Showing posts with label BEDAK SEJUK. Show all posts
Showing posts with label BEDAK SEJUK. Show all posts

Tuesday, 30 September 2014

Re-Stock Bedak Sejuk

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alamak!! tepuk dahi hari ni sebab stok bedak sejuk zyla dah habis. order untuk personal , RM20.00 dan RM1.50 untuk dealer. semua diorang sapu habis. tak ada apa pun tinggal untuk orang. alhamdulillah syukur pada Ilahi sebab bagi rezeki ini. 

kali ini zyla berkongsi dengan korang disebalik tabir pembuatan bedak sejuk ni. tapi berperingkat lah. dan manalah tahu korang boleh ambik tips penjagaan muka yang bermanfaat untuk wajah korang.

mula-mula yang zyla buat ialah RENDAM BERAS.


beras apa?? haaa..rahsia. beras ni direndam 2 hari.. tapi airnya kene tukar 5 jam setiap masa demi menjaga kualiti. kalau dibiar aje , nanti bercampur dengan habuk, berbau dan dah jadi bedak sejuk nanti, kulit muka korang jugak yang gatal-gatal. so bagi customer zyla, korang tak ada gatal-gatal kan? kalau gatal sebab muka berjerawat memang ya. tapi lepas tu dah tak ada kan?

sebelum rendam nak kene basuh betul-betul. tapi basuh tu taklah kerap sangat sebab ada yang nasihat kat zyla, beras ni memang ada khasiatnya  sendiri sebab tu jangan basuh kerap sangat takut nanti hilang khasiat dia. haa~~ demi customer zyla, zyla akan kekalkan khasiat beras ni untuk korang!


masa rendam , cukup masa zyla akan tuskan. tus kasi kering sikit. lepas tu rendam lagi dalam air sampailah lembut dan lembik.. kenapa nak rendam lama macam tu?? sebab zyla buat ni dengan cara tradisional kotttt... tumbuk dengan lesung batu! haa. penat tu memang lah tapi mula-mula dulu. sekarang dah seronok dah. 

so, yang syoknya air beras ni sangat sesuai untuk cuci muka. boleh segarkan muka. ^_^. bagi zyla, zyla sangat mementingkan kesegaran wajah. dan please sayangkan wajah anda ok! walaupun kita ni zaman moden tak semestinya produk kecantikkan pun nak kene moden jugak. biasalah sekrang ni banyak sangat bahan kimia. hmm.. 

bagi kakak, ibu, para abang ke yang baca entri zyla ni. manalah tahu korang ada adik-adik lelaki ke perempuan yang tengah baligh dan dilanda masalah jerawat sebab peningkatan hormon tu, korang boleh suruh diorang try pakai bedak sejuk homemade zyla ni. mudahakan cegah dari awal masalah jerawat tu .nanti dah usia jejak 20-an kulit muka diorang akan kekal sihat. ^_^.

kalau yang baru jumpa blog zyla ni dan nak tahu lebih lanjut bolehlah click sini >Tentang Bedak Sejuk Zyla

dan

jikalau korang berminat nak buat side income dengan menjual bedak sejuk ni pun boleh ke sini >Side Income bersama zyla


atau korang sangat malas nak baca entri sebab dah malam , tapi nak bertanya tentang bedak sejuk ni dan berminat boleh direct whatsapp zyla : 013 2832465. 

dan inilah produk zyla sendiri yang zyla buat sendiri dan usahakan sendiri.

In sha Allah bagi yang alamai masalah jerawat, kulit berminya, permukaan kulit kasar dan nakkan wajah berseri zyla akan bantu dengan bedak sejuk ini. In Sha Allah. 


Main Harga

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Hari ini habis jugak stok bedak sejuk zyla. so untuk mereka yang nak lagi bedak sejuk ni. bila dah ada stok nanti zyla akan umumkan lagi dan nanti akan diberitahu Instagram Bedak Sejuk Zyla ni. ^_^

tadi baru habis isi borang pos laju dan postage akan dilakukan selepas dapat semua payment. terima kasih kepada yang membeli. semoga membantu menyelesaikan masalah korang!

Tadi masa selesai aje deal dengan customer zyla pun scroll lah FB yelah nak tahu perkembangan semasa. tetiba lak zyla jumpa satu post ni dari individu yang jadi dealer untuk satu product ni dan dia minta maaf sebab banyak customer complain pasal harga yang turun naik.

sekarang ni kita dah sedia maklum kan , yang makin banyak produk kecantikan yang keluar semuanya adalah untuk mencantikkan muka, memutihkan dan banyak macam lagi. itu tandanya manusia dah semakin banyak ilmu tentang kecantikkan ini. yelah, bila ada je produk hot keluar semua berpusu-pusu kan?

samalah macam zyla kerja dulu, bila bos bagitau ada certain produk yang dia dah tak ambik sebab bila laku sangat mulalah main harga ni dan kualiti pulak tak seperti masa mula-mula pakai. hurm.

