Wednesday 31 December 2014

Hari Terakhir 2014

Assalammualaikum

Bismillahirahmannirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



Ya Allah, Jadikanlah Aku Sahabat Yang Disegani Sahabat Sekeliling.

Daripada Abu Hurairah r,a , Nabi saw bersabda yang bermaksud:

" Janganlah kamu berhasad dengki, janganlah kamu menambah harga barang jualan untuk memperdaya orang lain , janganlah kamu saling memarahi , janganlah kamu berpaling  ( daripada saudara kamu untuk memutuskan talian persahabatan ) dan janganlah sebahagian daripada kamu memutuskan pembelian sebahagian yang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara .

-Riwayat Muslim-


hai korang. rasanya ramai dah kat luar nak sambut tahun baru.

sekarang baru 10.26 malam.

^_^.

I just want to make this entry short and nicely to be remember.

alhamdulillah skarang zyla dah dapat kerja tetap. menjawat jawtan sebagai Executive Account kat sebuah syarikat swasta. zyla dapat kerja ni sehari lepas genap setahun zyla grad.

dan bisnes online zyla semakin rancak berjalan.

hati makin tenang dan aman.

ada sebuah penantian selama bertahun ini juga telah terjawab.

biarpun tahun ini kita masing -masing terkejut dengan pelbagai kejadian yang tak terduga.

sekarang kita tetap harus tabah menghadapi banjir, kehilangan pesawat Air Asia dan misteri hilannya MH370 yang kepulangannya masih dinanti.

tarik nafas dan tenang kembali.

keadaan tekanan ekonomi yang sedikit merundum, harga minyak yang naik, kos sara hidup makin tinggi , kita menjadi stress. tertekan.kita lepaskan segala rasa di Facebook.

mari, hari ini kita ubah diri kita.ubah cara kita dan ubah minta kita.

esok umur akan bertambah satu.

zyla akan menjadi remaja 23 tahun.

banyak perkara sudah zyla rancangkan supaya kehidupan ini menjadi lebih baik.


jaga solat

jangan lupa al Quran

Ingat dan lebih sayangkan mak ayah

banyakkan sedekah

bayar hutang

usaha dan jangan putus asa.


apa pulak azam tahun baru korang??

zyla pun harapkan zyla akan selalu update blog ni!!


so semua, selamat tahun baru 2015! semoga menjadi baik dan lebih baik dari sebelumnya.

salam sayang

fathin_fazila

Sunday 28 December 2014

Musibah 2014

Assalammualaikum wbt,

Bismillahhirahmannirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Allah.

minggu ini kita diselubungi kebimbangan apabila banjir yang hampir membuatkan negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan tenggelam. alhamdulillah sekarang bertambah baik walaupun ada nyawa yang terkorban, Bantuan demi bantuan disalurkan, banyak pihak tetap menyertai sukarelawan untuk terus memastikan semua mangsa banjir menerima bekalan makanan keprluan asas dan dalam keadaan selamat.

kami disini, di Sarawak mengharapkan banjir di sana akan surut dan bantuan oleh pihak kerjaan dan juga NGO mampu mengembalikan senyuman dibibir mangsa.

sedih.

pagi ini sekali lagi Malaysia digemparkan oleh kehilangan pesawat AIR Asia indonesia yang telah terputus hubungan.


Mari kita sama-sama terus berdoa.
Doa satu2nya cara untukkita berhubung dan rasa dekat dengan Allah
dan doa jugalah cara kita untuk membantu semua bencana dan musibah ini beransur ansur pulih.

mari kita berdoa. 
Al Fatihah.
moga Allah permudahkan segalanya. 

Friday 14 November 2014

Bila Kita Perlukan Cinta

Assalammualaikum

Bismillahirahmanirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Lokasi : Tempat kelahiran Ayah : Pasir Panjang/Pasir Pandak, Sarawak.

