Tuesday 30 September 2014

Main Harga

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Hari ini habis jugak stok bedak sejuk zyla. so untuk mereka yang nak lagi bedak sejuk ni. bila dah ada stok nanti zyla akan umumkan lagi dan nanti akan diberitahu Instagram Bedak Sejuk Zyla ni. ^_^

tadi baru habis isi borang pos laju dan postage akan dilakukan selepas dapat semua payment. terima kasih kepada yang membeli. semoga membantu menyelesaikan masalah korang!

Tadi masa selesai aje deal dengan customer zyla pun scroll lah FB yelah nak tahu perkembangan semasa. tetiba lak zyla jumpa satu post ni dari individu yang jadi dealer untuk satu product ni dan dia minta maaf sebab banyak customer complain pasal harga yang turun naik.

sekarang ni kita dah sedia maklum kan , yang makin banyak produk kecantikan yang keluar semuanya adalah untuk mencantikkan muka, memutihkan dan banyak macam lagi. itu tandanya manusia dah semakin banyak ilmu tentang kecantikkan ini. yelah, bila ada je produk hot keluar semua berpusu-pusu kan?

samalah macam zyla kerja dulu, bila bos bagitau ada certain produk yang dia dah tak ambik sebab bila laku sangat mulalah main harga ni dan kualiti pulak tak seperti masa mula-mula pakai. hurm.

syarikat pengeluar untung besar-besar , para dealer mula lingkup dan pengguna pulak? akan menerima padahnya.

kan sini zyla nak pesan kat korang semua. yang terlalu taksub nak jaga kecantikkan tu. memanglah kita kene jaga kecantikkan dan korang kene jugak hati-hati dalam memilih produk , bukan setakat harga aje jadi masalah tapi kesannya nanti?

mak zyla pun ada cakap barangan sekarang ni semakin kurang kualitinya. harga pulak still macam tu . kesannya teruk pada pengguna. jadi disebabkan zyla sayangkan mereka disekeliling zylalah zyla keluarkan bedak sejuk ni yang zyla buat sendiri.

zyla tak naklah nanti bila makin ramai yang pakai, makin elok wajah mereka zyla pulak yang jadi rambang mata. hurm. kan dosa buat zalim atau menipu orang? apalah nak jawab kat akhirat nanti kan? hurm. tapi bagi manusia yang hanya fikir tentang duit diorang akan lupa tentang perkara ni.

so kalau korang nak pilih produk kecantikkan pilihlah yang sesuai dengan kulit wajah korang. yang berasaskan sumber alam semulajadi, macam Safi, D'Herbs tu. harga pun murah kan? sebab sumber semulajadi ini murah dan tak akan bagi korang kesan yang teruk.

contohnya macam zyla. buat dalam bentuk serbuk. supaya timbangannya sentiasa balance . kadang-kadang memang zyla akan timbang 2,3 kali sampailah zyla puas hati.^_^.


macam bedak sejuk zyla ni,zyla letak dalam bekas ini. mak cakap macam mahal. sebab tulah zyla buat offer "POSTAGE FREE" untuk seluruh Malaysia. samalah macam bedak sejuk mini tu, zyla letak harga untuk pemborong RM1.50, murah tak? murah kan? sebab nanti untung lebih tu untuk para dealer zyla yang merupakan para mahasiswa atau akak-akak yang nak buat side income. 

In Sha Allah, bedak sejuk ni zyla akan kekalkan sampai bila-bila bekalannya. ^_^ . siap ada kakak yang nak berpantang bersalin pun dah order dengan zyla tadi. alhamdulillah. moga dapat bantu ye?

dan kepada sesiapa yang jugak jadi agent kecantikkan tu korang kenelah berhati-hati ye. sebab takut nanti produk tu main harga pengguna yang terima akibat teruk. tapi kalau dah syarikat tu tutup in Sha Allah ada rezeki lain untuk korang. Allahu'alam. apapun kepada mereka yang berniaga apa jua perniagaan anda semoga kita sama-sama berniaga dengan jujur ye. bukan nak duit aje tapi membantu mereka yang perlu. semoga nanti di akhirat Allah memudahkan timbangan kita. 

dan kepada sesiapa yang berminat nak cari side income boleh whatsaap zyla: 013 2832465.
yang berminat nak cuba bedak sejuk pun boleh, RM20.00 , Postage Free. ^_^.


No comments:

Post a Comment