syarikat pengeluar untung besar-besar , para dealer mula lingkup dan pengguna pulak? akan menerima padahnya.

kan sini zyla nak pesan kat korang semua. yang terlalu taksub nak jaga kecantikkan tu. memanglah kita kene jaga kecantikkan dan korang kene jugak hati-hati dalam memilih produk , bukan setakat harga aje jadi masalah tapi kesannya nanti?

mak zyla pun ada cakap barangan sekarang ni semakin kurang kualitinya. harga pulak still macam tu . kesannya teruk pada pengguna. jadi disebabkan zyla sayangkan mereka disekeliling zylalah zyla keluarkan bedak sejuk ni yang zyla buat sendiri.

zyla tak naklah nanti bila makin ramai yang pakai, makin elok wajah mereka zyla pulak yang jadi rambang mata. hurm. kan dosa buat zalim atau menipu orang? apalah nak jawab kat akhirat nanti kan? hurm. tapi bagi manusia yang hanya fikir tentang duit diorang akan lupa tentang perkara ni.

so kalau korang nak pilih produk kecantikkan pilihlah yang sesuai dengan kulit wajah korang. yang berasaskan sumber alam semulajadi, macam Safi, D'Herbs tu. harga pun murah kan? sebab sumber semulajadi ini murah dan tak akan bagi korang kesan yang teruk.

contohnya macam zyla. buat dalam bentuk serbuk. supaya timbangannya sentiasa balance . kadang-kadang memang zyla akan timbang 2,3 kali sampailah zyla puas hati.^_^.


macam bedak sejuk zyla ni,zyla letak dalam bekas ini. mak cakap macam mahal. sebab tulah zyla buat offer "POSTAGE FREE" untuk seluruh Malaysia. samalah macam bedak sejuk mini tu, zyla letak harga untuk pemborong RM1.50, murah tak? murah kan? sebab nanti untung lebih tu untuk para dealer zyla yang merupakan para mahasiswa atau akak-akak yang nak buat side income. 

In Sha Allah, bedak sejuk ni zyla akan kekalkan sampai bila-bila bekalannya. ^_^ . siap ada kakak yang nak berpantang bersalin pun dah order dengan zyla tadi. alhamdulillah. moga dapat bantu ye?

dan kepada sesiapa yang jugak jadi agent kecantikkan tu korang kenelah berhati-hati ye. sebab takut nanti produk tu main harga pengguna yang terima akibat teruk. tapi kalau dah syarikat tu tutup in Sha Allah ada rezeki lain untuk korang. Allahu'alam. apapun kepada mereka yang berniaga apa jua perniagaan anda semoga kita sama-sama berniaga dengan jujur ye. bukan nak duit aje tapi membantu mereka yang perlu. semoga nanti di akhirat Allah memudahkan timbangan kita. 

dan kepada sesiapa yang berminat nak cari side income boleh whatsaap zyla: 013 2832465.
yang berminat nak cuba bedak sejuk pun boleh, RM20.00 , Postage Free. ^_^.


Monday, 29 September 2014

AT LEAST! I TRY TO HELP!

Assalammualaikum. 
Bismillahirahmanirahim





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

waduh dah pukul 12 pun zyla tak zZZZzzz lagi. adik zyla pun still lekat dengan Dota2 dia. 

tadi baru zyla nak plan untuk off Facebook, email dan sebagainya, tetiba kawan zyla tanya berkaitan dengan post zyla tentang jerawat. ada gak response. alhamdulillah.

dia ni sahabat baru aje grad course Farmasi kat UNIKL. so TAHNIAH SAHABAT!! akhirnya saat ini kejayaan ini milik kita jugak. zyla dan kawan ni kenal masa sama-sama pernah buat part time kat WATSON PERSONAL CARE TIMES SQUARE dulu.. memang kenangan manislah~~

Dia tanya apa solution zyla boleh tolong dia untuk atasi masalah jerawat ni? jadi zyla pun terus bagi link blog kat dia. nak bebel panjang berjela tengah malam macam ni kang mengigau pulak dia tidur nanti. haha. tak de gurau aje.

Alhamdulillah dia nak try.. dan sesuatu yang zyla rasa dengan bedak sejuk ni ialah, at least zyla dapat bantu sahabat terutamanya yang memang semua sahabat kalau boleh zyla nak bantu , memang tercapai! seriusly. perasaan ini terdorong mungkin sebab zyla sentiasa menjadi tempat rujukan para sahabat apabila mereka dilanda.. hurm ... masalah hati yang kronik.. masa tu lah diorang akan mencari PAKAR KAUNSELING TAK BAYAR CUKAI ni hahaha.. 

dan zyla pun dapat sekali perkongsian ilmu dengan dia tadi . kalau perkara berkaitan dengan kesihatan ni mesti budak Farmasi lebih tahu kan? so dia cakap dia setuju dengan rumusan beras ni sebab beras boleh bantu melambatkan tempoh penuaan kulit.  sila senyum lebar-lebar sekarang bagi yang tengah try zyla punya bedak sejuk!! tahniah untuk anda sebab percaya dengan zyla. In Sha Allah jerawat, muka berminyak dan apa lagi masalah tu tak akan ada dah! asalkan istiqamah dan ... sabar..