Amboi zyla sejak dah sibuk berniaga online ni lupa terus nak update blog.

senyum.

okeh, tolak tepi kenapa dah lama tak update blog.

tolak tepi dan buang terus alasan yang dah bertahun didengar.. blog dah berhabuk. tapi apa yang zyla perhatikan memang laptop zyla ni yang berhabuk!!

semenjak dua menjak dan bermenjak menjak ni zyla diselubugi persoalan ini.

"Bila Kita Perlukan Cinta "

Zyla akui sebelum ini zyla pernah bercinta. ketika itu zyla masih terlalu muda. belasan tahun, dia pula baru sahaja menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana muda. boleh teka berapa jarak usia kami?

ya zyla kira inilah cinta yang jika boleh zyla mahu kekalkan sehingga ke syurga

amboi,

tetapi telah Allah tuliskan di Loh Mahfuz lagi, dia akan berkahwin pada hari itu dan zyla akan duduki peperiksaan pada pagi itu.

sekian tamatlah sebuah kisah cinta,

zyla tetap teruskan perjalanan kehidupan dan tetap berjuang habis-habisan.

dari pointer zyla jatuh alhamdulillah merasa jugak dekan dan sekarang berkat susah payah itu, zyla hanya bayar hanya berapa ribu untuk pinjaman Mara. Alhamdulillah, syukur. kerana usaha keras itu pda masa hadapan zyla tak dibayangi oleh hutang pelajaran.

^_^.

setelah habis belajar zyla tunaikan hasrat untuk luangkan masa bersama ahli keluarga.

zyla kehilangan nenek tersayang pada 6 Ramadhan 1343H.

itu satu kehilangan yang sangat mendalam buat zyla.

Allah hanya bagi zyla masa 8 jam untuk bersamanya. walaupun sedkit kecewa kerana pada hujung nafas nenek, nenek tidak lagi dapat membuka mata untuk melihat zyla.

syukur kerana , pada bacaan Yassin terakhir yang dibacakan oleh zyla , nenek pergi dengan aman dan sangat mudah,

alhamdulillah zyla mandikan nenek dan hantar sehingga ke liang lahad.

zyla kembali kepada nenek dan atuk yang masih ada disebelah ibu,

ya, mungkin org kita buang masa dan malas nak cari kerja

tapi hari ini sudah terlalu lama zyla tidak menatap wajah mereka dek kerana sibuk.

tarik nafas dan hela nafas .

Bila Kita Perlukan cinta.

semua ni apabila hati kita sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Jika kamu masih seorang pelajar zyla tak galakkan sangat untuk bercinta.

kenapa?

bercinta pada usia masih seorang pelajar banyak sangat risikonya.

hanya sedikit bilangan mereka yang berpasangan boleh fokus dalam pelajaran.

seriusly.

ada yang tercari -cari pakwe/makwe disebabkan rasa hidup ini kosong.
hey awak yang masih lagi seorang pelajar!

belajarlah sehingga kamu benar-benar lelah,

pada hari berakhirnya tugasan kamu sebagai seorang pelajar kamu akan tersenyum puas kerana segala amanah dan tanggungjawab itu sudah pun selesai,

janji pada kedua ibubapa sudah pun terlerai,

bahagiakan kedua ibu bapa dahulu baru Allah hadirkan cinta dan apa sahaja yang kamu perlukan.

memikirkan cinta manusia terlalu lebih dari cinta Allah.

sememangnya akan membuatkan kamu terasa lebih kosong.

sedangkan Alllah SWT yang berikan kamu cinta.

Carilah kejayaan yang memuaskan hati kamu
carilah kbahagian bersama keluarga

hargailah masa muda ini untuk terus bekerja keras demi masa depan.

tak payah cemburu dengan mereka yang sebaya tapi dah berkahwin dan dah bertunang

itulah yang Allah SWT telah tuliskan buat mereka,

bersabarlah sayang, masamu akan tiba.

berdiri dan terus berusaha.

perjalanan kehidupan ini penuh liku yang menyakitkan dari mengembirakan.

jika kamu susah didunia, maka bersabarlah kerana Allah SWT telah simpan kebahagian diakhirat.

