Sunday 31 August 2014

Hidup Seperti Kaca

Assalammualaikum,

Bismillahirahmanirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


adakalanya ku rasa hidup ini seperti kaca,
jikalau tidak bersabar,
hancur berderailah akhirnya


Dulu masa kecik-kecik nak sangat jadi orang dewasa.

nak sangat hidup sendiri.

tapi ni baru 22 tahun dah rindu balik zaman budak-budak.
masa masih tak kenal dunia dan aktiviti seharian hanyalah ke sekolah.

itulah manusia. tak pernah menghargai apa yang sedang dilalui. berangan-angan. dah bila Allah bagi, rasa nak parah balik masa lah bagai!

hurm. kutukan untuk diri zyla sendiri.

hidup ni memang tak semudah ABC. 

banyak benda nak kene perbaiki lagi.

In Sha Allah.



Friday 29 August 2014

Kita Blogger dan Para Pembaca

Assalammualaikum.

Bismillahirahmanirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


^_^. sekarang dah tengah malam. zyla tengah habiskan mendownload movie untuk mak. 
sementara menunggu habis download ni zyla pun scroll lah Facebook. dan apa yang zyla dapati sekarang ni nak buat Blogwalking memang mudah dengan jenguk aje kat Facebook. ramai jugak blogger dah buat page untuk blog diorang. mudah. Kalau tak jenguk ke Kelab Blogger Abg Ben pun sentiasa ada update dari blogger. 

blog terjemahanhati ni memang baru tapi zyla bukan baru dalam dunia blogger sebab ni merupakan blog kedua zyla.

dah banyak entri zyla baca, dah banyak blogger zyla kenal. even, Abg Ben pun pernah promosikan blog zyla dulu. terima kasih ya Abang Ben! Tahniah dah bertambah anak dah sekarang. alhamdulillah. 

macam-macam isu dan perkembangan dunia blog ni sejak tahun 2009- smpai sekarang.

dulu , suasana blog lain. sekarang lagi lain. hmm. dan zyla sedikit janggal.

Tadi zyla ada baca satu blog yang ditulis oleh seorang ustaz. 
bagus isinya, beliau menegur tentang kelalaian umat sekarang ni. dan entri tersebut merupakan persoalan si bongsu zyla.."tengok dan minat korea tu salah ke along?"

dan zyla tengok banyak komen pembaca yang seakan-akan tak bersetuju dan bertanya seoleh-oleh mereka ingin pertahankan pendapat dan perasaan mereka. percaya atau tidak, selama zyla membaca entri dan baca komen zyla jarang sangat jumpa pengomen yang betul-betul faham isi entri dan soalan yang diajukan lebih bersifat terburu-buru. baca sekali lepas tu rasa ada yang tak kene dan melulu aje komen. dan paling teruk mengata "ah! dia ni merepek betullah".

okeh, wahai blogger dan pembaca sekalian. zyla nak bagitau ni. kita ni blogger menulis berdasarkan kefahaman dan pendapat kita? betul tak? memang ada jugak berdasarkan fakta-fakta dari buku ataupun ceramah. baguslah kalau macam tu. tapi apabila kamu membaca sebuah entri yang bersifat teguran dan pandangan terutamanya yang berkaitan dengan "minat" "tabiat""kegemaran" ini eloklah kalau kita menilai diri kita balik, baca kembali entri tersebut buat sedikit atau sebanyak mana kajian yang boleh supaya kita boleh merasionalkan permikiran kita.

zyla perasan. ada pengomen yang seakan-akan tak nak mengaku yang ditegur itu salah.

zyla bukan ustazah k. tapi inilah yang zyla selalu lakukan.

bila zyla membaca entri tentang teguran dan pendapat ini terutamanya tentang agama , sikap dan perbuatan. zyla akan baca dua kali. ambik masa untuk menilai dan berfikir. kemudian zyla akan cari bahan contohnya fakta atau kajian lain tentang teguran tersebut. zyla membandingkan apa yang ditulis oleh blogger dengan maklumat yang zyla baca. kemudian zyla menerima ada betulnya apa yang ditulis oleh blogger tersebut dan apabila kita rasa tak selesa. janganlah marah. biasanya kalau orang buat silap bila ditegur dia akan marah? betulkan? sebab yang ditegur itu menjadi satu kebiasaan bagi mereka, tiba-tiba dipertikaikan. memanglah terasa ye.

Masyarakat hari ini zyla tengok susah sangat nak habiskan membaca surat khabar. lebih suka baca maklumat kat Facebook aje. lepas tu malas lagi nak cari sumber lagi bagi mengesahkan fakta atau berita yang tersebar. akhirnya terjadi SALAH FAHAM YANG SANGAT BESAR! dan yang teruk bila saling membalas komen masing-masing ego nak kata dia betul. aduii. pening kepala macam ni.

zyla selalu fikir, kalau dah macam ni gambaran para blogger dan pengomen dimasa ni, masa depan apabila generasi XYZ ambik alih tugas menulis entri yang bersifat lebih baru bagaimana agaknya keadaan masa tu? hurm

zyla sangat suka membaca. tapi zyla akan utamakan buku dahulu. sebba buku ni melalui proses edit dan tapisan. so In Sha Allah isinya selamat untuk dihadam oleh minda.

zyla harap para blogger dan pembaca diluar sana lebih berlapang dada apabila membaca entri yang mungkin bersifat "pedas" dan "lantang" sikit. ingatlah dan terima dia menulis berdasarkan pendapat dia. baguslah ada yang macam ni at least kita tak jadi lalai betul kan?

dan pleasee jangan rasa kita aje betul. mentang-mentang sekarang semua dah jadi degree holder. 
penat tau baca komen negative aje memanjang. ini baru blog belum lagi insta. lagi parah! 

semoga dunia blogger Malaysia akan melahirkan modal insan yang menjadi contoh terbaik generasi akan datang. 

selamat tengah malam. 




Tuesday 26 August 2014

Gumpul Resipi ?


Assalammualaikum.

Bismillahirahmanirahim.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Waaatttcchhhhaaaaa!!~~~ Haiiiyaaaaa~~~

Korang pandai masak?

Masakan kampung?

Western??

Ala-ala cina?

ala-ala jepun?

ala-ala indian??

desert?


Opppsss.. itu semua Setsuna baru aje request! in future punya menu untuk makan bersama keluarga. oucch! bagus jugak merancang macam ni. boleh awal-awal kumpul resipi tak payahlah nanti baru nak tergedik-gedik nak belajar potong bawang masa dah kahwin. kang merajuk sang suami! 

Orang tua banyak mengata. budak-budak yang belajar tinggi ni selalu nya bukan reti sangat bab dapur dan kemas rumah.. yeahh.. zyla mengaku! hahaha. baik sungguh mengaku. tapi belajar sikit-sikit. 

So Far sekarang ni zyla baru aje pandai masak air!!

muaha. gurau aje. yang zyla boleh buat ialah sup, mihum sup, mee goreng, tahu cara nak basuh ayam, siang ikan ( sikitlah), potong bawang sayur bagai, kenal mana itu kunyit, lengkuas, serai, cili yang pelbagai jenis, hurm. itu basic! hang tak tau,.. baik hang pi tanya mak hang... ( macam datang pulak slang utara ni).

sementara zyla tengah berlapang masa ni ada baiknya zyla kumpul resipi-resipi yang pelbagai dan mula untuk praktikkan skill memasak. kalau tanya Setsuna dia hanya akan cakap " ok je boleh masak saya tengok". muahaha. alangkah senangnya menjadi Setsuna ni. dia serius sangat tak cerewat sangat bab makan. apa je dia terima..

Preparation menjadi ISTERI DAN MAMA!

gitu.. 

serius. memang tengah prepare ni , mana tau kang tiba-tiba bakal mertua nak test power lak kat dapur.. terkebil-kebil pulak nanti.

bayangkan.. ok.. sila bayangkan bila suami mintak "sayang, masak menu mak selalu masak tu", dan anak pulak minta " Mama,buat macam yang uncle kepala botak tu masak yang macam dalam tv tu"..jadi, anda seoarang wanita mesti menjadi superwomen! 


okeh.. tak mau cakap banyak-banyak sebab sekarang ni zyla nak hantar resume jap. 


Monday 25 August 2014

Antara Aku, Dia dan Allah SWT

Assalammualaikum.

Bismillahirahmannirahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 


Apa khabar ? harap sihat semuanya. ^_^.



credit pic : Ana Muslim.

