Sunday 14 September 2014

Susah Dahulu, Senang Kemudian

Assalammualaikum.

Bismillahirahmannirahim

Dengan Nama Tuhan Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang.



"Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan"                                                                         -Surah Asy-Syarh 94: 5-6-


Semakin hari kita meninggalkan zaman remaja dan pergi ke alam dewasa, semakin itu kita akan hadapi pelbagai pahit manis dan halangan, dugaan serta ujian yan tidak putus-putus daripada Allah SWT. acap kali, kita inginkan sesuatu, dan kita telah bersungguh-sungguh untuk sesuatu itu tetapi hasilnya tetap gagal. janganlah putus asa!

"Apabila Allah cepat memakbulkan doamu , maka Dia menyayangimu. Apabila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan kerana kasih sayang Allah sentiasa mendahului kemurkaan-Nya"





zyla menghembuskan nafas agak berat semasa menulis entri ini. 

Hari esok banyak misterinya sehingga ada dikalangan kita yang tak sanggup nak menghadapi hari esok. tapi selagi Allah mengizinkan kita terus bernafas janganlah berhenti berdoa dan berusaha. Jujur pada Yang Esa. Yakin padaNya , yang Dia hanya akan menguji kita dengan tahap kemampuan kita. 

Dalam hati zyla sekarang, menyayangi seorang insan. dan zyla doakan itulah peneman hidup zyla sehingga akhir hayat zyla, abah kepada anak-anak zyla. 

Dia sedang berjuang dimenara gading. bersungguh dalam setiap tugasannya, bersemangat dalam setiap harinya. Gigih dalam menyelesaikan apa jua tanggungjawabnya.

zyla kagum dengan Setsuna.

kenapa zyla panggil dia Setsuna? sebba dia minat sangat dengan anime Gundam. dan Setsuna ni merupakan hero. sebab tu zyla panggil dia Setsuna. nama yang dia suka.

zyla flashback balik perjalanan kehidupan zyla. tak naklah berundur jauh sangat, awal tahun ni pun dah cukup membuatkan hati zyla letih, zyla kecewa, zyla terkilan dan zyla redha. 

apa yang terjadi ada hikmahnya dan zyla berharap semoga ini adalah satu ujian untuk menyedarkan insan yang mungkin tidak hargai apa yang sedang miliki. mungkin kehadiran zyla adalah untuk dia sedar bahawa Allah sebenarnya mahu sedarkan dia tentang apa yang telah Allah kurniakan padanya. jadi janganlah merugikan diri sendiri.

zyla dan setsuna atau sakura dan Setsuna berjalan seiring lagi.

kami terus melangkah ke depan menghadapi hari-hari yang tidak diketahui apakah rahmatnya untuk hari esok, lusa dan seterusnya.

untuk meniti sebuah kejayaan bukanlah mudah.
berangan itu senang tapi nak melaksankannya?

tapi ingatlah dalam kita merancang, Allah jugak merancang. dan perancangan Allah itu jauh lebih hebat dan baik dari rancangan kita.

zyla bangga sebab zyla kenal Setsuna ni dari dia hanyalah seorang insan biasa yang sama seperti zyla yang sedang berusaha gigih untuk masa depan dia dan keluarganya.

susah dahulu sennag kemudian.

sekarang ni sakura dan setsuna sedang "susah". kami mengorbankan apa jua asalkan masa depan kami nanti terjamin. kami menggunakan segala kudrat dan kebolehan yang ada semoga nanti kami akan menghargai kejayaan masa hadapan.

pahit tetap ditelan, luka tetap ditahan, 


ini bukanlah kali pertama zyla bersusah payah hanya untuk satu kejayaan. kejayaan lepas zyla jadikan inspirasi dan sebagai semangat zyla untuk terus berdiri dan melangkah. begitu juga Setsuna. kami saling memberikan apabila salah seorang seakan-akan tumbang dan rapuh.

semoga nanti, pada satu hari yang sangat indah.

zyla diberi peluang untuk melihat kejayaan Setsuna. 
zyla bersama dengannya meraikan hari penuh bangga itu.




zyla tahu hari itu akan tiba. Setsuna, bersabarlah. setiap yang pahit itu akan manis akhirnya. saya akan sentiasa berada disini , In Sha Allah. buat selamanya. 

jangan biarkan hati itu terus rapuh, sayang. 


No comments:

Post a Comment