Jika kamu senang didunia maka berhati-hatilah dan berjaga-jaga untuk tempuhi setiap persoalan Allah nanti,

kita semua tak jahil.

macam mana nak jahil jika sekarang bangun pagi terus buka Facebook.
secara automatik kita akan dihidangkan dengan status -status rohani yang menyedarkan

tentang??

solat itu wajib,
jangan malas untuk berusaha.
apa yang kita buat didunia akan ditanya diakhirat kelak.

lapangakan dada.
berdoalah.



Friday 10 October 2014

Ampunkan Kami Ya Allah

Assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.



"Wahai Tuhan,
Ku tak layak ke syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU

Ampunkanlah dosaku dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-Dosa besar,

Dosa-Dosaku bagaikan perpasir dipantai,
Dengan rahmatMu ampunkan daku,
oh Tuhanku.

Wahai Tuhan 
selamatkan kami ini
dari segala kejahatan dan kecelakaan 

kami takut 
kami harap kepadaMU,
suburkanlah cinta kami KepadaMU.

Kami lah hamba yang mengharap belas dariMU.


Ya Alah Ya Tuhanku,
Pada hari yang penuh barakah ini Ya Allah,
aku ingin mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga ini atas segala rahmat dan nikmat yang Kau kurniakan pada diriku dan pada segenap alam ini.

Ya Allah Ya Tuhanku,
sampaikanlah salam rinduku pada Baginda Rasulullah SAW.
Selawat Ke Atas Baginda, Keluarganya dan sahabatnya.

Ya Allah Ya Tuhanku.


Ya Allah Ya Tuhanku,
terima kasih Ya Allah,
kerana menghadiahkan aku dua malaikat seperti yang telah Kau janjikan untuk melindungi aku , menyayangi aku, menjaga aku dan mengingatkan aku tentang Kamu Ya Allah. Yang mengajar aku sentiasa berharap kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya Ya Allah Engkaulah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku Ya Allah.
Ampunkanlah dosa mereka,
Kasihinilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak aku kecil Ya Allah.
ampunkanlah mereka,
Kurniakanlah mereka cahaya hidayahMu Ya Allah
Terangilah kehidupan mereka dengan Nur Mu Ya Allah,
dakaplah mereka dalam Kasih SayangMu Ya Allah,


sesungguhnya Kedua ibu bapa ku
telah menjaga amanah yang Engkau berikan dengan sepenuh hati mereka,

Berikanlah mereka kesihatan yang baik Ya Allah,
Panjangkanlah usia mereka Ya Allah,

Serulah mereka ke Tanah SuciMu Ya Allah

Kurniakanlah mereka kebahagiaan Ya Allah
Kurniakanlah mereka kelapangan dada Ya Allah
Kurniakanlah mereka ketenangan Ya Allah

Sesungguhnya Ya Allah,
hanya padaMu aku berharap, hanya padaMu aku berdoa penuh pengharapan ini Ya Allah,
lindungilah kedua ibu bapaku walau dimana mereka berada.
Jauhilah mereka dari hasad dengki manusia Ya Allah

Ya Allah,
Pada hari pengadilan nanti,
permudahkanlah timbangan mereka,
Pada saat mereka meniti titian siratulmustakim Mu, 
Permudahkanlah mereka Ya Allah.