seperti entri yang lepas-lepas pun zyla ada sentuh pasal produk moden SK11 yang jugak sebenarnya menggunakan rumusan beras ni.. yang bezanya SK11 ni cara moden dan sangat mahal. beratus kot.. bukan semua mampu dan tak sesuai sangat untuk belia remaja lagi meletop macam kita ni, takkan dari umur 13 tahun nak pakai SK 11. memang kopaklah mak ayah.. 

bedak sejuk zyla ni sesuai sangat untuk yang berusia antara 13-30 tahun. sebba apa sebab masa tu apa jua masalah jerawat korang, in sha Allah produk bedak sejuk zyla ni akan boleh bantu. angguk kepala bila membaca ye.!!

haaa~~ lega dah luahkan isi hati tengah malam buta ni. just untuk korang tahu aje. kepada yang bakal mencuba dan tengah mencuba dan ingin mencuba zyla harap sangat usaha kecil zyla ni untuk bantu korang dalam atasi muka berjerawat akan berhasil ye! amin. kalau kulit wajah korang dah kembali cantik zyla pun sangat tumpang gembira .. ^_^>

at least! i try to help!
yeap. inilah salah satu usaha zyla. ada jua kebaikan dari segi amalan dan ilmu yang kita ada , yang sangat bermanfaat dan dapat bantu orang lain tak salah kita sebarkan . kalaupun tak dapat untung besar at least kita dah menabur saham kat akhirat. ^_^. 

dan satu lagi cara zyla nak membantu sesiapa yang nak side income sila click >Side Income Bersama Zyla.. caakkk.. hanya untuk mahasiswa je zyla. oklah2.. zyla buka untuk mereka yang bekerja. nak jual kat office kat jiran tetangga. pun boleh. tapi korang jual RM5.00 aje tau... untung besar dah zyla bagi tu, satu untung money , satu lagi korang dah bantu mereka yang ada masalah wajah ni. ^_^. yang tu korang claim masa kat akhirat. sweet tak?? 






Sunday, 28 September 2014

Atasi Masalah Jerawat dengan Petua Zyla ^^

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Siapa kat sini yang ada masalah dengan EN. JERAWAT?

anda boleh ke balai zyla sekarang untuk buat laporan dan zyla akan bagi anda sesuatu untuk nyahkan En Jerawat itu untuk ganggu korang secara berterusan. Senjata yang zyla bagi itu adalah untuk merawat jerawat, menghilangkan parut jerawat dan akan membersihkan kulit. sebab dulu zyla memang teruk kene serang dengan EN JERAWAT ni, tapi alhamdulillah dengan formula beras, sungguh awesome! En Jerawat dah tak berani nak serang wajah zyla. kecuali apabila zyla tak kerap guna "SENJATA tu".

TAPI sebelum tu sekali lagi zyla nak ulang. kalau sesiapa yang ada RESDUNG, haaaa~~ resdung nilah punca jerawat yang sangat teruk tu! kesian korang sebab resdung mesti tak selesa kan? selalu rasa tak sihat kan? so untuk itu zyla sarankan korang dapatkan rawatan BEKAM LINTAH! tak yah nak telan ubat banyak sangat bukannya cepat baik pun.

mana zyla tahu semua ni? betul ke apa zyla cakap ni??? yee. sebab sebelum ni zyla ni pernah kerja kat satu health & beauty centre. kalau korang yang duduk area SARAWAK. sila-sila tengok kat side bar ada no WhatsApp zyla., boleh whatsAPP dan zyla akan bagitau kat mana bekam lintah terbaik Punya~~~ CAYALAH...

Apa Punca Jerawat?

1. Sebab resdung lah.

2. Hormon. selalunya untuk anak dara yang baru baligh.

3. sebab tak cukup tidur!

4. Stress

5. makanan yang tak dikawal. ni untuk yang makan main sumbat aje.

6. muka berminyak

7.  terkene matahari pada tempoh yang agak lama.

okeh! apakah SENJATA yang zyla nak bagi korang tuh?


Bedak sejuk zyla ! homemade mari!!! zyla buat sendiri dan bahannya 80% adalah daripada beras. memang tak rugilah kalau korang beli dan amalkan! 


