskan di Loh Mahfuz lagi, dia akan berkahwin pada hari itu dan zyla akan duduki peperiksaan pada pagi itu.

sekian tamatlah sebuah kisah cinta,

zyla tetap teruskan perjalanan kehidupan dan tetap berjuang habis-habisan.

dari pointer zyla jatuh alhamdulillah merasa jugak dekan dan sekarang berkat susah payah itu, zyla hanya bayar hanya berapa ribu untuk pinjaman Mara. Alhamdulillah, syukur. kerana usaha keras itu pda masa hadapan zyla tak dibayangi oleh hutang pelajaran.

^_^.

setelah habis belajar zyla tunaikan hasrat untuk luangkan masa bersama ahli keluarga.

zyla kehilangan nenek tersayang pada 6 Ramadhan 1343H.

itu satu kehilangan yang sangat mendalam buat zyla.

Allah hanya bagi zyla masa 8 jam untuk bersamanya. walaupun sedkit kecewa kerana pada hujung nafas nenek, nenek tidak lagi dapat membuka mata untuk melihat zyla.

syukur kerana , pada bacaan Yassin terakhir yang dibacakan oleh zyla , nenek pergi dengan aman dan sangat mudah,

alhamdulillah zyla mandikan nenek dan hantar sehingga ke liang lahad.

zyla kembali kepada nenek dan atuk yang masih ada disebelah ibu,

ya, mungkin org kita buang masa dan malas nak cari kerja

tapi hari ini sudah terlalu lama zyla tidak menatap wajah mereka dek kerana sibuk.

tarik nafas dan hela nafas .

Bila Kita Perlukan cinta.

semua ni apabila hati kita sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Jika kamu masih seorang pelajar zyla tak galakkan sangat untuk bercinta.

kenapa?

bercinta pada usia masih seorang pelajar banyak sangat risikonya.

hanya sedikit bilangan mereka yang berpasangan boleh fokus dalam pelajaran.

seriusly.

ada yang tercari -cari pakwe/makwe disebabkan rasa hidup ini kosong.
hey awak yang masih lagi seorang pelajar!

belajarlah sehingga kamu benar-benar lelah,

pada hari berakhirnya tugasan kamu sebagai seorang pelajar kamu akan tersenyum puas kerana segala amanah dan tanggungjawab itu sudah pun selesai,

janji pada kedua ibubapa sudah pun terlerai,

bahagiakan kedua ibu bapa dahulu baru Allah hadirkan cinta dan apa sahaja yang kamu perlukan.

memikirkan cinta manusia terlalu lebih dari cinta Allah.

sememangnya akan membuatkan kamu terasa lebih kosong.

sedangkan Alllah SWT yang berikan kamu cinta.

Carilah kejayaan yang memuaskan hati kamu
carilah kbahagian bersama keluarga

hargailah masa muda ini untuk terus bekerja keras demi masa depan.

tak payah cemburu dengan mereka yang sebaya tapi dah berkahwin dan dah bertunang

itulah yang Allah SWT telah tuliskan buat mereka,

bersabarlah sayang, masamu akan tiba.

berdiri dan terus berusaha.

perjalanan kehidupan ini penuh liku yang menyakitkan dari mengembirakan.

jika kamu susah didunia, maka bersabarlah kerana Allah SWT telah simpan kebahagian diakhirat.

Jika kamu senang didunia maka berhati-hatilah dan berjaga-jaga untuk tempuhi setiap persoalan Allah nanti,

kita semua tak jahil.

macam mana nak jahil jika sekarang bangun pagi terus buka Facebook.
secara automatik kita akan dihidangkan dengan status -status rohani yang menyedarkan

tentang??

solat itu wajib,
jangan malas untuk berusaha.
apa yang kita buat didunia akan ditanya diakhirat kelak.

lapangakan dada.
berdoalah.



Friday 10 October 2014

Ampunkan Kami Ya Allah

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



"Wahai Tuhan,
Ku tak layak ke syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU

Ampunkanlah dosaku dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-Dosa besar,

Dosa-Dosaku bagaikan perpasir dipantai,
Dengan rahmatMu ampunkan daku,
oh Tuhanku.

Wahai Tuhan 
selamatkan kami ini
dari segala kejahatan dan kecelakaan 

kami takut 
kami harap kepadaMU,
suburkanlah cinta kami KepadaMU.

Kami lah hamba yang mengharap belas dariMU.