Suka tengok gambar ni. something.













Perghh.. tajuk entri kali ni gempak. garu kepala siapa pulak "dia" yang dimaksudkan? Anggaplah seseorang yang Allah hadirkan untuk menguji Zyla. 

Al-Baqarah : 155

" Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ( kepada musuh ) dan (dengan merasai) kelaparan, dan ( dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar".

Hidup ini sementara. Yang hidup akan mati. cuma tarikh mati kita aje kita tak tahu. Allahualam. kalau tahu rasanya kita tak akan persia-siakan setiap kerja dan apa jua tindakan kita. tapi untuk persiapan itu , anggaplah setiap hari kita ialah hari terakhir. sedangkan esok pun kita tak tahu apa yang bakal berlaku. ya, benar, memang kita dah buat jadual dah apa nak diselesaikan esok, alah, esok benda yang sama jugak kita akan buat. sedangkan dalam masa yang sama Allah SWT turut memerhatikan kita dan merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Jika pelangi yang indah itu tidak kelihatan dan kau ketakutan kerana hujan dan petir, bersabarlah, berdoalah pada Allah SWT Yang Maha Pendengar Lagi Maha Mengetahui akan sesuatu. In Sha Allah, lambat atau cepat, besar atau kecil rahmatnya Allah SWT akan gantikan pelangi tadi dengan pelangi yang lebih indah. Masha Allah, begitu manisnya nikmat yang Allah bagi untuk kita yang bersabar.


Petang tadi masa zyla dok khusyuk tengok resipi kek rainbow kat Facebook. al maklumlah Setsuna pernah request dan hope nak buat untuk hari jadi dia. In Sha Allah. Bila? Disember nanti. hehe. dan mak zyla tiba-tiba menyapa.

along, orang dh fitnah kau teruk mcm tu, menjaja pasal kau kat semua orang. kau boleh pulak duduk diam dan relax. " ( peristiwa yang berlaku sebelum Ramadhan, Lokasi : bukan Kuching) 


mum, apalah guna along beli buku agama punya banyak, semalam memahami surah An-Nisa dan Al Luqman penuh tekun. buku 100 pesanan terakhir Rasulullah dibaca berulang kali. tapi bila Allah uji terus lupa apa yang dibaca. lupa apa yg hati niatkan , hajatkan. Along tak nak sia-sia begitu banyak usaha untuk sabarkan hati dan apabila kita terima berita yang lebih buruk benda macam tu hilang sekelip mata. 


Begitu lebih kurang zyla jawab dengan mak. alhamdulillah mak pun faham dan dia pun lega sebab bukan zyla tak marah dan sakit hati tapi zyla cuba.. sentiasa cuba walaupun sangat pedih difitnah dan dikhianat orang yang kenal kita dari kecik. Sekali lagi zyla anggap itu kesilapan dia dan kerana kesilapan itu Allah berikan sebagai ujian untuk zyla. nah!!! Fathin Fazila Bt Razali Bin Salleh ini ujian untuk kau! seberapa untuk tempoh ini , kalau lepas ujian ini alhamdulillah, nanti adalah ganjaran yang kau terima.  maka untuk tempoh ini, zyla mendoakan dan mengharapkan Allah SWT meminjamkan kesabaran buat zyla, kekuatan buat zyla dan yang paling penting usirlah amarah ini. 

zyla akui zyla banyak khilafnya zyla banyak dosanya zyla banyak melakukan kesilapan! zyla lalai, zyla cuai. zyla rapuh diperjalanan kehidupan zyla. zyla tersungkur. 

Zyla muhasabah balik. apa aku dah buat selama ni. apa yang aku lupa selama ni.

maka kembali bertaut hati kepada Allah. berazam untuk tidak mahu terjatuh dan tersungkur lagi.

Zikrulallah. sahabat itu dari dulu selalu pesan " Zkirlah supaya hati tenang". ^_^.

Dengan formula itu hati semakin terkawal.

zyla kembali ke rumah. bersua kembali dengan ayah, ibu dan adik-adik yang ditinggalkan lama.

mereka tahu apa yang terjadi. hati mereka terluka. Allah! Pilunya. 

cubit peha kanan peha kiri terasa. itulah keluarga kita.

zyla nekad. In Sha Allah tak akan biarkan mereka terluka lagi.

Zyla menghampiri rak buku yang hampir penuh debu. semakin bertambah buku, majalah perlbagai koleksi alhamdulillah. terkesan tatkala naskah Relaksi , Hilal Asyraf tertinggal di Semariang. In Sha Allah zyla akan bawa pulang jugak nanti.

langkah pertama zyla mendengar luahan ibu dan ayah. zyla nak tahu apa perasaan mereka apa harapan mereka. ya, mak tetap nak zyla jadi pokok untuk adik-adik bila mereka tak ada. anggap ini ujian dan lakukan yang terbaik.

zyla muhasabah diri dengan lebih banyak membaca modul remaja terbaik, Gen Q, meneliti 100 Pesanan Terakhir Rasulullah. satu persatu zyla cuba praktikan amalkan, mana yang selama ini kita pandang enteng zyla perbaiki supaya lebih baik. yap, zyla jarakkan sedikit diri dengan masyrakat luar buat masa ini. In Sha Allah bila dah betul-betul kuat nanti zyla akan kembali seperti biasa.

Bila dah zyla mula selesa dengan semua perubahan ini, satu berita yang amat memilukan hati itu memang membuatkan zyla tertunduk. FITNAH! fitnah kerana mahu membalas dendam. Allah. Fitnah kerana cemburu. 

Sedangkan Rasulullah pun melapangkan dada beliau dan mudah memaafkan apatah lagi kita manusia biasa? zyla bertanya kembali pada hati, kau dah berulang kali baca pesanan terakhir Rasulullah. kau dah faham dan kau dah sedar. bila Allah uji lagi sikit adakah kau nak lupakan kefahaman itu? semestinya tidak. zyla cuba untuk terus kukuh.

Zyla tak jangka bila zyla akan tinggalkan dunia ini. Zyla tak tahu banyak mana dah amalan zyla untuk dibawa pulang ke sana nanti.

maka zyla harapkan, zyla mampu zyla berkesempatan untuk memohon maaf kepada yang sepatutnya, memaafkan sesiapa sahaja dan meleraikan apa jua persoalan dan keresahan hati mereka yang memikirkan zyla.

manusia mana yang tak lakukan kesalahan kan?

manusia mana yang tak pernah buat dosa?

manusia mana yang tidak pernah marah?

Zyla tak nak semasa Malaikat Jibrail menjemput nanti zyla pulang dengan ada dendam dihati, ada cemburu dihati, ada kebenaran yang belum diterangkan,ada hutang yang belum dilangsaikan, ada hak yang belum dikembalikan. ada hajat yang belum disampaikan, ada kerja yang tertunggak dan ada pemintaan pertolongan yang tidak ditunaikan, ada janji yang tidak ditepati.  zyla mahu pulang menghadap Ilahi dengan keadaan segala apa jua tanggungjawab zyla sebagai hambaNya di dunia telah selesai. 

Kepada yang membaca, jika selama ini zyla ada membuat salah zyla minta maaf, jika masih ada sebarang perkara yang belum selesai antara kita ingatkan zyla.










Sunday 24 August 2014

Kenapa aku menulis?

Assalammualaikum..

Bismillahirahmanirahmin..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Sejak tahun 2010 lagi dunia blogger ni memang dah fabolus sangat dah. banyak yang popular sebab blog! tak percaya??? aish. mana ada orang yang tak minat baca blog sekarang.. dari blog yang entah apa2 macam zyla sni sampailah blog politik! ayah pun suka blog. 

tak dinafikan melalui blog jugak ramai yang dapat buat side-income. zyla aje lagi tak buat-buat. belum seru kot. 