Nampak kelainan tak senjata ini?

nak tahu lebih lanjut boleh clik sini  Tentang Bedak Sejuk Zyla

korang akan lebih jelas bila dah click kat entri tu . dan kat sini zyla nak tambah sikit nasihat, pandangan dan pengalaman zyla.

zyla diserang jerawat masa umur 16 tahun. maaf ye tak ade gambar. masa tu manalah terfikir nak ambk gambar. muaha. malu kot. sangat~~ malu nak cakap. teruk. sebab jerawat tu jenis yang besar-besar dan parut dia hitam-hitam. lama pulak tu. 

disebabkan hal itu mak ayah zyla pun buatlah bedak sejuk ni. zyla pakai pagi petang siang malam! punyalah susah nak buang jerawat sebenarnya. waktu tu rasa sangatlah hodoh diri ini. huhuhu.

seminggu zyla mula-mula pakai , adalah gatal sikit, tapi jerawat tumbuh lagi! eyh! so zyla tak putus asa sebab mak cakap dalam bedak sejuk tu kan mengandungi:

* beras

* rempah warisan nenek

* kunyit hidup

3 bahan utama ni fungsinya adalah untuk membersihkan kotoran dimuka. sebab muka kita kotorlah jerawat tu tumbuh!sebab kita tak jaga betul-betul kebersihan pun sama. sebab kita cuai tak selalu pastikan tangan dicuci dengan bersih, kuku malas nak potong tapi dok belai-belai muka, mahunya kotoran tak di Bluetooth kat situ??

lepas tu bila jerawat dah tumbuh, zyla  picit sampai puas! muaha. biarlah sakit pun. lepas tu zyla tepek laa bedak sejuk ni. setiap hari dan masa. pastikan ! korang basuh muka sebelum letak bedak sejuk, tunggu lama sikit kasi kering baru basuh, dan lap muka dengan tuala yang bersih. jangan lap guna tuala mandi korang tu tuala yang baru , ok!

lepas aje jerawat dah mula mengecil dan tak ada lagi sekutunya tumbuh. masa tu pun ada pantang:

* jangan tidur lewat

* banyakkan minum air suam

* jangan sakan sangat pakai mekap

* kurangkan makanan berminyak

zyla ambik masa 2 tahun untuk kekalkan kulit muka yang sangat ... nak cakap macam mana ye?? hurm. zyla rasa zyla sangat berpuas hatilah dengan hasilnya sekarang! kulit yang sangat halus, licin dan bersih. jerawat? tumbuh bila nak haid aje. masa lain memang dia tak buat hal!

habis aje jerawat tu dah tak tumbuh, maka tinggallah bekas- bekasnya. hurm.

itulah fungsi kunyit!

pernah tak dngar orang tua cakap air kunyit ini elok untuk luka dalaman? yeah! betul. bukan dalam aje tapi baik jugak untuk luaran. yakini bekas jerawat nilah.

korang kene sangat bersabar dan hasilnya memang TIP TOP!!

yes, salah satu zyla buat niaga bedak sejuk ni sebab dia banyak bagi manfaat dekat orang lain.

zyla bukan kejar duit aje.

sebelum zyla promote bedak sejuk ni di online , zyla memang dah lama buat offline. alhamdulillah. berbaloi. banyak yang ada masalah jerawat puas hati dengan hasilnya. baguslah ye.

zyla sarankan kepada budak-budak sekolah yang baru baligh. 

juga kepada mereka yang rasa kulit wajah tu macam sensitive dengan kebanyakkan produk kecantikan.

yang ni memang dijamin tak akan jejaskan atau bagi effect kat muka korang.

bahannya tak banyak, tapi kualitinya sangat awesome.

SK-2 pun sebenarnya dari beras. apatah lagi bedak sejuk ni. disebabkan stok masih banyak so zyla tak buat pun disebalik macam mana zyla buat bedak sejuk ni secara homemade. In Sha Allah nanti dah habis zyla akan update dan terangkan kat korang macam mana zyla buat bedak sejuk ni. 

berminat? yes. boleh Whatsapp zyla : 013 2832465

berminat nak berniaga jugak?? kalau untuk korang nak buat side income kat IPTA/IPTA ke, Office ke , mana-mana ke  boleh jugak rugi sini apa yang zyla offer > Side Income bersama zyla


kalau yang masih ragu-ragu, Bedak Sejuk ni memang zyla buat sendiri! 

maksudnya produk tempatan.

Harga : rm 20.00 
POSTAGE KE SELURUH TANAH AIR : FREE. 







Thursday, 25 September 2014

Nyahkan Jerawat !

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Korang banyak jerawat tak??

danlah masalah jerawat , muka berminyak pulak tu! phuewwww. sungguh tak selesa lagi-lagi bila bangun tidur! betul tak? 

zyla pun dulu ada masalah yang sama. lepas tu jerawat lak sepanjang musim!

tinggalkan minyak dan kesan parut yang lama sangat nak hilang.

jadi mak zyla pun syorkan guna bedak sejuk hasil resipi keluarga sendiri.