Ya Alah Ya Tuhanku,
Pada hari yang penuh barakah ini Ya Allah,
aku ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga ini atas segala rahmat dan nikmat yang Kau kurniakan pada diriku dan pada segenap alam ini.

Ya Allah Ya Tuhanku,
sampaikanlah salam rinduku pada Baginda Rasulullah SAW.
Selawat Ke Atas Baginda, Keluarganya dan sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhanku.


Ya Allah Ya Tuhanku,
terima kasih Ya Allah,
kerana menghadiahkan aku dua malaikat seperti yang telah Kau janjikan untuk melindungi aku , menyayangi aku, menjaga aku dan mengingatkan aku tentang Kamu Ya Allah. Yang mengajar aku sentiasa berharap kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya Ya Allah Engkaulah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku Ya Allah.
Ampunkanlah dosa mereka,
Kasihinilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak aku kecil Ya Allah.
ampunkanlah mereka,
Kurniakanlah mereka cahaya hidayahMu Ya Allah
Terangilah kehidupan mereka dengan Nur Mu Ya Allah,
dakaplah mereka dalam Kasih SayangMu Ya Allah,


sesungguhnya Kedua ibu bapa ku
telah menjaga amanah yang Engkau berikan dengan sepenuh hati mereka,

Berikanlah mereka kesihatan yang baik Ya Allah,
Panjangkanlah usia mereka Ya Allah,

Serulah mereka ke Tanah SuciMu Ya Allah

Kurniakanlah mereka kebahagiaan Ya Allah
Kurniakanlah mereka kelapangan dada Ya Allah
Kurniakanlah mereka ketenangan Ya Allah

Sesungguhnya Ya Allah,
hanya padaMu aku berharap, hanya padaMu aku berdoa penuh pengharapan ini Ya Allah,
lindungilah kedua ibu bapaku walau dimana mereka berada.
Jauhilah mereka dari hasad dengki manusia Ya Allah

Ya Allah,
Pada hari pengadilan nanti,
permudahkanlah timbangan mereka,
Pada saat mereka meniti titian siratulmustakim Mu, 
Permudahkanlah mereka Ya Allah.

Bukakanlah mana-mana pintu syurga buat kedua ibu bapaku,
dan jadikanlah mereka kekal didalamnya buat selama-lamaya Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku
Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Esa
Yang Mengetahui sesuatu Lagi Maha Adil
Ya Allah,
Ampunkanlah dosa-dosa aku Ya Allah,
ampunilah dosa hambaMu ini,
Jadikanlah aku wanita solehah Ya Allah,
agar aku menjadi yang terbaik buat kedua ibu bapaku,
Ampunilah dosa adik-adikku Ya Allah
jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah buat kedua ibu bapa kami Ya Allah,
Jangan lalaikan hati kami dengan dugaan dan kemewahan dunia Ya Allah,
jadikanlah hati kami, hati yang terus istiqamah dalam menunaikan setiap perintahMu dan menjauhi setiap LaranganMU.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Ampunkanlah dosa saudara maraku, kaum kerabatku Ya Allah
kukuhkanlah ikatan antara kami,
wangikanlah ikatan antara kami,
jadikanlah kami keluarga yang sentiasa mengingati kebaikan antara satu sama lain.

Ya Allah,
Dengan penuh harapan ini ,
aku mohon Ya Allah,
ampunilah dosa guru-guruku,
angkatlah martabat mereka ya Allah,
lipat gandakanlah pahala dan amal kebaikan mereka
berkatilah mereka Ya Allah.

Ya Allah,
ampunilah dosa sahabat-sahabatku Ya Allah,
jadikanlah kami sahabat yang saling mengasihani keranaMu Ya Allah,
kukuhkanlah hati kami Ya Allah,
berikanlah kami kekuatan untuk terus istiqamah dalam mematuhi perintahMu dan Menjauhi LaranganMu,1
yA Allah pertemukanlah aku dan sahabat-sahabat ku disyurga nanti Ya Allah!