Blog ni memang hak kita. yess!! free pulak tu. sapa tak suka. boleh hias secantik mana yang korang nak! terserah. 

tapi yang paling penting untuk blog ialah APA YANG KITA TULIS.

apabila korang dah sign in sebagai blogger ni secara automatiknya kita akan menjadi seorang penulis online yang sangat "bertauliah". kita tak melalui proses penapisan dan kebanyakkannya sekali aje tulis terus publish n share sana sini. yang penting lepas tu traffic mesti naik n jadi glamour!!! ouccchh..


boleh2 tak ada masalah. tapi biarlah apa kita tulis itu sesuatu yang baik untuk orang diluar sana membaca. bukan nak jadi hipokrit tapi kita taklah menyumbang kepada minda yang tak bermoral atau tak sihat. berkongsi tentang hal peribadi tak ada tapi mestilah ada batasannya jugak! barulah generasi akan datang pun mencontohi kita dan ingat setiap apa kita tulis ni pun yang dok jaga buku kiri kanan kita pun mencatat jugak!!!

punya syok kita menulis dan menjadi popular kat dunia ni tapi kat akhirat kita pulak yang paling banyak disoal.. Allah... memang tak mampu aden nak menjawapnya.

seperti sekarang ni Fatin Liyana dikatakan memadamkan beberapa entri blog beliau! itu mesti bersebab. zyla sendiri pun dah tak update kat sakuraputeri. nak delete lupa pulak address email. memang kes teruk.

jadi buat newbie.. berhati-hati dan fikir dulu sebelum nak publish entri. semoga rakyat Malaysia dan bangsa kita menjadi bangsa yang berilmu dan beretika!


menjawab kepada soalan entri kenapa zyla menulis?

zyla nak menyampaikan apa jua yang zyla tahu supaya menjadi ingatan dan amalan kehidupan kita dan memperbaiki diri kita menjadi lebih baik.

kemudian ini sebagai platfrom zyla untuk memberikan pendapat dan cadangan supaya akan ada sumbangan walau kecil untuk pemikir-pemikir tegar diluar sana.

TAPI! ingat kita ada undang-undang. boleh bercakap dan menulis apa sahaja tapi sila hormati maruah orang lain dan jangan nak lancang sangat untuk mengata kang awak pulak yang susah. ^_^

Saturday 23 August 2014

Muslimah , Solehah dan Aurat

Assalammualaikum.

Bismillahirahmanirahim..


Haaa.. gitu. harap nota-nota penting kat gambar diatas dapat dibaca dengan jelas (^_^)
sumber : Facebook, yeah, sumber paling mutahir selepas Google

Apa khabar semua? . Bila terbaca nota comel ni kat Facebook tadi menjadikan hati zyla tertarik untuk menulis. alhamdulillah sekarang ni makin ramai yang nak tutup aurat dengan sempurna. ditambah jugak makin banyak kedai tudung online yang menjual tudung, selendang yang cantik dan kainya tak jarang. banyak pilihan dan sangat murah! sedikit sebanyak menjadikan banyak muslimah luar sana lebih yakin untuk menutup aurat dengan sempurna! 

1. Muslimah

Bila kita berpakaian dengan jubah, tudung labuh, stoking dan sarung tangan. akan ada yang anggap dan panggil kita ni Muslimah ataupun Ustazah. hmm. Bagi yang mula-mula berhijrah mesti segan kan?? oh jangan sengan-sengan.. senyum dan doa semoga akan terus istiqamah untuk menjadi hati dari tergoda dengan fesyen pakaian terkini yang sangaat.. sangat cantik menarik tapi agak melampau skit. yes! mana taknya memang zyla akui cantik tapi ketat! ye, ada yang kata takpelah baju ketat sikit, cantik kalau guna tudung labuh dah boleh cover dah tu.. aishmen.. godaan jugak tu.. ^_^. lagi satu memakai pakaian cantik boleh mengundang riak.. nauzubillahminzalik! mintak dijauhkan. 

2. Solehah

Semua nak jadi solehah kan? termasuk diri zyla sendiri. lelaki zaman sekarang ni pun banyak berminat nak isteri solehah. tapi! jangan pulak jadi solehah sebab nak tarik perhatian lelaki. salah tu. INGAT, apabila terpisah roh dan jasad anak Adam itu yang tinggal hanyalah Amal Ibadat, Sedekah Jariah dan doa anak yang Soleh dan Solehah. Jadi, moh lah kita menjadi anak yang soleh dan solehah. semoga nanti doa kita dapat membantu kedua ibu ayah kita di alam sana. amin. In Sha Allah. apa yang lebih baik dari mendoakan kedua ibu bapa kita yang banyak berkorban untuk kita selama ni?

3. Aurat.

Hah. gitu. apa antaranya aurat kita muslimah ni? seperti yang kita sedia maklum kecuali muka dan tapak tangan. yang lain WAJIB TUTUP! . waah. masa tengah zyla menulis ni pun sebagai ingatan zyla sendiri. Kepala Tutup! Kaki Tutup! pakai baju jangan nampak bentuk badan! lepas tu baru lega keluar rumah. dan adik zyla pun selalu pesan.."Long, jagalah aurat tu.pakai elok-elok sikit" Terima kasih ya sayang sebab ingatkan along. dia lelaki dan zyla masih dibawah tanggungjawab dia. nanti yang disoal dia jugak, so dia dah ingatkan wajib bagi zyla untuk cuba perbaiki dan kekalkan. dan teringat pesanan ayah zyla sejak zyla berumur 18 tahun, " hari Jumaat ni long elok kalau pakai jubah dan baju kurung.". Terima kasih ya ayah!
bila kita berpakaian yang menutup aurat secara tidak langsung orang sekeliling akan menghormati kita dan rasa dihormati. lebih-lebih lagi lelaki. 

Disini zyla kongsikan jugak Cara Rasulullah SAW berpakaian ( rujukan : 100 Pesan Terakhir Rasulullah, Muhd Nasruddin Dasuki) ^_^

Cara Memilih Pakaian Yang Sesuai:

  • Pakaian yang bersih, longgat dan tidak tembus pandangan orang yang melihat dan menutup aurat.
  • Tidak menunjukkan pakaian yang mewah dan mahal sebaliknya memakai pakaian yang melambangkan kerendahan hati.
  • Rasulullah SAW gemar pakaian jenis gamis yang bercorak.
  • Bagi kaum lelaki dilarang berpakaian darpada sutera dan emas.
  • Pakaian tidak terlalu panjang sehingga mencecah lantai atau tanah.
  • Kaum lelaki dilarang memakai pakaian yang menutup tapak kaki kerana ia melambangkan kesombongan.
  • Bagi kaum wanita Muslimah , pakaian biarlah panjang menutup tapak kaki dan tudungnya menutupi kepala, leher dan dada.
  • Lelaki dilarang berpakaian wanita begitu sebaliknya.
  • Tidak memakai pakaian yang bertampal-tampal dan lusuh.
  • Mengutamakan pakaian yang berwarma putih kerana Rasulullah SAW menyukai warna itu.

Tatacara Berpakaian

  • Berdoa ketika akan berpakaian, misalnya :" Segala Puji Bagi Allah yang telah memberikan pakaian ini kepadaku sebagai rezeki daripadaNYA tanpa daya dan kekuatanku"
  • Berdoa ketika menyarungkan pakaian BARU. Doanya Ialah "Ya Allah.. bagimu segala puji, Engkau telah memakaikan pakaian ini kepadaku. Aku bermohon kepadamu kebaikannya dan akibat kebaikannya. Aku berlindung pula kepadamu daripada kejahatan dan akibat kejahatannya"
  • Sunah berpakaian dari sebelah kanan dahulu
  • Disunatkan berpakaian dari sebelah kanan dahulu
  • Berpakaian biar kemas dan bersih disesuaikan dengan tempat. 
  • Disunatkan melucutkan pakaian dari sebelah kiri dahulu.
Zyla pun nak kongsikan sedikit pertanyaan yang juga sebagai pengetahuan kita, soalan ini dijawab oleh Ustaz Mohd Azrul Ismail. (GEN-Q)

soalan : adakah wanita yang memakai seluar itu menyerupai kaum lelaki apabila mereka memakai seluar? Bukankah menyerupai lelaki dalam berpakaian itu dilarang ?

Jawapan : Seluar adalah pakaian yang boleh menutup bahagian di antara dua lutut dan pusat. Wanita tidak dilarang memakai seluar, bahkan harus berbuat demikian dengan syarat memenuhi etika menutup aurat yang sempurna. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Baihaqi, Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : " Semoga Allah SWT merahmati wanita yang memakai seluar"
Nabi SAW mendoakan sedemikian kerana seorang wanita yang menaiki tunggangan terjatuh di hadapan Baginda. Baginda memalingkan pandangan kerana khuatir aurat wanita tersebut akan tersingkap. Lalu dikatakan kepada Nabi SAW bahawa wanita itu memakai seluar. Baginda terus mendoakan kebaikan kepadanya. 

mesti pelik kan dengan soalan diatas? tapi bila kita fikirkan, elok jugak kalau kita tahu dan lebih jelas tentang ni. manalah tau kan nanti kang ada pulak tersebar isu yang macam ni. taklah kita cepat terpengaruh dan terasa hati apabila dikritik atau dipertikaikan.

zyla harap apa yang zyla kongsikan sebagai ingatan untuk semua , sama- samalah kita praktikan untuk menjadi Muslimah Yang Solehah dan sentiasa menjaga serta menutup aurat. Memang kita tak dapat jadi seperti Siti Khadijah dan Siti Aishah tapi sekurang-kurangnya kita dapat mencontohi mereka, tokoh wanita unggul. In Sha Allah.