80%bahan ialah BERAS. yang sangat awesome hasilnya. mana taknya, dahlah kulit jadi lebih lembut, lepas tu licin dan berseri!

bukan propa k. memang betul

yang perempuan mesti korang dah tahu kan , apa hasilnya beras ni.

yapp.. bila guna Bedak Sejuk Homemade ni memang zyla rasai perubahan yang slow tapi kesannya kekal sehingga hari ini. 17 tahun 2009, sekarang dah 2014 ! dah 6 tahun! tapi tetap jugak zyla guna selalu sebab bila dah aktif kat luar muka berminyak lah pulak!


dan bila dah mula rasai hasilnya sendiri zyla suh kawan-kawan try jugak!!!

waaahhh!! tak sangka diorang sangat excited!

so zyla nak kongsikan sikit pengalaman bila muka berjerawat ni,

mula-mula korang dah pakai beduk sejuk ni. stop dulu mekap yang heavy-heavy tu. mekap ala kadar aje dulu.

  • untuk pertama kali korang pakai, kalau masalah jerawat tu serius korang akan nampak bila diletakkan bedak sejuk kat muka, jerawat yang nanah tu akan terkeluar nanahnya, yang tengah basah akan kering dan yang tengah besar bekasnya akan mula mengecil



  • kali kedua korang pakai, korang akan rasa kulit dah lebih lembut dan halus permukaan kulit yang selama ni kasar, sila perhatikan  jerawat korang masa tu. ada lagi tak yang berani nak tumbuh. ada tumbuh? itu maksudnya bedak sejuk tu dah berjaya keluarkan jugak kotoran yang ada dalam muka. jerawat ni bermula kerana lemak, hormon dan kotoran dimuka. telek lagi muka tu, ada liang-liang roma kan?? ehhh.. mengecil kan?? saborrr..

  • kali ketiga pakai pulak, eyh,.nape ni, ada macam kulit mengelupas tapi bukan?? yee.. itu hasil dari pembersihan kulit. maksudnya kotoran atau lapisan halus kulit yang kotor sedang tanggal. ini zyla alami sendiri. tapi mungkin ada yang alami sejak kali pertama pakai. saborr.

  • kali seterusnya korang pakai, korang dah tak sabar sebab bila bangun pagi minyak dimuka dah tak ada!! best gilerrr!! lepas tu, pulak jerawat dah kering, kesan dah nak hilang. muka dah rasa segar!!! confident.

  • dan hari-hari seterusnya korang akan terus rasa AWESOME!!!!! mana taknya, berkat sedikit perahan kunyit hidup yang zyla letakkan , akan membuatkan wajah korang lebih berseri! cer senyum, berseri tak?? ^___^. kunyit ni fungsi dia adalah untuk menyerikan kulit dan melambatkan proses kedut muka. well, muka kita memang akan berkedut bila umur dah tua kan?

excited tak nak guna?? nak try?? jangan bimbang, kalau korang memang alami masalah kulit sensitive zyla dah jadikan kandungan bedak sejuk ni 100% tak akan bagi apa-apa kesan kat muka korang, kalau ada jugak kesannya mungkin hanya gatal-gatal sebab kulit muka ni depends dengan cara korang jaga muka, permakanan dan gaya hidup.

Bila sesuai nak pakai bedak sejuk zyla ni?? kalau zyla, akan pakai awal pagi. lepas solat subuh macam tu sebelum nak mandi, tepek kan sikit bedak sejuk tu . tak payah tebal-tebal. sikit -sikit aje dan jangan risau tak perlu tunggu lama dan bedak sejuk ni cepat kering!

boleh jugak digunakan malam hari.. biasa memang orang guna malam hari kan? tapi! ingat! jangan tak basuh pulak sebelum tidur! haaaaa..ni aje pantangnya. ingat ye, sebba apa?? sebab nanti korang rasa lain bila bangun. ada bedak sejuk masuk matalah! 

untuk yang muda dan masih lagi ada kulit muka yang cantik tu. silalah jaga muka tu awal-awal. bila dah masuk 25 tahun nanti, In Sha Allah kulit muka still in good condition! tak adenya masalah atau nak risau sangat. dan zyla syorkan korang untuk sentiasa rajin pakai bedak sejuk ni mula-mula. bila dah kesannya nampak dan korang dah rasa AWESOME! , korang dah boleh hentikan dan kurangkan pemakaian bedak sejuk ni. sebba bedak sejuk ni pun  boleh menghaluskan kulit muka. see.. jujur zyla bagitau ni. contohnya dalam seminggu korang pakai 3 kali seminggu. ^__^.


haaa.. alhamdulillah masa study dulu berkat zyla guna siang malam bedak sejuk sejak tingkatan 4, hasilnya sangat Tip-Top. mekap?? ah, tak letak kat muka pun tak ada. ^_^. yang penting sentiasa nampak muda! 


nak try? berminat dengan bedak sejuk Homemade by Zyla?

boleh Whatsapp:

013 2832465

^__^

harga pulak berapa?

murah aje, RM 20.00 , POSTAGE SELURUH NEGARA MALAYSIA FREEE..

SEE.. murah. banyak tuh. entah berapa lama korang boleh pakai.

boleh bincang-bincang masalah wajah dengan zyla








Tuesday, 16 September 2014

Berniaga? Pilihan kita, Usaha Kita, Tawakal dan Yakin Pada Allah!









Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Haaaa.. rasanya tajuk entri inilah yang maha panjang dalam komuniti blogger ni. saja aje nak kasi gempak dan suspen sikit. entri ini boleh diiktirafkan sebagai entri pencetus semangat dan sesi muhasabah diri serta motivasi diri.

Zaman sekarang ni banyak yang berlumba-lumba nak cari side income. yelah taraf hidup makin tinggi, barangan makin mahal, kemahuan melebihi keperluan. untuk mengatasi masalah tersebut banyak yang jadi agent dropship! seperti itu juga zyla. tapi zyla bukan agent dropship atau mana-mana produk. but i make my own product. simple. tak payah runsing sangat nak fikirkan untung hasil jualan kita. 

mesti ada yang pelik kan? budak ni jual bedak sejuk homemade! errrr... produk yang tak ada jenama seperti produk kecantikan lain. ^__^. zyla senyum panjang aje.. 

its me, buat benda orang tak buat. kenapa zyla memilih untuk menjual bedak sejuk. Pertama, persaingan untuk jual baju, tudung ect dah sengit sangat.hampir 80% jual produk yang sama. so zyla tak nak menyempitkan diri dalam persaingan itu. jadi, disebabkan keluarga zyla mempunyai produk sendiri dan boleh membantu orang lain mengatasi masalah wajah. apa salahnyakan? 

jadi zyla memilih untuk menghasilkan bedak sejuk ni, dengan niat , zyla nak cari rezeki yang halal dan membantu orang lain. Mula-mula tu memang tak confident tapi zyla kuatkan semgat dan alhamdulillah, hasilnya.. ^_^ berjaya. walaupun permintaan taklah macam pisang goreng.

bila zyla dah pilih, zyla usaha. hubungi sahabat dan suruh diaorang cuba, zyla tawakal kepada Allah. Ini yang zyla pilih dan zyla dah usahakan untuk permulaan dengan usaha yang banyak ni. alhamdulillah , kuasa Allah. Dia bagi rezeki walaupun sikit tapi boleh menyakinkan zyla yang zyla boleh berjaya!

Berniaga ni bukannya kita jual terus semua orang beli. 

Bagi yang nak cari side income tu, apa jua yang korang nak jual. dahulukan dengan niat yang korang nak cari rezeki halal. jauhkan rasa dengki dengan orang lain. cemburu dengan pencapaian dan untung orang lain?? ingatlah mungkin diorang pun bermula macam mana kita bermula. Yakinlah pada Allah. mohon doa PadaNya. 


so zyla jual Bedak Sejuk Homemade By Zyla
dengan harga RM20.00 utk 120gm 
Free Postage untuk seluruh Malaysia!

Berminat?

Boleh Whatsaap zyla : 013 - 2832465

Baik untuk yang bermasalah wajah seperti jerawat, wajah berminyak , kulit kusam, permukaan wajah kasar, mengecilkan liang roma dan serikan wajah. In Sha Allah.

^__^

Saturday, 13 September 2014

Bedak Sejuk Homemade By Zyla

Assalammualaikum 

Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



alhamdulillah dah selesai apa yang sepatutnya, proceed untuk aktiviti seterusnya... apa dia??? menerangkan tentang bedak sejuk homemade zyla.. alhamdulillah walaupun ini adalah permulaan tapi jika tidak bermula hari ini manalah nak tahu apa hasilnya esok hari betul? tanpa melengahkan masa zyla nak terangkan sekali lagi.

Tentang Bedak Sejuk Homemade by Zyla.

Bedak Sejuk ni zyla buat sendiri. tak ada guna mesin tapi memang tradisional. sebab tulah hasilnya baik. alhamdulillah. ditambah lagi niat nak bantu orang pulihkan semula cell muka ke tahap remaja!! phewww... ayat bodek pulak.. 80% bahan yang zyla gunakan ialah BERAS. seterusnya rempah yang sesuai digunakan untuk wajah. kemudian ada campuran kunyit yang berperanan untuk menyerikan wajah. ini nenek zyla punya resipi. sebab nenek zyla ni dulu buat rempah ratus dan bedak sejuk untuk ibu bersalin. tapi kali ini zyla ubah , tambah tolak sikit formula tu supaya kulit mereka yang sensitive boleh pakai tanpa was-was. ^___^.


Biasa korang tengok bedak sejuk tu bentuk bulat-bulat kan? zyla tak buat bulat-bulat tapi zyla buat jenis serbuk. nape?? sebab bedak sejuk ni, tak terhad digunakan untuk muka sahaja, tetapi juga kat tangan kaki semua boleh!!! so korang boleh buat mask kat tangan, lengan , kaki, dengan bedak sejuk ni.


kali ini zyla akan share macam mana zyla pulak yang gunakan bedak sejuk ni.. jum..


Langkah pertama: disebabkan bentuk muka zyla ni bulat dan kecik. so ambik sedikit bedak sejuk ni dan letak dalam piring comel. 