Ya Allah Ya Tuhanku,
ampunilah jua dosa jiran-jiranku Ya Allah,
Ampunilah juga dosa seluruh Muslimin dan Muslimat dimuka bumi ini!
sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggaldunia.
kuatkanlah hati kami Ya Allah,
agar kami Kuat! agar kami kuat mempertahankan nas-nas Mu Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhanku,
sungguh aku syukuri segala rahmat dan nikmatMu,
Ya Allah, 
janganlah Kau jadikan kami terus lalai dek arus kemodenan ini Ya Allah,
pautkanlah hati kami terus pada agamaMu, Ya Allah,
kurniakanlah kami Nur Hidayah Mu Ya Allah
supaya kami tidak pernah lelah dan kecewa dalam mengejar redhaMu!

Ampunkanlah Kami Ya Allah!
umat Akhir zaman yang sedikit jumlah yang akan memasuki syurga!
sungguh Ya Allah, kami tidak mampu hadapi seksa nerakaMu.
jangan biarkan kami terus lalai dan hanyut dengan godaan ini Ya Allah!

Ampunkalah Kami Ya Allah!
sesungguhnya Kaulah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya dari Engkau kami datang dan kepadaMu jua kami akan kembali.

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhilah kami dari azab neraka.


*keluhan dilepaskan.
pandangan kosong dibuang keluar.

Jika aku terus istiqamah menjadi baik aku berharap inilah jalan lurus yang Allah tunjukkan kepada aku, dan aku akan terus berdoa agar mereka disekeliling aku akan begitu juga, istiqamah untuk terus menjadi baik! tinggalkan jahilliah anda!


-terjemahanhati8.blog-
-october2014-






Thursday 2 October 2014

Nikmat Sihat dan Masa Lapang

assalammualaikum.
Bismillahirahmanirahim







Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Hai Malaysia!

Pagi ini nothing much to do sebab stock bedak sejuk pun dah makin kurang nak kene re-stock. Lepas tu tak ade mood nih sebab my phone was not really functionable. yalah dah tenat dan nazak. huhu.

But here i would like to share something with all of you. perhaps for non-muslim also if you read this, it may be a good reminder for you and i hope all of us will make our life better then yesterday.

Rasulullah SAW bersabda:

"Ada dua kenikmatan, banyak manusia menjadi rugi gara-gara dua kenikmatan., dua kenikmatan itu ialah nikmat kesihatan dan masa lapang". - Hadis Sahih dari Imam Bukhari.

Yes, please do admit yang sekarang ni sejak kewujudan media sosial yang menjadi trend, dengan kemampuan kita semua untuk memiliki gadget seperti smartphones yang kita kerap tukar sebab nak yang latest, melayari internet biarpun mahal setiap bulan tapi anggap dah berbaloi. which is, bila malam tadi subsidi minyak turun kita dah pening dah! dah mula kutuk dan kerajaan. sorry, zyla tak membela mana-mana pihak ok! i just want to make it clear. kita marah dan benggang bila subsidi minyak turun, ini semua terjadi sebab kerajaan anggap taraf hidup kita dah naik. seriusly?

ye ke?? cer check kewangan masing-masing sekarang. hurm.

apa kata kita ubah cara hidup kita yang leka sangat terutamanya banyak sangat mengisi masa lapang dengan melayari internet. kurangkan kos duit dan masa disitu. bagi yang masih muda belia, wake up and look around you! here guys still much thing yang kita boleh buat sebenarnya. apatah lagi yang ada kemudahan kenderaan dan berdekatan dengan tempat riadah, perpustakaan. tak nak jadi negara berilmu seperti JEPUN? respect kan diorang? sebab diorang menggunakan masa lapang dengan sebaik-baiknya . they dont really care about hiburan tapi setiap masa menambah ilmu. sebab tu negara Jepun sangat menghormati dan menghargai ilmu. dan bagi yang selalu tengok drama korea. mesti heroin tu still study dan  buat kerja part time kan? atau riadah? 

jangan sampai one fine day kita rasa dada ni masih terlalu kosong. tak terisi dengan ilmu yang secukupnya. sekarang ni semakin banyak written warrior. urm. yap ustaz /ustazah Fb, pemerhati dan pengulas akademik dan ekonomi. urm.. alangkah eloknya apabila masa terlapang kita isi dengan membaca buku dan berbuat riadah. kan dapat 2 nikmat. ilmu dan kesihatan yang baik. for sure kita akan menjadi sentiasa muda dan banyak yang kita dapat sumbangkan kepada masyarakat sekeliling. 

kesihatan. bila dah sihat kita lalai malas. bila sakit? oh solat pun tak larat! 
masa muda adalah masa yang terbaik sebab kesihatan memang tip top! darah tinggi kecing manis dan sakit jantung pun tak ada. kita nak buat ibadah, nak bina kerjaya dan cari ilmu, nak berkeluarga , rasanya kita akan menikmati rahmat yang besar dari Allah.

ok.. dush~dush~~ dush`~~ tampar diri sendiri.

jadikan kehidupan ini lebih berkualiti pada realiti bukan alam maya oky!


senyum sikit.

mengapa muka ketat?
apakah kau minyak peluk!

tolong tepi sikit!,,`~

Wednesday 1 October 2014

Urus Niaga Yang Diredhai oleh Allah SWT.