Bagi yang nak hijrah. kuatkan semangat! memang orang akan pelik, tapi semua orang akan doakan yang terbaik untuk kita. jangan risau. and please remember one thing, Hati Milik Allah , maka berdoalah pada pemilik hati kita, Dia yang membolak balikkn hati kita. mohonlah agar Dia tetapkan hati kita untuk layak menjadi bidadari syurga kelak. of course Ketua Bidadari kalau takpun anak yang soleh dan solehah dan makayah kita.. ^_^

Thursday 21 August 2014

Sibukkkk Nya Study!

Assalammualaikum.
 
dah nak menghampiri tengah malam ni.
 
Setsuna masih lagi seperti semalam sibuk memandangkan sudah dipenghujung semester!
 
sekarang semester 4! bulan Disember nanti 5 lepas tu Setsuna habis study!!! yeaaayy! semester 6 dia mana? oh, tu nanti story.
 
Lupa, intro sikit Setsuna ( bukan nama sebenar) ini study kat Uitm Samarahan dan sekarang ni tengah ambik Art Design. so faham-fahamlah budak Art ini macam mana sibuknya. tp ada betulnya apa yang Setsuna selalu adukan. budak Art ni tak sama macam budak2 Acc, business ect ye macam zyla yang study Account ni. sebab diorang ni kalau dah start melukis buat design mana boleh hold kan? relax dulu. mau tak jadi kan art diorang. lainlah macam zyla, memang boleh relax2 dulu.
 
zaman zyla kat kolej dulu, sambil mengira sambil tulah zyla dok kunyah roti, biskut, kuih dan sempat pulak makan nasi! aish! itu mesti kritikal dah sangat masa tu.
 
Jadi untuk mereka yang bakal menjejakkan kaki ke menara gading. jangan ingin korang tengok senior-senior korang yang dok upload gambar sakan kat Fb tu diorang bahagia menjadi seorang pelajar, sebaliknya banyak menganggung derita demi segulung diploma/ijazah.
 
korang tak tau betapa toughnya masa study ni tak kira apa jua course yang korang ambik.
 
zyla selalu kene, satu hari tu dari pukul 8 pagi sampai 5 petang penuh dengan kelas, kuiz, test dan presentation! perghh!!maunya tak longlai badan balik bilik!
 
sebab tulah masa zyla disemester 5 zyla pernah dapat surat amaran sebab tak dating kelas! aduiii. ok, sekali lagi zyla jelaskan, hahah. zyla tak sempat masa tu nak g kelas! satu hari mak bebel. adui.. tapi yang tak logiknya zyla boleh dapat dekan pulak. memang tak logic!
 
study ni memang sibuk tapi sangat seronokkkk!!!!
 
doa zyla buat Setsuna semoga terus tabah dan Berjaya jugak dapatkan diploma nanti. In Sha Allah kalau jodoh dan rezeki masih ada nanti saya dating konvo awak bawak bunga dan bear sekali.
 
 
 
 
 
 
 

Perubahan

Assalammualaikum.


Kita akan selalu terkenang benda yang mula-mula kita buat, pergi dan tengok. contohnya rumah, sekolah, cikgu dan sahabat.

sahabatlah yang kita akan kenang sampai bila-bila. kdang-kadang kita akan rasa betapa cepatnya masa berlalu. tak sangka kan? sekarang ni nasib baik ada Facebook, memang connecting people. walaupun bertemu dengan mereka di alam maya, sekurang-kurangnya kita tak rasa terpisah. masih rasa dekat walaupun hakikatnya berjauhan bertahun tak jumpa. tak pe , Skype kan ada?

orang kata perhubungan ni pun ada pasang surutnya. ada kalanya rapat dan renggang jugak. biar yang dekat ataupun yang jauh. kalau hari2 mesra pelik jugak kan? elok jugak kalau ada kalanya selisih faham sikit supaya kita lebih mengenali dan menghargai sahabat. tp janganlah jual ego mahal sangat, tak salah pun walaupun kita tak salah tapi kita yang minta maaf.

tadi zyla tengok Facebook sahabat yang zyla kenal sejak kecik lagi. percaya atau tidak, dari tadika kami bersama sehingga sekarang. mula-mula kami tadika dan darjah satu dekat Bintulu, lepas tu pindah ke Kuching sama-sama. hanya kenal tapi tak tegur. lepas tu bila tegurnya? masa Darjah 6! bertuah punya kawan. haha. biasalah dia lelaki zyla perempuan.

Dia ni pendiam. zyla ingat lagi masa arwah ibu dia meninggal. orang yang dipeluk ialah zyla bila cikgu bagitau ibunya meninggal. sejak tu dia yang semakin diam menjadi seorang yang diam. susah nak senyum tapi dia rapat dengan zyla.

lepas tu sejak sekolah menengah kiteorang berlainan sekolah. yang tak syoknya sekolah zyla sesi petang dan dia pulak sesi pagi. hurm, memang tak syok.

masa tu dah rindu jugak nak duduk borak dengan dia walaupun zyla aje yang banyak cakap, dia? dengar aje lebih.

lepas tu zyla pindah Sarikei. sampai sekarang dan ke Kuching balik. habiskan masa lebih kurang 8 tahun gitu. lama kan? memang sangat lama.

sepanjang tempoh tu pulak zyla dah jarang tahu pasal dia.

mula-mula ada Facebook dulu dan dia Add zyla, berleter panjang pulak sebab dia kata, susahnya nak cari zyla! akhirnya jumpa. lega terus..

sekarang zyla pulak dah lega dengan dia ni sebab dah reti nak berselfie! senyum bukan main. kalau dulu, mahal sungguh nak suruh dia senyum.

Alhamdulillah.

dan yang lebih terharunya zyla , walau jauh mana pun dia dan seramai mana pun sahabat yang dia ada, bila ada masalah besar, dia akan usaha sungguh-sungguh cari zyla! zyla pun tak sangka dan terharu. dah banyak cakap sekarang ye! dah reti nak hiburkan zyla pulak. pandai buat lawak.

mestilah zyla Tanya kenapa tetap nak cari zyla dan bagitau semua masalah, kan kawan banyak dan dia jawab.

"yang kenal saya dari kecik awak! cakap dengan awak senang!"


ouch! terharu.

Tuesday 19 August 2014

Aku Yang Beremosi

Assalammualaikum..


Pening lalat sikit sebab tak tidur dari semalam.

Susah jugak bila tengah pendam stress ni. cepat betul zyla nak beremosi sejak akhir-akhir ni.

nak solat, Allah bagi Cuti.

Zikir dalam hati agar hati sedar dan masih waras untuk meminta maaf. JANGAN EGO!

Zyla tak sempurna.

adakalanya amarah itu diletuskan juga,

meninggikan sedikit suara agar orang memberi perhatian,

kemudian zyla kembali kepada biasa.

hurm.

beb, aku tak faham siapa kau dan apa pandangan kau sampai kau mewujudkan perkataan skandal tu?

Monday 18 August 2014

Cerpen : Aku & Si Debab

Hu Hu Hu
Hu Hu Hu
Hu Hu Hu
Shalala lalala lala lalala
Lihat bintang malam
Untukmu biar menyinar
Berkelip diangkasa
sentiasa bersama
tak mungkin terpisah
sentiasa bersama
Mengapa kita manusia,
bermusuh bersengketa
mana hilang rasa rasa cinta
Oh tiada beza warna
tiada beza bahasa
ayuh kita semua
Hulurkan tanganmu
ucapkanlah salammu
ukirkan senyummu
kita berpadu
janganlah kau malu
janganlah kau ragu
ketepikan egomu
kita semua satu
Ingin aku bisikkan kepadamu
ingin ku menyatakannya
mengapa harus bermusuh-musuhan
bila kau mampu bercinta
Kini kau menjadi milikmu
kau juga milikku
Oh oh oh

Lirik Lagu : SATU – Le Rumbu

                           Aku dapat sahabat baru lagi. Dia bukan budak baru tapi ramai sangat budak kat asrama ni memang aku tak menyempat nak berkenalan dengan semua. Aku seronok kawan dengan dia. Dia ni sempoi, kepala pun selamba dan selesa bercakap dengan dia. Pendek kata sekarang kiteorang memang dah ngam. Masa aku teman dia ke kantin, ada sorang budak laki ni ejek dia “Debab” sebab dia memang agak cubby sikit. Tapi Si Debab buat selamba aje. Dia pandang budak laki tu macam alien. Budak tu pun satu suka-suka nak buat dosa free. Tak faham betul aku. Aku dan Si Debab ni boleh dikatakan nombor 1 0 bila berdiri sebelah-sebelah. Haaa.. gitu, dapat bayangkan tak?

