Friday 8 August 2014

BILA ZYLA PAKAR KAUNSELING TAK BERTAULIAH

Assalammualaikum.
 
 
Hari ini hari Jumaat. jangan lupa Al-Khafi.
 
hari Jumaat Hari untuk berangan! hahaha. zyla dah tetapkan hari ini hari ini berangan. sabtu zyla tapis balik boleh tak jadi reality.
 
tapi mak ayah tak tahan tengok zyla berangan. berangan tak hingat! hahha.

berangan ni kadang-kadang elok sebagai RANGSANGAN kepada MINDA, HATI DAN OTOT. haa.

MINDA = kita akan berfikir dan terus merangka bagaimana angan-angan nak dijadikan reality.

HATI = apa niat sebenar nak berangan dan jadikan reality. dan kalau utk kebaikan jangan putus asa!

OTOT= inilah untuk usaha dan memerah keringat. haha

DAH STOP MENGARUT!
 
 
okeh, semalam kawan sekolah rendah yang zyla amat kenali sejak dibangku sekolah rendah lagi. mengadu sesuatu. sahabat yang ni best. masalah dah tahap kritikal sampai ICU pun leh nak terima baru dia check in kat KLINIK KAUNSELING ZYLA TAK BERLESEN DAN TAK BAYAR CUKAI NI. haha.  masalah CINTA. sebab dah 22 tahun, so tak de istilah cinta monyet lagi! monyet pun dah tua bila 22 tahun. haha.
 
lepas puas dia mengadu. kawan tu lelaki. zyla dengar aje. habis je dia mengadu zyla log out fb terus. dan zzzzzzzz.. masa untuk tidur. zyla tak tau apa nak cakap. mungkin esok akan ada idea untuk beri nasihat yang dia perlukan.
 
 bangun je awal pagi ni, tu pon zyla bangun masa azan dah nak habis! terkejut beruk mak yeee zyla terus lari pergi tandas!! haha. terkejut ayah bila pintu tandas macam nak roboh.. zyla pun tak tau nape jadi macam tu pagi tadi. lepas tu ayah Tanya. " kau dah kenapa along? morning sickness? ke meroyan?" haha. errrkkk..
 
cuma masa zyla habis solat dan nak menghabiskan masa, zyla berzikir dan berfikir. masa tu si tam (kucing) masuk bilik. dia tengok zyla macam Nampak hantu! haha. mentang-mentang tuan dia pakai telekung putih. lepas tu zyla mulakan zikir. pertama lafaz Lailahailallah Si Tam tiba-tiba dekat. dia hidu sejadah, zyla malas nak layan sebab dia tak datang dekat zyla teruskan zikir, lepas tu dia khusyuk dengar!.
 
 kemudian baru zyla faham, dia kan mahkluk Allah jugak. mohlah kita sama-sama berzikir ye Si Tam.
 
 walaupun sesi pagi tadi lama, si Tam tetap tekun dengar dan kemudian bila zyla dah angkat.
 
 zyla nak alihkan dia. rupa-rupanya. SITAM tidur!!! laaaaa. betuah betul budak ni. sabar jelah.
 
TAPI sekali lagi zyla hilang sabar bila adik tak seibu sebapa SI TAM ni , SUCI sedap-sedap tidur atas selimut zyla! huh. Suci ni bilalah nak contohi abang dia. haha.
 
 Suci ni rapat dengan zyla tapi dia tak akan dekat bila zyla tengah buat sesuatu, dia hanya akan dekat bila zyla nak masuk bilik atau ke dapur. tujuan dia sebab nak tumpang tidur sekali dan makan. si Tam memang tak rapat dengan zyla.
 
kalau pakai skrit kat rumah dia suka nak terkam.geram semacam. takut pulak zyla. hahaha. ( jangan fikir lain).
 
 tapi kalau zyla dok baca buku ke, tengok movie ke apa ke, dia suka duduk dekat-dekat. ambik port baik punya. lepas tu zzzzzz dengan macam-macam aksi.
 
so, sebenarnya mana satu lebih rapat dengan zyla, Si Tam ke Suci?? haha.
 
ok dh! stop pasal Suci n Si tam!
 
masa untuk zyla fikir masalah sahabat semalam. jadi sebab semalam zyla ada baca buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah SAW tulisan Muhd Nasaruddin Dasuki, cetakan ke 9 (2013), muka surat 98, (cewaaah, terlebih detail pulak.). zyla menghayati petikan ini.
 