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

alhamdulillah, masih lagi bangun tanpa malas-malas! lepas subuh tadi zyla ada baca tentang urus niaga yang diredhai oleh Allah SWT. sebagai perniaga kecil.. amboi.. yelahkn, berniagalah jugak ni. banyak perkara yang kita perlu tahu. tentang barangan yang kita jual, harga beli borong dan harga jual, kualiti dan kuantiti barangan tersebut dan jugak manfaat barangan tersebut kepada masyarakat. so korang para peniaga online terutamanya yang mungkin kebanyakkan kita ini buat niaga sebab nak cari side income kan? tapi ada banyak amalan urus niaga yang telah disyariatkan oleh ISLAM kepada umatNya supaya apa yang kita buat tu diberkati Allah SWT. zyla sangat yakin dan percaya bahawa,jika kita benar-benar jujur walaupun mungkin pernah ditipu anggap itu satu dugaan dan diuji lagi dengan rugi maka bersabarlah..asalkan kita jujur dan tak mengkhianati orang, In Sha Allah, Allah akan redha. 

Dan tips yang zyla nak kongsi ini adalah hasil dari rujukan , 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SWT. :

  • jangan menjual atau membeli sesuatu kecuali dengan akad dan kabul yang sah kerana bertukar tangan di dalam jual beli tanpa akad dan kabul tidak mencukupi, kecuali yang diharuskan oleh sesetengah ulama iaitu pada benda-benda kecil yang tidak bernilai tinggi.
  • Barang-barang yang diperniagakan itu halal dan dan bukan yang diharamkan oleh syarak seperti arak sekalipun yang akan membelinya adalah bukan Islam .Ini kerana laknat dalam perkara arak ini termasuklah tukang perah, tukang pembawa ke mana arak itu dihantar, tukang petik ( buah untuk dijadikan arak),penjual , penerima hasil jualan dan sesiapa sahaja yan terlibat dalam perkara arak ini.
  • Tidak Berjual beli dengan riba kerana riba itu adalah dosa besar dan bahaya yang berat.
  • Tidak menipu , mengkhianati pembeli atau memutar belitkan dan mengelirukan orang,
  • Usah menyorokkan barang-barang dagangan untuk dijual dengan niat menaikkan harga barangan itu apabila bekalan berkurangan sedangkan pembeli amat memerlukan ketika itu.
  • Barangan yanh dijual dalam keadaan yang sempurna termasuklah perilaku penjualnya yang boleh berlebih kurang. Tidak lokek dan terlampau berkira kerana sikap pemurah dan baik itu akan menambah berkat.
  • Hendaklah peniaga itu sentiasa menamankan perasaan ingin untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dengan cara mengeluarkan zakat harta peniagaannya.
  • Dalam menjalankan perniagaan , usah sampai melupakan atau melalaikan kewajipan agama seperti bersolat , menunaikan haji, berbuat baik kepada kedua ibu bapa , menghubungkan silaturrahim, berlaku ihsan terhadap sesama manusia serta menunaikan hak saudara dalam ISLAM dan hak jiran.

Rasulullah SAW Bersabda:

"Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan berdosa melainkan bagi orang yang bertakwa kepada Allah , membuat kebajikan dan bercakap benar"

Hadis oleh, Tirmizi, Ibnu Majah , Ibnu Hibba, dan al -Hakim.

Mencari rezeki adalah niat dengan nak membantu mereka yang lain. jangan risau sebab rezeki itu akan ada untuk mereka yang berusaha. zyla pun dah alami dah. rezeki tak datang bergolek. usahalah dan doalah. in Sha Allah. banyak ke sikit itulah yang secukupnya bagi kita. dan janganlah berhasad dengki sesama kita  , sebab nanti ini semua kita nak kene jawab dengan Allah SWT hari akhirat nanti.