           Tiba-tiba datang seorang sahabat. Dia tanya aku kenapa aku kawan dengan Si Debab tu? Haaa?? Macam mana aku nak jawab soalan standard budak darjah satu ni? Bukankah kita ni beragama Islam bersaudara tak kira lelaki ke perempuan . Disarankan untuk saling bertegur sapa, berbuat baik antara satu sama lain dan saling berkasih sayang? Allah SWT jugak berfirman “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya”.

     Perkara yang aku tak sangka bila sahabat cakap Si Debab ni KEDEKUT! Hebat pulak sahabat aku ni bercerita, dah boleh jadi pengacara Melodi gayanya. Bila dia dah terlebih aku terus cakap NO KOMEN! Aku tak boleh nak percaya 100% apa yang dia cakap. Kembali kepada fitrah manusia yang memang tidak sempurna siapa aku nak menghakimi dia? Aku kene bersangka baik dengan Si Debab ni selagi mana dia berbuat baik dengan aku. Mak aku cakap cara seseorang individu tu menilai seseorang tak sama dengan individu lain. Aku anggap cara aku menilai Si Debab ni lain.  Semakin hari semakin ramai pulak yang bawa cerita tentang Si Debab. Teruk sangat ke Si Debab ni dimata diorang? Aku tengok Si Debab ni elok aje. Lagipun kiteorang satu bilik, aku lebih kenal Si Debab. Dan Hey! Aku tak mudah nak tumbang dengan hasutan korang. Sebaliknya yang jadi, aku dan Si Debab semakin akrab!
                  


       Si Debab ni minat giler Korea. Sangat obses dengan K-Pop dan sekutunya. Aku pulak sekadar minat anime dan layan komik, syukur jugak sebab Si Debab pun sama. Bila Si Debab ni ke kedai buku memang dia tapau habis semua komik kat situ. Tak beragak jugak Si Debab ni masa membeli. Nak aje aku tanya kedai buku ni tak nak bawak balik sekali ke?. Dari dialah aku tahu banyak benda tentang Negara Hiburan tu. Belajar bahasa Korea sikit-sikit, tahu budaya dan sebab kenapa Korea muncul begitu dahsyat dengan hiburan yang melalaikan banyak remaja sekarang ni. Sebabnya?? Sebab tu korang kene buat research sendiri. Tolong jadi rajin sikit ye. Pengetahuan Si Debab tentang Korea macam dia pernah duduk kat sana 10 tahun ! Sungguh aku tak sangka sampai macam tu sekali dia minat!
                   Disebabkan kami ni budak asrama., stock makanan memang sangat BANYAK! Mak aku cakap budak perempuan memang lebih kuat makan dari budak lelaki. Buktinya tu haa Si Debab dia pun mengaku. Jujur sangat kau ni Debab. Kalau part-part makanan ringan ni kiteorang jarang nak share sebab masing-masing ada stock yang macam UNLIMITED lak. Memang tak sempat expired stock tu aku rasa.
Nak dijadikan cerita, hari tu Si Debab ni tapau burger oblog bukan satu tapi dua! Yelah Debab, aku faham selera kau. Kebetulan aku pun buat Mee Sedap made in Indon tu. Kiteorang pun makan sama-sama. Aku ingatkan Si Debab ni nak bagi aku sikt rasa, sebabnya bau burger oblog tu memang sedap giler!! Kalau nak dibandingkan dengan Mee sedap aku ni, memanglah oblog dia lagi masyuukkk!. Tapi sangkaan aku meleset. Si Debab Ngap! Sorang. Betul-betul Ngap Sayot dia ni. Sabar jelah. Glupppp!!  telan air liur je. Lepas makan boleh Si Debab ni cakap kat aku “ Beb, sodap betul oblog abang tu. Kau patut rasa”. Ada ke patut dia cakap macam tu?? =.=. memang tak patut! Si Debab ni memang $%&*^$@@#$% betulah.

                  Lepas tu kiteorang layan komik. Lupa nak cakap, hari tu hujung minggu dan kiteorang tak boleh balik. Memang nak kene stay kat asrama aje. Nasib baik ada Lawak Kampus untuk aku tenangkan hati ini. Sekejap aku jeling Si Debab yang dok gelak tak ingat punya kat katil sebelah. Tiba-tiba aku terfikir, sekarang baru aku nampak apa yang sahabat tu cakap tentang perangai Si Debab ni. Bila aku toleh kali kedua dia dah zzzzzzzz... tidur.. aku boleh nampak perkataan “zzz” melayang-layang atas kepala Si Debab. Cepat pulak dia lena. Kenyang sangatlah tu. Hati aku memujuk mungkin Si Debab tu ada sebab kenapa dia macam tu? Dan aku ni pulak takkanlah sebab Si Debab tak bagi aku rasa oblog dia aku nak terus join budak-budak lain dok sedap mengumpat Si Debab ni? Dia tak ada salah kot?
         

           Satu hari mak aku hantar makanan. Menu dia tempoyak + telur dadar+ sayur goreng + jus tembikai. Sedap giler weeeee!!!!!. Rindu betul aku dengan masakan mak. Aku rasa nak melompat sampai bintang! Tapi aku kene kontrol ayu sebab ada mamat handsome melimpas, kang jatuh pulak saham aku yang tengah meninggi ni. Bankrup terus! Mak pesan ajak Si Debab tu makan sekali. Memang aku nak ajak sekali pon! Kiteorang siap pilih port baik punye. Menikmati menu ala-ala kampung dekat Taman Sains sekolah. Makan kat meja batu, dibawah rimbunan pokok yang lebat daunya, lepas tu daun-daun yang berguguran seakan-akan menjadi “karpet” dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Memang aku dah bajet macam makan kat Taman Bunga Sakura! Ok, itu aku berangan aje. Dalam masa makan tu, aku tanya Si Debab apa dia buat kalau kat rumah? Jangan tanya apa aktiviti aku kat rumah pulak kang tak habis cerpen ni!. Si Debab cakap dia tak buat apapun kecuali layan Korea. Beradik pun dua kerat aje, itu pun tak rapat, tak ngam, jaranglah nak bermesra macam orang lain apatah lagi nak berkongsi minat! Jauh sekali. Kalau jumpa pun nak bertekak aje. Kesian pulak aku dengar kisah hidup Si Debab ni. Si Debab pun cakap dia memang dah biasa bersendirian. Ni aku tak tahan ni! Sedangkan aku ni punyalah kalau kat rumah tak reti nak renggang dengan mak aku! Ok! Ok! Stop cerita pasal kau. Fokus pasal Si Debab ni.. mak ayah dia pulak selalu sibuk, so memang dia jarang berkumpul duduk mesra dengan keluarga dia. Nasib baik mak aku surirumah!
               Tak sangka Si Debab cakap dia sangat seronok kawan dengan aku. Waahhh!!! Aku rasa syooookkk!! Syukur ! eloklah kalau dia rasa macam tu sebab aku pun macam tu Si Debab!. Tapi perkataan “apatah lagi nak berkongsi” tu seakan-akan menyentap hati aku. Sekarang ni aku kiranya dah faham macam mana realiti kehidupan Si Debab ni. Aku rasa Si Debab ni KEDEKUT sebab dia tak biasa berkongsi. Yelah, kalau kita yang ringan tangan ni nak berkongsi dengan kawan lain makanan atau apa sahaja yang kita ada benda tu tak akan jadi pelik, tapi kalau kita tak biasa nak kongsi memang hak kita 100%, payah nak kongsi dengan orang dan kita akan fikir “diorang nak, diorang belilah sendiri”. AMBOI!  Sekarang nampak tak related kat situ? Sangat logik! Oleh sebab aku dah nampak kekurangan Si Debab ni, aku nekad dan aku cuba, jadi tak jadi itu belakang kira. In Sha Allah, aku usaha, aku doa Allah akan permudahkan.  BISMILLLAH.
           


