Monday 25 August 2014

Antara Aku, Dia dan Allah SWT

Assalammualaikum.

Bismillahirahmannirahim..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. 


Apa khabar ? harap sihat semuanya. ^_^.



credit pic : Ana Muslim.

Suka tengok gambar ni. something.













Perghh.. tajuk entri kali ni gempak. garu kepala siapa pulak "dia" yang dimaksudkan? Anggaplah seseorang yang Allah hadirkan untuk menguji Zyla. 

Al-Baqarah : 155

" Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ( kepada musuh ) dan (dengan merasai) kelaparan, dan ( dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar".

Hidup ini sementara. Yang hidup akan mati. cuma tarikh mati kita aje kita tak tahu. Allahualam. kalau tahu rasanya kita tak akan persia-siakan setiap kerja dan apa jua tindakan kita. tapi untuk persiapan itu , anggaplah setiap hari kita ialah hari terakhir. sedangkan esok pun kita tak tahu apa yang bakal berlaku. ya, benar, memang kita dah buat jadual dah apa nak diselesaikan esok, alah, esok benda yang sama jugak kita akan buat. sedangkan dalam masa yang sama Allah SWT turut memerhatikan kita dan merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Jika pelangi yang indah itu tidak kelihatan dan kau ketakutan kerana hujan dan petir, bersabarlah, berdoalah pada Allah SWT Yang Maha Pendengar Lagi Maha Mengetahui akan sesuatu. In Sha Allah, lambat atau cepat, besar atau kecil rahmatnya Allah SWT akan gantikan pelangi tadi dengan pelangi yang lebih indah. Masha Allah, begitu manisnya nikmat yang Allah bagi untuk kita yang bersabar.


Petang tadi masa zyla dok khusyuk tengok resipi kek rainbow kat Facebook. al maklumlah Setsuna pernah request dan hope nak buat untuk hari jadi dia. In Sha Allah. Bila? Disember nanti. hehe. dan mak zyla tiba-tiba menyapa.

along, orang dh fitnah kau teruk mcm tu, menjaja pasal kau kat semua orang. kau boleh pulak duduk diam dan relax. " ( peristiwa yang berlaku sebelum Ramadhan, Lokasi : bukan Kuching) 


mum, apalah guna along beli buku agama punya banyak, semalam memahami surah An-Nisa dan Al Luqman penuh tekun. buku 100 pesanan terakhir Rasulullah dibaca berulang kali. tapi bila Allah uji terus lupa apa yang dibaca. lupa apa yg hati niatkan , hajatkan. Along tak nak sia-sia begitu banyak usaha untuk sabarkan hati dan apabila kita terima berita yang lebih buruk benda macam tu hilang sekelip mata. 


Begitu lebih kurang zyla jawab dengan mak. alhamdulillah mak pun faham dan dia pun lega sebab bukan zyla tak marah dan sakit hati tapi zyla cuba.. sentiasa cuba walaupun sangat pedih difitnah dan dikhianat orang yang kenal kita dari kecik. Sekali lagi zyla anggap itu kesilapan dia dan kerana kesilapan itu Allah berikan sebagai ujian untuk zyla. nah!!! Fathin Fazila Bt Razali Bin Salleh ini ujian untuk kau! seberapa untuk tempoh ini , kalau lepas ujian ini alhamdulillah, nanti adalah ganjaran yang kau terima.  maka untuk tempoh ini, zyla mendoakan dan mengharapkan Allah SWT meminjamkan kesabaran buat zyla, kekuatan buat zyla dan yang paling penting usirlah amarah ini. 

zyla akui zyla banyak khilafnya zyla banyak dosanya zyla banyak melakukan kesilapan! zyla lalai, zyla cuai. zyla rapuh diperjalanan kehidupan zyla. zyla tersungkur. 

Zyla muhasabah balik. apa aku dah buat selama ni. apa yang aku lupa selama ni.

maka kembali bertaut hati kepada Allah. berazam untuk tidak mahu terjatuh dan tersungkur lagi.

Zikrulallah. sahabat itu dari dulu selalu pesan " Zkirlah supaya hati tenang". ^_^.

Dengan formula itu hati semakin terkawal.

zyla kembali ke rumah. bersua kembali dengan ayah, ibu dan adik-adik yang ditinggalkan lama.

mereka tahu apa yang terjadi. hati mereka terluka. Allah! Pilunya. 

cubit peha kanan peha kiri terasa. itulah keluarga kita.

zyla nekad. In Sha Allah tak akan biarkan mereka terluka lagi.

Zyla menghampiri rak buku yang hampir penuh debu. semakin bertambah buku, majalah perlbagai koleksi alhamdulillah. terkesan tatkala naskah Relaksi , Hilal Asyraf tertinggal di Semariang. In Sha Allah zyla akan bawa pulang jugak nanti.

langkah pertama zyla mendengar luahan ibu dan ayah. zyla nak tahu apa perasaan mereka apa harapan mereka. ya, mak tetap nak zyla jadi pokok untuk adik-adik bila mereka tak ada. anggap ini ujian dan lakukan yang terbaik.

zyla muhasabah diri dengan lebih banyak membaca modul remaja terbaik, Gen Q, meneliti 100 Pesanan Terakhir Rasulullah. satu persatu zyla cuba praktikan amalkan, mana yang selama ini kita pandang enteng zyla perbaiki supaya lebih baik. yap, zyla jarakkan sedikit diri dengan masyrakat luar buat masa ini. In Sha Allah bila dah betul-betul kuat nanti zyla akan kembali seperti biasa.

Bila dah zyla mula selesa dengan semua perubahan ini, satu berita yang amat memilukan hati itu memang membuatkan zyla tertunduk. FITNAH! fitnah kerana mahu membalas dendam. Allah. Fitnah kerana cemburu. 

Sedangkan Rasulullah pun melapangkan dada beliau dan mudah memaafkan apatah lagi kita manusia biasa? zyla bertanya kembali pada hati, kau dah berulang kali baca pesanan terakhir Rasulullah. kau dah faham dan kau dah sedar. bila Allah uji lagi sikit adakah kau nak lupakan kefahaman itu? semestinya tidak. zyla cuba untuk terus kukuh.

Zyla tak jangka bila zyla akan tinggalkan dunia ini. Zyla tak tahu banyak mana dah amalan zyla untuk dibawa pulang ke sana nanti.

maka zyla harapkan, zyla mampu zyla berkesempatan untuk memohon maaf kepada yang sepatutnya, memaafkan sesiapa sahaja dan meleraikan apa jua persoalan dan keresahan hati mereka yang memikirkan zyla.

manusia mana yang tak lakukan kesalahan kan?

manusia mana yang tak pernah buat dosa?

manusia mana yang tidak pernah marah?

Zyla tak nak semasa Malaikat Jibrail menjemput nanti zyla pulang dengan ada dendam dihati, ada cemburu dihati, ada kebenaran yang belum diterangkan,ada hutang yang belum dilangsaikan, ada hak yang belum dikembalikan. ada hajat yang belum disampaikan, ada kerja yang tertunggak dan ada pemintaan pertolongan yang tidak ditunaikan, ada janji yang tidak ditepati.  zyla mahu pulang menghadap Ilahi dengan keadaan segala apa jua tanggungjawab zyla sebagai hambaNya di dunia telah selesai. 

Kepada yang membaca, jika selama ini zyla ada membuat salah zyla minta maaf, jika masih ada sebarang perkara yang belum selesai antara kita ingatkan zyla.










No comments:

Post a Comment