Tuesday 30 September 2014

Re-Stock Bedak Sejuk

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alamak!! tepuk dahi hari ni sebab stok bedak sejuk zyla dah habis. order untuk personal , RM20.00 dan RM1.50 untuk dealer. semua diorang sapu habis. tak ada apa pun tinggal untuk orang. alhamdulillah syukur pada Ilahi sebab bagi rezeki ini. 

kali ini zyla berkongsi dengan korang disebalik tabir pembuatan bedak sejuk ni. tapi berperingkat lah. dan manalah tahu korang boleh ambik tips penjagaan muka yang bermanfaat untuk wajah korang.

mula-mula yang zyla buat ialah RENDAM BERAS.


beras apa?? haaa..rahsia. beras ni direndam 2 hari.. tapi airnya kene tukar 5 jam setiap masa demi menjaga kualiti. kalau dibiar aje , nanti bercampur dengan habuk, berbau dan dah jadi bedak sejuk nanti, kulit muka korang jugak yang gatal-gatal. so bagi customer zyla, korang tak ada gatal-gatal kan? kalau gatal sebab muka berjerawat memang ya. tapi lepas tu dah tak ada kan?

sebelum rendam nak kene basuh betul-betul. tapi basuh tu taklah kerap sangat sebab ada yang nasihat kat zyla, beras ni memang ada khasiatnya  sendiri sebab tu jangan basuh kerap sangat takut nanti hilang khasiat dia. haa~~ demi customer zyla, zyla akan kekalkan khasiat beras ni untuk korang!


masa rendam , cukup masa zyla akan tuskan. tus kasi kering sikit. lepas tu rendam lagi dalam air sampailah lembut dan lembik.. kenapa nak rendam lama macam tu?? sebab zyla buat ni dengan cara tradisional kotttt... tumbuk dengan lesung batu! haa. penat tu memang lah tapi mula-mula dulu. sekarang dah seronok dah. 

so, yang syoknya air beras ni sangat sesuai untuk cuci muka. boleh segarkan muka. ^_^. bagi zyla, zyla sangat mementingkan kesegaran wajah. dan please sayangkan wajah anda ok! walaupun kita ni zaman moden tak semestinya produk kecantikkan pun nak kene moden jugak. biasalah sekrang ni banyak sangat bahan kimia. hmm.. 

bagi kakak, ibu, para abang ke yang baca entri zyla ni. manalah tahu korang ada adik-adik lelaki ke perempuan yang tengah baligh dan dilanda masalah jerawat sebab peningkatan hormon tu, korang boleh suruh diorang try pakai bedak sejuk homemade zyla ni. mudahakan cegah dari awal masalah jerawat tu .nanti dah usia jejak 20-an kulit muka diorang akan kekal sihat. ^_^.

kalau yang baru jumpa blog zyla ni dan nak tahu lebih lanjut bolehlah click sini >Tentang Bedak Sejuk Zyla

dan

jikalau korang berminat nak buat side income dengan menjual bedak sejuk ni pun boleh ke sini >Side Income bersama zyla


atau korang sangat malas nak baca entri sebab dah malam , tapi nak bertanya tentang bedak sejuk ni dan berminat boleh direct whatsapp zyla : 013 2832465. 

dan inilah produk zyla sendiri yang zyla buat sendiri dan usahakan sendiri.

In sha Allah bagi yang alamai masalah jerawat, kulit berminya, permukaan kulit kasar dan nakkan wajah berseri zyla akan bantu dengan bedak sejuk ini. In Sha Allah. 


No comments:

Post a Comment