            Setiap pagi aku akan beli kuih. 3 biji seringgit. Aku siap buat bajet pulak tu. Kang over bajet aku yang lingkup. Sebiji aku akan bagi kat Si Debab, dia tak akan tolak punya! Alhamdulillah setakat ni Si Debab tak menolak pun kuih yang aku bagi, kalau dia tak makan sekarang dia makan masa rehat nanti. So tak ada istilah pembaziran. Minggu pertama dia tak tanya pun kenapa aku bagi kuih setiap pagi. Kot-kot Si Debab ni fikir aku ada hajat kat dia. Selamat! Aku terus buat selamba anak itik aje. Tapi, aku sangka panas sehingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Akhirnya Si Debab tanya kenapa aku bagi dia kuih setiap pagi? Dia rasa segan. Aku senyum, aku cakap aku sahaja bagi. Sedekah untuk sahabat. Rasulullah kata antara cara untuk kukuhkan hubungan , dengan bagi hadiah sebab aku ni wataknya perempuan dan bukan lelaki so aku bagi kuih sebagai tanda kasih sayang aku. Makin lama aku buat dah nampak sikit perubahan kat Si Debab. Dia tergerak hati nak memberi. Pagi tu dia bagi aku coklat. Aku tak mengharap pun dia membalas asalkan hati dia ada terasa yang aku ni prihatin kat dia cukuplah. Dan Debab , kira kes kau tak bagi aku rasa oblog tu settle ek?? Sebabnya apabila kita menerima sesuatu dari orang yang rapat dengan kita seperti keluarga, sahabat, boyfriend kita akan rasa dihargai. Haaa.. gitu u’olls! Betul tak teori aku ni? Jangan pulak lepas ni korang minta sahabat, keluarga, boyfriend bagi hadiah hari-hari. Kopak pulak diorang nanti. Memberi bila kita teringat dan ikhlas dan yang menerima akan rasa kasih sayang tu. Perggghhh.. jiwang.
          Lepas tu pulak mak Si Debab ni datang bawak Kek Secret Recipe slice tu. Katanya sedekah untuk kelas seramai 34 orang pelajar yang penuh perangai pelik-pelik ni!. Aku siap kira dengan kalkulator. Harga satu slice kek tu RM 7.90 , jadi Rm 7.90 x 36 ( Si Debab dapat 2)= RM 284.40. Wooowww!!!!! Aku rasa mak Si Debab ni memang kaya. Huh! ( expresi wajah aku ni macam penyiasat sambil tangan diletakkan kat dagu, buat macam tu sekarang!)
          Hasilnya, sedikit demi sedikit ni dah reti nak berkongsi. Asal dia balik rumah aje, memang dia bawa banyak roti, biskut dan coklat. Katanya dari membazir sebab tak ada orang nak makan  baik dia bagi kat kekawan. Yelah mana larat Si Debab tu nak hadap sorang makanan banyak macam tu, Alhamdulillah, aku pun tumpang kenyang sekali. Terima kasih ye Debab, kau memang Debab!

   Dek kerana usaha aku yang bersungguh tu dan jugak dipermudahkan oleh Allah , Si Debab mula diterima ramai. Alhamdulillah. Makin ramai yang sedar dan taubaut  dari mengumpat Si Debab ni. Mana-mana je Si Debab pergi banyak yang tegur dia. Hari tu aku nampak Si Debak gelak sakan dengan kawan baru, tak syak lagi mesti dia tengah melobi drama Korealah tu. Ada jugak yang tanya , aku tak cemburu ke? Taklah,buat apa nak cemburu. Memang ni pun yang aku nak buat untuk Si Debab. Aku perhati Si Debab dari jauh, mata dia memandang aku penuh terharu, ye Si Debab kau nak cakap kau sayang aku kan?? Ye! Aku sayang kau jugak Debab!
            Peperiksaan akhir dah selesai. Keputusan pun dah dapat. Yang aku tak percayanya Si Debab dapat score 10 pelajar top tingkatan. Bayangkanlah kalau sebelum ni dia asyik dapat kedududukkan 20 aje, sekarang dengan aku sekali kau potong ye Debab. Tapi aku tak kisah sebab itulah hadiah atas kerja keras Debab. Syukur Alhamdulillah. Masa untuk kemas barang, cuti hujung tahun dah tiba! Weeee! Cuti sebulan aje pun. Kalau cuti lebih pening pulak mak ayah aku nak layan karenah aku nih. Sebak pulak rasa bila tengah kemas-kemas barang. Sementara menunggu mak ayah datang jemput, aku duduk borak dengan Si Debab. Aku tanya mak ayah dia kerja apa? Kiteorang jarang borak pasal hal peribadi sebab banyak gosip pasal anime tak habis-habis. Belum sempat Si Debab ni buka mulut , mak ayah dia datang naik BMW. Pergghh!! Memang superblah! Si Debab cakap ayah dia orang atasan Petronas. Patutlah kaya semacam aje Si Debab ni,teringat aku masa Si Debab ni berbelanja memang tak hingat dunia langsung!. Tapi aku salute dengan Si Debab ni sebab dia sangat bersederhana. Betul jugak apa dia cakap yang kaya mak ayah dia bukan dia, kalau mak ayah tapi bagi duit poket dia kosong jugak.
         Lepas tu aku tanya lagi, kalau macam tu ayah kau ada gelaran Datuk tak? Yelah kalau dah pakai BMW bagai. Soalan tu pun spontan aje keluar dari mulut aku. Sekali dia angguk kepala, aku pulak yang tercenggang. Si Debab ni tak suka mennjuk-nunjuk. Alhamdulillah tak riak. Ingat! Sebesar zarah aje perasaan riak ada dalam hati susah nak masuk syurga tau! Sekarang ni memang aku dah tau siapa Si Debab yang sebenarnya, disebabkan usaha aku memang banyak jugak sifat dan sikap Si Debab ni jadi lebih natural dan serasi dengan suasana sekeliling. Aku dengan Si Debab berpisah penuh tragis. Air mata tak mampu aku tahan, nasib baik tak banjir aje asrama tu, syukur jugak sebab cuaca baik. Dibuatnya tiba-tiba hujan jugak siap angin kencang dan kilat sambung menyambung bagai, aku tak tau nak cakap macam mana. Rasanya tak jumpa lagi kot tahun depan. Standard ending macam cerita Korea lah pulak!
         Aku pesan dekat Si Debab “Debab, kalau dok layan Korea jangan sampai lupa aku , kang tahun depan lupa ingatan sebab asyik layan hero mata sepet kau tu!”. Si Debab lambai aku penuh sayu lagi rindu. Aku pulak nangis tak hingat! Adik aku yang tengok drama Korea tak jadi tadi pakat gelakkan aku. Seminggu berlalu tiba-tiba Si Debab SMS aku. Haa. Ingat pun, Kalau tak tak SMS aku jugak Debab sepanjang cuti ni memang aku iqamatkan kau bila bukak sekolah nanti!
Si Debab:
::” Beb, aku dan adik dah berbaik sekarang. Thnks tau!”

Apa kaitan pulak dia adik beradik dengan aku ni?
Si Debab SMS lagi.
::” sebab kau banyak ajar aku macam mana nak kongsi kasih sayang. Betul cakap kau bila kita saling berkongsi dan memberi ni walaupun benda kecik akan terasa ikatan kasih sayang tu”

Terus aku lari dengan air mata peluk mak! Jangan pulak korang bayangkan aku berlari anak dengan rambut beralun ditiup angin lepas tu air mata berjujuran. Tu dalam anime aje.
Terima Kasih MAK! Terima kasih sebab ajar along untuk terima sahabat, ajar along untuk bersabar dengan karenah sahabat dan ajar macam mana nak kenal sahabat. Sayang mak!

                        *Tamat*  *cerpen:Aku & Si Debab*karya asal*FathinFazila*
          

Pengajarannya, kekurangan itu sifat yang datang dengan sebabnya. Jangan sebab kekurangan sahabat tu kita nak asingkan dia terus, tinggalkan dia terus. Ada sebab kenapa kita bertemu. In Sha Allah kalau kene gayanya, kita boleh bantu sahabat untuk ubah kekurangan dia sebagai satu kelebihan atau keistimewaan. Kadang kala kekurangan sahabat itulah kelebihan kita dan sebaliknya. Sahabat, kekurangan kau aku redhai dan kelebihan kau aku syukuri.