Saidina Umar Bin Al-Khatab:
 
Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga LIDAH.
 
Aku memikirkan tentang semua pakaian tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik dari TAKWA.
 
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi NASIHAT BAIK.
 
Aku mencari segala bentuk segala bentuk rezeki tetapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada SABAR.
 
 
bila part yang zyla colour-kan merah tu zyla sedaya upaya untuk beri nasihat yang baik lagi bernas dan bolehdigunapakai! ( apa benda nih). sebab zyla dah yakin untuk nasihatkan sahabat dengan satu perkataan.
 
masalah dia , disebabkan dia ni mix iban-melayu (ISLAM), ibu kepada makwe dia tak berkenan. lepas tu dia terus nak frust dan lemah.
 
semalam zyla Tanya.
 
zyla: jadi ni kau frust tonggeng-tonggenglah?
 
sahabat : bukan setakat tonggeng aje aku dah berlipat dah ni haa.
 
haha. punyalah tahap kecewa macam tu.
 
so zyla bagi tau ni, tak ada cara lain selain DOA. Hati itu Milik Allah swt, maka BERDOALAH PADA Allah. Allah akan dengar doa kita. asalkan doa kita ikhlas dan sungguh-sungguh. cepat atau lambat jangan nak mengeluh sebab bila dah dapat nikmat tak hingat. hahaha. ( ayah: oit! apa kau tulis ni??). ayah fikir lain pulak. derm. =.=
 
punyalah panjang berjela sampai 5 perenggan zyla ceramah. hahaha. bab mengarang ni memang boleh tahan.
 
sekarang umur baru 22 tahun ( kami sebaya tapi tak sekata sebab tak duduk setempat), makwe dia 20 tahun. ada masa lagi nak perbaiki keadaan yang kritikal.
 
dan dalam masa tengah konflik macam ni jugak kita kene perbaiki diri. list -down balik mana yang kurang dan terlebih, terlebih tu kurangkan takut riak. yang terkurang tu lebihkan , lebih-lebih lagi, adduuuiii kaum Adam kenalah FAHAM. jadi LELAKI SEJATI.
 
Sebabkan mak makwe dia perempuan jugak, mesti cair kalau tengok bakal menantu TIP-TOP akhlaknya. haha. sebab apa zyla cakap macam tu sebab kalau jenis yang macam tu dibawa menghadap mak zyla, confirm mak zyla terus setuju. siap mak zyla pernah cakap, " long stok macam tu susah nak dapat". hahaha.
                             
                               DOA+ USAHA+ TAWAKAL+ISTIQAMAH= bahagia
 
bila zyla renung kes ni (macamlah aku ni pakar kaunseling. hahaha). DOA lah cara yang paling mujarab.
 
dan untuk berjuang dalam percintaan jangan terus lemah dan menyerah. tak senang nak dapat kebahagian. No Pain No gain. Usaha. berjuang untuk cinta kunnnunnnn... cerita sikit kisah cinta kau ZYLA! haha. zyla punya LOVESTORY tak sampai lagi tahap nak diceritakan.
 
Kebahagian itu akan pasti ada untuk mereka yang berdoa, berusaha dan bersungguh-sungguh.
 