Bukakanlah mana-mana pintu syurga buat kedua ibu bapaku,
dan jadikanlah mereka kekal didalamnya buat selama-lamaya Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku
Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Esa
Yang Mengetahui sesuatu Lagi Maha Adil
Ya Allah,
Ampunkanlah dosa-dosa aku Ya Allah,
ampunilah dosa hambaMu ini,
Jadikanlah aku wanita solehah Ya Allah,
agar aku menjadi yang terbaik buat kedua ibu bapaku,
Ampunilah dosa adik-adikku Ya Allah
jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah buat kedua ibu bapa kami Ya Allah,
Jangan lalaikan hati kami dengan dugaan dan kemewahan dunia Ya Allah,
jadikanlah hati kami, hati yang terus istiqamah dalam menunaikan setiap perintahMu dan menjauhi setiap LaranganMU.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Ampunkanlah dosa saudara maraku, kaum kerabatku Ya Allah
kukuhkanlah ikatan antara kami,
wangikanlah ikatan antara kami,
jadikanlah kami keluarga yang sentiasa mengingati kebaikan antara satu sama lain.

Ya Allah,
Dengan penuh harapan ini ,
aku mohon Ya Allah,
ampunilah dosa guru-guruku,
angkatlah martabat mereka ya Allah,
lipat gandakanlah pahala dan amal kebaikan mereka
berkatilah mereka Ya Allah.

Ya Allah,
ampunilah dosa sahabat-sahabatku Ya Allah,
jadikanlah kami sahabat yang saling mengasihani keranaMu Ya Allah,
kukuhkanlah hati kami Ya Allah,
berikanlah kami kekuatan untuk terus istiqamah dalam mematuhi perintahMu dan Menjauhi LaranganMu,1
yA Allah pertemukanlah aku dan sahabat-sahabat ku disyurga nanti Ya Allah!

Ya Allah Ya Tuhanku,
ampunilah jua dosa jiran-jiranku Ya Allah,
Ampunilah juga dosa seluruh Muslimin dan Muslimat dimuka bumi ini!
sama ada yang hidup ataupun yang telah meninggaldunia.
kuatkanlah hati kami Ya Allah,
agar kami Kuat! agar kami kuat mempertahankan nas-nas Mu Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhanku,
sungguh aku syukuri segala rahmat dan nikmatMu,
Ya Allah, 
janganlah Kau jadikan kami terus lalai dek arus kemodenan ini Ya Allah,
pautkanlah hati kami terus pada agamaMu, Ya Allah,
kurniakanlah kami Nur Hidayah Mu Ya Allah
supaya kami tidak pernah lelah dan kecewa dalam mengejar redhaMu!

Ampunkanlah Kami Ya Allah!
umat Akhir zaman yang sedikit jumlah yang akan memasuki syurga!
sungguh Ya Allah, kami tidak mampu hadapi seksa nerakaMu.
jangan biarkan kami terus lalai dan hanyut dengan godaan ini Ya Allah!

Ampunkalah Kami Ya Allah!
sesungguhnya Kaulah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya dari Engkau kami datang dan kepadaMu jua kami akan kembali.

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhilah kami dari azab neraka.


*keluhan dilepaskan.
pandangan kosong dibuang keluar.

Jika aku terus istiqamah menjadi baik aku berharap inilah jalan lurus yang Allah tunjukkan kepada aku, dan aku akan terus berdoa agar mereka disekeliling aku akan begitu juga, istiqamah untuk terus menjadi baik! tinggalkan jahilliah anda!


-terjemahanhati8.blog-
-october2014-






Thursday 2 October 2014

Nikmat Sihat dan Masa Lapang

assalammualaikum.
Bismillahirahmanirahim







Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Hai Malaysia!

Pagi ini nothing much to do sebab stock bedak sejuk pun dah makin kurang nak kene re-stock. Lepas tu tak ade mood nih sebab my phone was not really functionable. yalah dah tenat dan nazak. huhu.

But here i would like to share something with all of you. perhaps for non-muslim also if you read this, it may be a good reminder for you and i hope all of us will make our life better then yesterday.

Rasulullah SAW bersabda:

"Ada dua kenikmatan, banyak manusia menjadi rugi gara-gara dua kenikmatan., dua kenikmatan itu ialah nikmat kesihatan dan masa lapang". - Hadis Sahih dari Imam Bukhari.