            
         
               




Monday 11 August 2014

Masyrakat Kita.

Assalammualaikum.
 
 
Zyla sangat sedar sekarang ni Negara kita dalam keadaan yang tak berapa nak stabil. macam-macam isu ada. rasanya PM pun makin pening tapi tak sepening Tun.M? Kenapa? entah, zyla tetiba rasa Tun M mesti risau dan lagi sudah fikirkan setiap penyelesaian untuk setiap permasalahan yang melanda Malaysia?
 
apa kaitan pulak? Tun M tu kan dah bersara. ye, memang beliau dah bersara tapi jasa beliau membangunkan Malaysia selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri sukar untuk dilupakan dan dinafikan. nah! bagi generasi baru yang lahir 1990-lagi. for sure, Tun M, fikirkan apa kesannya setiap musibah dan masalah yang berlaku dalam Negara.
 
Isu paling hangat gempak masa kini, tak lain tak bukan BOIKOT PRODUK ISREAL. Fulamaaaakkkkk!!!! Mak Bedah Mak Jemahh, Pak Seman, Pak Mat.. Boikot apa yang korang buat tu? paling teruk kene boikot sekarang ni MCD & COLA. haaaa.. bukankah dari dulu kita tahu ini produk Isreal ,lepas tu bukankah dari dulu memang Isreal ni dah khianati Palestin yang benarkan mereka tinggal ditanah Palestin? tapi??? kita tetap bayar untuk itu. pendapat zyla, kalau tak mudarat memang tak de hal pun kita makan , lagipun memang halal. TAPI!sekarang kita dah tau dah sumber-sumber nilah yang menjadi modal kepada Isreal untuk terus membunuh saudara kita di Palestin.
 
Zyla berharap fenomena Boikot ni bukanlah bersifat sementara dan akan berkekalan. ye, zyla faham dan tahu produk Isreal yang kita gunakan memang banyak. zyla sendiri pun memang sangat suka dengan jenama Johnsons Baby, Nestle, Nokia, etc.
 
dan kalau kita nak Boikot lebih-lebih , habislah tak boleh guna dah computer lepas ni. sebab Intel dan Microsoft pun keluaran Yahudi jugak dan Facebook tuuu!!! hah, pun Yahudi punya. hurm.
 
 
sebenarnya banyak lagi sebab Yahudi ni bijak, diorang didik anak ikut sunnah Rasulullah. tapi diorang ciptakan apa yang "SEDAP" tapi "MEMUDARATKAN" untuk orang luar terutamanya Umat Islam supaya kita lemah. yesss!!!! kepada yang suka benda-benda hot , lepak tempat-tempat gempak macam Starbucks mesti dah kene terima hakikat tak boleh nak melepak sana dah. dah tak boleh nak selfie selfish dah.. dermmm.. relaks.. anggap ini sumbangan kita untuk saudara di Palestin. 
 
Sumber : 100 Pesanan Terakhir Rasulullah ( MUHD NASARUDDIN DASUKI)
 
Pesanan Erat Persaudaraan :
 
" sesiapa yang membantu saudaranya yang berada dalam kesusahan , ALLAH akan permudahkan segala urusannya di dunia & akhirat. Perlu diingatkan setiap bentuk amal kebaikan akan dihitung meskipun sebesar zarah . Oleh yang demikian ringankan tangan untuk membantu sesame umat yang dalam kesusahan"
 
Kalau cara boikot ni paling baik untuk kita hentikan tindakan Isreal terhadap Palestin lakukanlah. tapi jangan pulak melampau mengutuk Isreal smpe sekarang isu Kementerian Komunikasi nak tutup Facebook pulak, lepas tu jangan pulak dianayai pekerja MCD , diorang cari rezeki halal.
 
Jadilah BIJAK SENTIASA.. pleaseeee..
 
 
 
 
 
 
Kepada Generasi Y, yang sangat lantang bersuara mengutuk Isreal.. errkk. zyla nak Tanya,adakah korang benar-benar faham dan tahu sejarah mengapa dan punca sebenar Isreal menyerang Palestin? apakah tujuan sebenar mereka? mengapa mesti isu berbangkit Masjid Aqsa?? SEBAB ITU SEMUA UNTUK DIORANG BUAT PERSEDIAAN KEPADA DAJJAL. DIORANG PERLU BUAT SATU ISTANA UNTUK DAJJAL DAN ISTANA TERSEBUT DITAPAK MASJID AQSA..
 
Please, lepas ni kalau ada apa sahaja isu, tolong kaji dulu SEJARAH sesuatu kejadian tu. benda berlaku mesti bersebab.
 
janganlah buat statement yang membuatkan agama lain menganggap kita ni tak berpengetahuan. sebab tu sekarang ada pulak non-muslim yang seakan-akan memperli agama kita.
 
zyla berharap masyarakat kita akan jadi masyarakat yang beretika dan bijasana. tak mau terburu-buru dalam bertindak ok.
 
(^^)
 
 

 
 
 
 


Friday 8 August 2014

BILA ZYLA PAKAR KAUNSELING TAK BERTAULIAH

Assalammualaikum.
 
 
Hari ini hari Jumaat. jangan lupa Al-Khafi.
 
hari Jumaat Hari untuk berangan! hahaha. zyla dah tetapkan hari ini hari ini berangan. sabtu zyla tapis balik boleh tak jadi reality.
 
tapi mak ayah tak tahan tengok zyla berangan. berangan tak hingat! hahha.

berangan ni kadang-kadang elok sebagai RANGSANGAN kepada MINDA, HATI DAN OTOT. haa.

MINDA = kita akan berfikir dan terus merangka bagaimana angan-angan nak dijadikan reality.

HATI = apa niat sebenar nak berangan dan jadikan reality. dan kalau utk kebaikan jangan putus asa!

OTOT= inilah untuk usaha dan memerah keringat. haha

DAH STOP MENGARUT!
 
 
okeh, semalam kawan sekolah rendah yang zyla amat kenali sejak dibangku sekolah rendah lagi. mengadu sesuatu. sahabat yang ni best. masalah dah tahap kritikal sampai ICU pun leh nak terima baru dia check in kat KLINIK KAUNSELING ZYLA TAK BERLESEN DAN TAK BAYAR CUKAI NI. haha.  masalah CINTA. sebab dah 22 tahun, so tak de istilah cinta monyet lagi! monyet pun dah tua bila 22 tahun. haha.
 
lepas puas dia mengadu. kawan tu lelaki. zyla dengar aje. habis je dia mengadu zyla log out fb terus. dan zzzzzzzz.. masa untuk tidur. zyla tak tau apa nak cakap. mungkin esok akan ada idea untuk beri nasihat yang dia perlukan.
 
 bangun je awal pagi ni, tu pon zyla bangun masa azan dah nak habis! terkejut beruk mak yeee zyla terus lari pergi tandas!! haha. terkejut ayah bila pintu tandas macam nak roboh.. zyla pun tak tau nape jadi macam tu pagi tadi. lepas tu ayah Tanya. " kau dah kenapa along? morning sickness? ke meroyan?" haha. errrkkk..
 
cuma masa zyla habis solat dan nak menghabiskan masa, zyla berzikir dan berfikir. masa tu si tam (kucing) masuk bilik. dia tengok zyla macam Nampak hantu! haha. mentang-mentang tuan dia pakai telekung putih. lepas tu zyla mulakan zikir. pertama lafaz Lailahailallah Si Tam tiba-tiba dekat. dia hidu sejadah, zyla malas nak layan sebab dia tak datang dekat zyla teruskan zikir, lepas tu dia khusyuk dengar!.
 
 kemudian baru zyla faham, dia kan mahkluk Allah jugak. mohlah kita sama-sama berzikir ye Si Tam.
 
 walaupun sesi pagi tadi lama, si Tam tetap tekun dengar dan kemudian bila zyla dah angkat.
 
 zyla nak alihkan dia. rupa-rupanya. SITAM tidur!!! laaaaa. betuah betul budak ni. sabar jelah.
 
TAPI sekali lagi zyla hilang sabar bila adik tak seibu sebapa SI TAM ni , SUCI sedap-sedap tidur atas selimut zyla! huh. Suci ni bilalah nak contohi abang dia. haha.
 
