Friday 12 September 2014

aktiviti hari ini!

Assalammualaikum. 

Bismillahirahmanirahim,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


hai korang! buat apa petang ni?? blogwalking jugak? yang kat opis tu mesti dah tak sabar nak balik sebab esok cuti!!!1 yeeaaaa.. budak sekolah pun akan cuti seminggu!!! bestnyaaa.. zyla aje yang memang sentiasa cuti.. haha. saya kan tengah tanam anggur ni.

alhamdulillah setelah angin kus-kus tengah hari tadi dah hilang. yelah, tiba-tiba aje zyla macam.. urm.. terkeluar angin kus-kus. bukan kentut tapi meletup! sekarang emosi dah stabil skit. cumanya sekarang tak sabar nak tunggu setsuna pulak habis meeting dia. banyak benda nak mengadu ni.

dan tak disangka-sangka hari ini cepat pulak zyla isi kekosongan kerja kat satu website ni. muahah. selalunya akan amik masa jugak.. sekurang-kuranganya 2 hari sebab .. sebab zyla akan rasa down skit bila isi bab pengalaman kerja. urmm.

tapi tak apa, dah isi dah lega! so malam ni tak nak online sebab nak membaca buku pulak. haaa.. gitu, taklah 24 jam nak menghadap laptop ni. boleh mengundang sakit! so korang pun janganlah dok berkepit dengan smartphones 24 jam jugak.. nanti masa depan masa tua kita pelik-pelik pulak sakitnya! haaaa.. macamlah zyla tahu apa pulak sakit parah sebab smartphones ni. apapun, enjoy ur holiday k!

No comments:

Post a Comment