Allah beri dugaan sebagai ujian sama ada kita layak atau tidak untuk diberi kebahagian itu, sama ada kita betul-betul dah sesuai tak untuk diberi apa yang kita doa. bila dah lalui dugaan mahu berat tu, dan kita lulus , barulah Allah beri BAHAGIA sebagai ganjaran. nikmat tak??
 
alah, macam kita belajar. bila tak faham satu subjek ni (kalau zyla Tanya subjek apa paling orang payah nak faham diorang akan cakap AKAUN, ni buat zyla kecik ati ni!). lepas tu punyalah kita usaha siang malam sampai hari ujian kita jawab dengan baik dan dapat result baik. tak kan gembira sampai rasa nak joget lambak depan cikgu!! hahahaha.. dulu pernahlah zyla melompat  depan cikgu sebab add math lulus itu pun 40 je . sikit lagi hari tu nak hantar surat perkeliling untuk isytihatkan cuti seminggu sebab anak Razali ni lulus addmath. nasib baik ayah bukan menteri.  hahaha.

percayalah! bahagia itu akan datang. soalan untuk zyla sendiri. Bahagia kau dah datang ke zyla ? hahaha. bahagia zyla tertunggak. cintaku tertinggal di.. derm.. IPT. hahaha. IPT k. IPT. tak cakap IPTA KE IPTS ke.. punyalah aku cover nih!

soalan ayah: A***F dekan ke semester lepas?

derm=.= sempat pulak..
 
tapi apapun, seorang sahabat dah selamat melahirkan seorang lagi bakal khalifah di muka bumi ini.
 
seorang lagi sahabat dah bertunang.
 
Alhamdulillah. akhirnya bahagia milik mereka jugak
 
dan sahabat yang sorang lagi tengah pening nak pilih yang mana lebih sesuai untuk jadi calon suami.
 
haha. zyla memang membuka KAUNTER PENGADUAN.
 
zyla tak tahu kenapa tapi syukur sebab sahabat percaya dengan zyla. Alhamdulillah.
 
dan air mata ini sering berlinangan melihat kebahagian itu menjadi milik sahabat yang diberikan ujian oleh Allah swt. zyla dilatih dan diajar untuk sentiasa menerima sahabat seadanya, tak kisah siapa pun mereka, zyla diajar untuk terus memberi sokongan biar tak ada siapa yang melihat kebaikan sokongan zyla itu.  Allah Maha Besar Lagi Maha Adil , hari itu Allah dah berikan kemenangan buat sahabat yang sanggup bersabar bertahun lamanya. walaupun zyla mengharungi pahit berpanjangan kerana memberikan sokongan itu, pada hari dia menerima kejayaan zyla tersenyum dari jauh penuh bangga. Allah! Allah ! sungguh kuasaMU hebat!
 
kini barulah orang faham tentang keinginannya.
 
sebab itu, In Sha Allah. zyla berjanji sebagai anak, kakak, sahabat, zyla akan kukuh berdiri untuk memberi sokongan dan semangat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
 
sebab zyla tahu, usaha itu ada kalanya perit, tapi hadiahnya MANIS!
 
waaaahhh!!! dah macam melobi pulak.. ahaks! ahaks!!! ini bukan memuji diri, INILAH TERJEMAHAN HATI.
 
 
* berterabur lah pulak isinya. haha. harap faham ye. dan terima kasih yg sudi membaca. sila goyang-goyang sikit! :P
 
 
 kisah Along, Bongsu dan Mak.

Along yang dengan syok dan ghairahnya mengup-date Blog. TIBA-TIBA ada orang ketuk pintu dan Mak Buka Pintu.. Muncul muka suci tapi hati keras si Bongsu dengan bebaju sekolah. hari ini Jumaat so budak sekolah balik awal.

Bongsu : oii... along kau tak m***I lagi? tengah hari dah ni?

Along : ye ke mak?

Ayah: bukan tadi ayah skodeng kau dok PM dengan A****F kan dia pergi solat jumaat.

Mak : Along kau kan cERI***as.. ok ( word ni zyla je tahu).

Ayah ke masjid macam nak jalan raya siap sampan lagi. hahaha.

so apa lagi Along, angkatlah punggung dan capailah tuala.. bilik air dah terbuka luas .!!

Hahaha.

disebabkan hujan, dan cuaca mendung . tak perasan dah... hahaha.
 
 

No comments:

Post a Comment