 Suci ni rapat dengan zyla tapi dia tak akan dekat bila zyla tengah buat sesuatu, dia hanya akan dekat bila zyla nak masuk bilik atau ke dapur. tujuan dia sebab nak tumpang tidur sekali dan makan. si Tam memang tak rapat dengan zyla.
 
kalau pakai skrit kat rumah dia suka nak terkam.geram semacam. takut pulak zyla. hahaha. ( jangan fikir lain).
 
 tapi kalau zyla dok baca buku ke, tengok movie ke apa ke, dia suka duduk dekat-dekat. ambik port baik punya. lepas tu zzzzzz dengan macam-macam aksi.
 
so, sebenarnya mana satu lebih rapat dengan zyla, Si Tam ke Suci?? haha.
 
ok dh! stop pasal Suci n Si tam!
 
masa untuk zyla fikir masalah sahabat semalam. jadi sebab semalam zyla ada baca buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah SAW tulisan Muhd Nasaruddin Dasuki, cetakan ke 9 (2013), muka surat 98, (cewaaah, terlebih detail pulak.). zyla menghayati petikan ini.
 
Saidina Umar Bin Al-Khatab:
 
Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga LIDAH.
 
Aku memikirkan tentang semua pakaian tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik dari TAKWA.
 
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi NASIHAT BAIK.
 
Aku mencari segala bentuk segala bentuk rezeki tetapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada SABAR.
 
 
bila part yang zyla colour-kan merah tu zyla sedaya upaya untuk beri nasihat yang baik lagi bernas dan bolehdigunapakai! ( apa benda nih). sebab zyla dah yakin untuk nasihatkan sahabat dengan satu perkataan.
 
masalah dia , disebabkan dia ni mix iban-melayu (ISLAM), ibu kepada makwe dia tak berkenan. lepas tu dia terus nak frust dan lemah.
 
semalam zyla Tanya.
 
zyla: jadi ni kau frust tonggeng-tonggenglah?
 
sahabat : bukan setakat tonggeng aje aku dah berlipat dah ni haa.
 
haha. punyalah tahap kecewa macam tu.
 
so zyla bagi tau ni, tak ada cara lain selain DOA. Hati itu Milik Allah swt, maka BERDOALAH PADA Allah. Allah akan dengar doa kita. asalkan doa kita ikhlas dan sungguh-sungguh. cepat atau lambat jangan nak mengeluh sebab bila dah dapat nikmat tak hingat. hahaha. ( ayah: oit! apa kau tulis ni??). ayah fikir lain pulak. derm. =.=
 
punyalah panjang berjela sampai 5 perenggan zyla ceramah. hahaha. bab mengarang ni memang boleh tahan.
 
sekarang umur baru 22 tahun ( kami sebaya tapi tak sekata sebab tak duduk setempat), makwe dia 20 tahun. ada masa lagi nak perbaiki keadaan yang kritikal.
 
dan dalam masa tengah konflik macam ni jugak kita kene perbaiki diri. list -down balik mana yang kurang dan terlebih, terlebih tu kurangkan takut riak. yang terkurang tu lebihkan , lebih-lebih lagi, adduuuiii kaum Adam kenalah FAHAM. jadi LELAKI SEJATI.
 
Sebabkan mak makwe dia perempuan jugak, mesti cair kalau tengok bakal menantu TIP-TOP akhlaknya. haha. sebab apa zyla cakap macam tu sebab kalau jenis yang macam tu dibawa menghadap mak zyla, confirm mak zyla terus setuju. siap mak zyla pernah cakap, " long stok macam tu susah nak dapat". hahaha.
                             
                               DOA+ USAHA+ TAWAKAL+ISTIQAMAH= bahagia
 
bila zyla renung kes ni (macamlah aku ni pakar kaunseling. hahaha). DOA lah cara yang paling mujarab.
 
dan untuk berjuang dalam percintaan jangan terus lemah dan menyerah. tak senang nak dapat kebahagian. No Pain No gain. Usaha. berjuang untuk cinta kunnnunnnn... cerita sikit kisah cinta kau ZYLA! haha. zyla punya LOVESTORY tak sampai lagi tahap nak diceritakan.
 
Kebahagian itu akan pasti ada untuk mereka yang berdoa, berusaha dan bersungguh-sungguh.
 
Allah beri dugaan sebagai ujian sama ada kita layak atau tidak untuk diberi kebahagian itu, sama ada kita betul-betul dah sesuai tak untuk diberi apa yang kita doa. bila dah lalui dugaan mahu berat tu, dan kita lulus , barulah Allah beri BAHAGIA sebagai ganjaran. nikmat tak??
 
alah, macam kita belajar. bila tak faham satu subjek ni (kalau zyla Tanya subjek apa paling orang payah nak faham diorang akan cakap AKAUN, ni buat zyla kecik ati ni!). lepas tu punyalah kita usaha siang malam sampai hari ujian kita jawab dengan baik dan dapat result baik. tak kan gembira sampai rasa nak joget lambak depan cikgu!! hahahaha.. dulu pernahlah zyla melompat  depan cikgu sebab add math lulus itu pun 40 je . sikit lagi hari tu nak hantar surat perkeliling untuk isytihatkan cuti seminggu sebab anak Razali ni lulus addmath. nasib baik ayah bukan menteri.  hahaha.

percayalah! bahagia itu akan datang. soalan untuk zyla sendiri. Bahagia kau dah datang ke zyla ? hahaha. bahagia zyla tertunggak. cintaku tertinggal di.. derm.. IPT. hahaha. IPT k. IPT. tak cakap IPTA KE IPTS ke.. punyalah aku cover nih!

soalan ayah: A***F dekan ke semester lepas?

derm=.= sempat pulak..
 
tapi apapun, seorang sahabat dah selamat melahirkan seorang lagi bakal khalifah di muka bumi ini.
 
seorang lagi sahabat dah bertunang.
 
Alhamdulillah. akhirnya bahagia milik mereka jugak
 
dan sahabat yang sorang lagi tengah pening nak pilih yang mana lebih sesuai untuk jadi calon suami.
 
haha. zyla memang membuka KAUNTER PENGADUAN.
 
zyla tak tahu kenapa tapi syukur sebab sahabat percaya dengan zyla. Alhamdulillah.
 
dan air mata ini sering berlinangan melihat kebahagian itu menjadi milik sahabat yang diberikan ujian oleh Allah swt. zyla dilatih dan diajar untuk sentiasa menerima sahabat seadanya, tak kisah siapa pun mereka, zyla diajar untuk terus memberi sokongan biar tak ada siapa yang melihat kebaikan sokongan zyla itu.  Allah Maha Besar Lagi Maha Adil , hari itu Allah dah berikan kemenangan buat sahabat yang sanggup bersabar bertahun lamanya. walaupun zyla mengharungi pahit berpanjangan kerana memberikan sokongan itu, pada hari dia menerima kejayaan zyla tersenyum dari jauh penuh bangga. Allah! Allah ! sungguh kuasaMU hebat!
 
kini barulah orang faham tentang keinginannya.
 
sebab itu, In Sha Allah. zyla berjanji sebagai anak, kakak, sahabat, zyla akan kukuh berdiri untuk memberi sokongan dan semangat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
 
sebab zyla tahu, usaha itu ada kalanya perit, tapi hadiahnya MANIS!
 
waaaahhh!!! dah macam melobi pulak.. ahaks! ahaks!!! ini bukan memuji diri, INILAH TERJEMAHAN HATI.
 
 
* berterabur lah pulak isinya. haha. harap faham ye. dan terima kasih yg sudi membaca. sila goyang-goyang sikit! :P
 
 
 kisah Along, Bongsu dan Mak.

Along yang dengan syok dan ghairahnya mengup-date Blog. TIBA-TIBA ada orang ketuk pintu dan Mak Buka Pintu.. Muncul muka suci tapi hati keras si Bongsu dengan bebaju sekolah. hari ini Jumaat so budak sekolah balik awal.

Bongsu : oii... along kau tak m***I lagi? tengah hari dah ni?

Along : ye ke mak?

Ayah: bukan tadi ayah skodeng kau dok PM dengan A****F kan dia pergi solat jumaat.

Mak : Along kau kan cERI***as.. ok ( word ni zyla je tahu).

Ayah ke masjid macam nak jalan raya siap sampan lagi. hahaha.

so apa lagi Along, angkatlah punggung dan capailah tuala.. bilik air dah terbuka luas .!!

Hahaha.

disebabkan hujan, dan cuaca mendung . tak perasan dah... hahaha.