Langkah Kedua: campurkan dengan air?? air , yap air biasa. tapi seboleh-bolehnya gunakan air suam. sebab air suam ni lebih baik dari air paip tu. campurkan dengan serbuk bedak sejuk. terpulang korang nak cair atau pekat. kalau cair dia lambat sikit nak kering, kalau pekat cepat bedak sejuk ni nak kering. yang zyla buat ni jenis yang sederhana. 


Langkah Ketiga : bersihkan wajah anda. bersihkan juga jari jemari anda oky! kalau kuku panjang tu tolong potong sebab kuman ada kat situ. dulu zyla pernah attend kursus kecantikan produk Mary Care, diorang yang bagi tips ni. dan lap muka pun dengan tuala muka yang baru, biarkan muka dalam keadaan sedikit lembam.


Langkah keempat : apa lagi tepekakn lah bedak sejuk tu kat muka.. ratakan diseluruh wajah. 


haaaa.. macam gini. bila macam nilah rupanya pakai bedak sejuk memang budak-budak akan cakap.."hannnttuuuu"... hantu hang.. ni lah rahsia nak jaga wajah untuk kekal remaja.. dan biarkanlah kering.. bedak sejuk zyla ni nak kering tak ambik masa. kalau korang baring santai aje kat bawah kipas atau dalam aircond memang cepat kering. jangan risau, bau rempah memang ada tapi tak kuat. bagi yang ada masalah jerawat tu, haa, kalau jerawat korang tengah dalam fasa mengeluarkan nanah, memang korang akan rasa sakit dan gatal sikit sebebnya rempah ratus tu sedang bekerja keras untuk memusnahkan kekotoran jerawat korang.. dush~~dush~~dush~~ nyah kau jerawat! 


dan hasilnya!!!! okeh!! boleh senyum sokmo.. hasilnya, alhamdulillah bila cuci tu korang akan rasa:

1. kulit menjadi lembut!
2. wajah berseri, tambah-tambah lagi wajah tengah basah..
3. bila dah lap dengan tuala bersih, korang akan rasa segar!
4. perhatikan liang-liang roma korang mesti akan mengecil sikit
5. tunggu dalam setengah jam bagi mereka yang mengalami masalah muka berminyak, mesti minyak tu macam.. macamm... tak adelah! lebih-lebih lagi bila bangun pagi!
6. jerawat dan bekas nya akan pudar, mengecil dan akhirnya pudar!!!
7. kalau sebelum pakai terasa ada kasar-kasar kat permukaan wajah dan lepas pakai, belai-belai kulit muka, seakan-akan licin balik dah wajah anda!



siapa yang sesuai menggunakan bedak sejuk ni?

zyla syorkan teruatamanya remaja sebab masa ni remaja akan terpengaruh dengan propaganda produk-produk penjagaan kulit . sebabnya produk-produk ni terlalu banyak bahan kimia yang berbahaya. sebab tulah ada yang kulit sensitive ni muka diorang jadi lebih teruk dan terpaksa bertukar-tukar produk. dan akhirnya kulit pun jadi lebih nipis. zyla ni pun menimba ilmu macam ni masa zyla kerja kat WATSON PERSONAL CARE, Times Square dulu. banyak sangat zyla jumpa remaja yang sebaya, lebih muda dan dewasa mengadu tentang masalah wajah mereka. jadi zyla tak syorkan guna OXY etc.. bagi yang elok tu, alhamdulillah . tapi yang tak sesuai tu? sayang tau, wajah masa remaja ni awal -awal lagi dah rosak. bedak sejuk ni pun boleh jadikan korang awet muda. 

sebab tulah walaupun zyla ni dah 22 tahun! orang masih sangka baru nak ambik SPM plus badan zyla pun comel2 aje. muahaha.. okeh. lupa nak share. kalau korang ada yang tak serasi dengan bedak sejuk ni, ada satu tips ni sorang mak cik yang zyla jumpa kat Watson bagi. dia kata, boleh jugak guna bedak Bayi dan campurkan air.. alah sama aje pakai bedak sejuk ni. tapi hasilnya hanya menghaluskan kulit. ni pun zyla cuba jugak bila stok bedak sejuk dah habis. 

bagi lelaki, jangan risau! korang pun boleh jugak gunakan bedak sejuk ni! 

Lagi satu tips zyla nak share ialah , kalau ada yang alami masalah jerawat sebab RESDUNG, baik korang pergi bekam lintah. memang sangat bagus. tahu geli, tapi resdung ni akan buat korang tak sihat selalu kan? dengar nasihat zyla ni. ( amboi).. sekali je korang bekam lintah, lintah tu akan sedut segala yang patut dan In Sha Allah buat selama-lamanya korang tak akan alami resdung lagi. lepas tu, barulah guna bedak sejuk untuk hilangkan kesan jerawat, serikan wajah. barulah nampak lebih handsome dan cantik!

alhmdulullah itu sahaja untuk kali ini. buat pengetahuan zyla ni orang sarawak. zyla tak jual besar-besaran sangat.. cukup bagi yang membaca ni, kalau nak cuba dan tahu lebih lanjut boleh Whatsapp/Wechat/Line zyla : 013 2832465. harga RM 20 , postage percuma utk seluruh Malaysia, dan zyla jual 140 gm. 

