Sunday 21 September 2014

Terjemahan Hati~~

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim.






Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, malam ni segalanya sudah zyla selesaikan. tugasan dirumah. dan adik zyla sudah pulang ke MRSM , cuti sekolah dah habis kan? Setsuna pulak macam biasa semakin sibuk saat final exam sudah pun tiba. entah apa khabar adik zyla di Kuantan sana yang tetap teguh berusaha menuntut ilmu. moga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Semasa menaip entri ini, zyla ditemani dengan alunan "Law Kana Bainna". Allah, menitis air mata. terasa sayupnya hati merindui Baginda Rasulullah SAW. selawat ke atas Baginda,

zyla tak tahu kenapa sepanjang minggu ni hati terasa resah, terasa bagaikan ada perkara yang tak cukup. ada perkara yang zyla tak berika perhatian.

zyla bagaikan hilang arah, bak layang-layang yang disapa angin kuat. menyakitkan sehingga terkoyak dan berlubang kain layang-layang tersebut.

zyla bukan jenis yang bila ada masalah zyla akan keluar, enjoy . zyla tak reti. dan zyla rasakan ianya sangat rugi kalau masalah diluah dengan cara begitu.

ditempat zyla ni tak ada sahabat yang rapat berhampiran mereka semuanya jauh, termasuk setsuna.

tapi bersyukurlah sebab zyla ada mak ayah depan mata sekarang, ^_^.

zyla membuka blog Angel Pakai Gucci . bertahun yang lalu , seorang sahabat ada menyarankan zyla untuk membaca blog ni. dan alhamdulillah sekarang ni zyla masih mengikuti perkembangan blog yang sangat menyentuh hati zyla.

2 hari ini langkah zyla bagaikan longlai. bukan sekadar membaca blog, zyla sentuh jua beberapa bacaan yang boleh membantu menyemburkan kembali hati zyla yang resah ini. agar dijauhkan rasa yang menganggu.

zyla sabarkan hati dan rajinkan diri untuk membantu mak menguruskan rumah. adakala malas melanda, kemudian zyla gagahkan juga! jangan long!

mungkinkah kerana kecewa?

saban hari zyla ingin selalu bangun sebelum matahari bangun!

zyla ingin menikmati udara yang sangat tenang.

saat bumi masih lagi senyap

bumi masih lagi sejuk.

menghirup udara segar seraya membuatkan zyla sangat sedih. punyalah Allah dah sediakan segala-galanya dengan sempurna, mana lagi nikmat yang kita nak nafikan.

kemudian zyla semakin tekun membaca naskah-naskah yang menyegarkan jiwa.

alhamdulillah... ^__^>

dah mampu tersenyum kembali.

zyla berharap esok akan lebih baik dari hari ini.

zyla berharap zyla akan jadi lebih baik dari hari ini.

zyla berharap segala-galanya adalah baik untuk zyla.




No comments:

Post a Comment