Wednesday 24 September 2014

Sayonara Jahiliyyah

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Allahuakbar,

selalu kan dengar Sayonara Jahiliyyah?

selamat tinggal kejahilan.

kita ni umat akhir zaman. makin hari tanda kiamat kecil dan besar makin nampak. sikit-sikit maka ianya akan jelas dan nyata dengan keizinan Allah.

Dunia dengan peperangan yang tiada henti. tiada belas kasihan wanita dan kanak-kanak terus menjadi mangsa.

mereka yang muda mudi walaupun ada yang dah lanjut usia masih lalai dan relaks lu bro! kita enjoy dulu.

dan masih banyak jugak mereka yang bersedia untuk memimpin sesiapa sahaja yang mahu bertaubat, berubah dan mengenali Islam. Usrah , Tarbiyyah. sebuah keluarga yang sangat harmoni dan bahagia.

Alhamdulillah zyla sangat bersyukur sebab dulu masa study dah dikenalkan dengan usrah ni.

banyak manfaat yang zyla dapat.

antara manfaatnya:

1. lebih yakin bab berpakaian. dah dapat lawan nafsu nak ikut update and latest fashion terkini. takpe , pakai Jubah pun masih elok lagi. nak ke mana-mana masih sesuai dengan jubah.

2. tetap nak tunaikan solat walau dimana pun berada. yap, bila lambat nak solat tu hati dah rasa serba salah dah. hurm. nak nangis dah. 

3. Rapat dengan A Quran. sekurang-kurangnya zyla akan sentuh jugak Al Quran tu. mudahan menjadi sahabat hingga akhirat.

4. kawal emosi. zyla ni beremosi jugak orangnya. jadi zyla dah tau nak handle. bila marah macam mana, bila merajuk macam mana. huhh.. lap peluh.. tahun ni punya dugaan terlepas jugak amarahnya.

5. lebih nekad. lebih yakin dengan apa yang zyla nak buat.

dan hasil dari manfaat itu kesannya sangat menakjubkan:

1. zyla lebih rajin dan istiqamah nak betulkan bacaan al Quran, terjemahannya dan hadis-hadis Rasulullah.

2. tak taksub sangat macam dulu asyik dengar lagu cinta aje. sekarang zyla lebih suka dengar zikir.

3. nekad nak buat banyak solat sunat, betulkan solat wajib, dan istiqamah dalam mendekatkan diri dengan Allah.

4. ikut sunnah Nabi dari bangun tido smpailah tido semula

5. zyla nak cuba buat.. nak cuba jugak.. bangun tengah malam dan tahajjud.

bila kita dah tinggalkan Jahil tu, biarlah perlahan-lahan jangan laju sangat takut nanti terbabas. slow-slow. biasalah kalau ada jatuh bangun, kan syaitan asyik mengoda. apa yang buat zyla nekad. bila zyla bayangkan mungkinkah esok aku mati? dan setiap perbuatan Allah nampak, dan malaikat maut akan menjenguk kita selang 7 saat saban hari. 

Allah.

mudahan seluruh umat Muslimin dan Muslimat akan terus bertakwa kepadamu

sungguh kami tidak layak untuk syurgaMu,

dan

Kami tidak mampu merasa azab nerekaMu.

dengan itu kurniakanlah keampunan kepadaku,

ampunkanlah dosaku

sesunggguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-Dosa Besar.

Amin






No comments:

Post a Comment