^_^







Friday, 12 September 2014

Produk Zyla : Bedak Sejuk

Assalammualaikum,

Bismillahirahmanirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah pagi ini dah selesai apa yang zyla nak buat kecuali satu lagi , nak buat blogwalking. In Sha Allah lepas segala perkara yang zyla wajib selesaikan dah ditunaikan baru boleh nak buat blogwalking. buat blogwalking ni bukannya click link blog, dan follow. tak, tapi kenalah tahu mana tentang blogger tersebut dan entri dia yang menarik untuk dibaca dan dikomen.

apapun entri kali ini berkaitan dengan produk yang zyla buat sendiri. bukan niat nak berniaga secara besar-besaran tapi yang ni zyla keluarkan ke pasaran online sebab masa zyla mula jual offline sejak 2 tahun lalu, alhamdulillah banyak membantu mereka yang ada masalah jerawat dan masalah wajah ni.

apa tu? Bedak sejuk. kalau orang sarawak panggil "kasie". Formula buat bedak sejuk ni memang zyla warisi dari nenek zyla sebab dia memang buat ubat dan rempah untuk orang bersalin, dari formula tu zyla ubah supaya sesuai untuk wajah. 



bedak sejuk ni 80% adalah daripada beras .  lepas tu ada resipi rahsianya yang terdiri daripada rempah yang sesuai digunakan untuk wajah. bedak tradisional macam ni kesannya taklah secepat produk-produk lain, tapi walaupun kesannya lambat, hasilnya tetap kekal.

Dulu zyla masa usia 16tahun, wajah muka ni penuh jerawat dan berminyak. masa tu sekolah dan berjalan kaki ke sekolah. bila dah kene matahari ditambah lagi dengan udara tak sihat. sangat teruk. sebab tulah mak buatkan zyla bedak sejuk ni dah hasilnya?? alhamdulillah jerawat susah nak tumbuh, muka bertambah seri dan tak ada lagi minyak di wajah bila bangun pagi. 



adakah anda mengalami masalah wajah seperti ini:

  • Jerawat bernanah ?
  • jerawat batu?
  • kulit kusam?
  • kulit berminyak?
  • kulit kering?
  • ada isi-isi kecil disebabkan lemak tumbuh dimuka?

untuk para remaja yang baru baligh tak kisahlah lelaki dan perempuan akan mengalami masalah utama seperti jerawat kan? disebabkan kulit korang sangat muda dan mudah terjejas dengan bahan-bahan campuran formula asid dan klinikal dan pelbagai , zyla recommend kan korang untuk guna bedak sejuk ni. In Sha Allah, kalau tak kerap pakai pun tak akan bagi kesan, dan bila ianya berkesan hasilnya akan kekal lama. 

apa hasilnya yang tahan lama?
  • Jerawat akan perlahan-lahan pecah, hilang dan susah nak tumbuh.
  • mengeringkan jerawat nanah dan menghilangkan bekas jerawat kemudiannya.
  • kulit kusam dan kering  akan segar semula
  • isi-isi lemak akan dinyahkan dan In Sha Allah cell-cell tak diundang itu akan hilang dengan penjagaan kita yang kerap dan baik.
mana mana nak guna?

  • Bedak sejuk ni bentuk serbuk, campurkan dengan sedikit air, lepas tu tepek kat muka. biarkan kering dan basuh.
  • sebelum tu, pastikan dah basuh muka sebersihnya. 
  • dan jangan pulak bawa tidur. bersihkan dulu sebelum tdo ok!

Bila waktu sesuai untuk pakai bedak sejuk ni?
  • terpulang pada korang. kalau zyla, pagi selepas subuh zyla akan pakai sekali. so bila basuh muka kadang-kadang zyla dah tak pakai facial wash sebab dah bersih dan berseri. kesannya, bila tengah hari masa tulah muka berminyak kan? minyaknya kurang seperti biasa. tak dapat nak elak bila kita berpeluh.

  • Malam hari. haa. lagi elok sebab mungkin korang akan lebih relax untuk sesi menunggu bedak sejuk ni kering. 




testimoni yang zyla share ni antara customer online zyla yang pertama. tak sangka boleh hilangkan roma-roma kecil kat hidung. bila zyla cuba , memang bolehlah.

kalau nak tahu lebih lanjut boleh Whatsaap zyla : 013 - 2832465

lokasi zyla ialah di Sarawak , harap Maklum.

harga? bedak sejuk ni bentuk serbuk dan RM 20.00 untuk seberat 180 gm. postage untuk seluruh Malaysia adalah PERCUMA. zyla tak kenekan harga postage.