Yes, please do admit yang sekarang ni sejak kewujudan media sosial yang menjadi trend, dengan kemampuan kita semua untuk memiliki gadget seperti smartphones yang kita kerap tukar sebab nak yang latest, melayari internet biarpun mahal setiap bulan tapi anggap dah berbaloi. which is, bila malam tadi subsidi minyak turun kita dah pening dah! dah mula kutuk dan kerajaan. sorry, zyla tak membela mana-mana pihak ok! i just want to make it clear. kita marah dan benggang bila subsidi minyak turun, ini semua terjadi sebab kerajaan anggap taraf hidup kita dah naik. seriusly?

ye ke?? cer check kewangan masing-masing sekarang. hurm.

apa kata kita ubah cara hidup kita yang leka sangat terutamanya banyak sangat mengisi masa lapang dengan melayari internet. kurangkan kos duit dan masa disitu. bagi yang masih muda belia, wake up and look around you! here guys still much thing yang kita boleh buat sebenarnya. apatah lagi yang ada kemudahan kenderaan dan berdekatan dengan tempat riadah, perpustakaan. tak nak jadi negara berilmu seperti JEPUN? respect kan diorang? sebab diorang menggunakan masa lapang dengan sebaik-baiknya . they dont really care about hiburan tapi setiap masa menambah ilmu. sebab tu negara Jepun sangat menghormati dan menghargai ilmu. dan bagi yang selalu tengok drama korea. mesti heroin tu still study dan  buat kerja part time kan? atau riadah? 

jangan sampai one fine day kita rasa dada ni masih terlalu kosong. tak terisi dengan ilmu yang secukupnya. sekarang ni semakin banyak written warrior. urm. yap ustaz /ustazah Fb, pemerhati dan pengulas akademik dan ekonomi. urm.. alangkah eloknya apabila masa terlapang kita isi dengan membaca buku dan berbuat riadah. kan dapat 2 nikmat. ilmu dan kesihatan yang baik. for sure kita akan menjadi sentiasa muda dan banyak yang kita dapat sumbangkan kepada masyarakat sekeliling. 

kesihatan. bila dah sihat kita lalai malas. bila sakit? oh solat pun tak larat! 
masa muda adalah masa yang terbaik sebab kesihatan memang tip top! darah tinggi kecing manis dan sakit jantung pun tak ada. kita nak buat ibadah, nak bina kerjaya dan cari ilmu, nak berkeluarga , rasanya kita akan menikmati rahmat yang besar dari Allah.

ok.. dush~dush~~ dush`~~ tampar diri sendiri.

jadikan kehidupan ini lebih berkualiti pada realiti bukan alam maya oky!


senyum sikit.

mengapa muka ketat?
apakah kau minyak peluk!

tolong tepi sikit!,,`~

Wednesday 1 October 2014

Urus Niaga Yang Diredhai oleh Allah SWT.

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

alhamdulillah, masih lagi bangun tanpa malas-malas! lepas subuh tadi zyla ada baca tentang urus niaga yang diredhai oleh Allah SWT. sebagai perniaga kecil.. amboi.. yelahkn, berniagalah jugak ni. banyak perkara yang kita perlu tahu. tentang barangan yang kita jual, harga beli borong dan harga jual, kualiti dan kuantiti barangan tersebut dan jugak manfaat barangan tersebut kepada masyarakat. so korang para peniaga online terutamanya yang mungkin kebanyakkan kita ini buat niaga sebab nak cari side income kan? tapi ada banyak amalan urus niaga yang telah disyariatkan oleh ISLAM kepada umatNya supaya apa yang kita buat tu diberkati Allah SWT. zyla sangat yakin dan percaya bahawa,jika kita benar-benar jujur walaupun mungkin pernah ditipu anggap itu satu dugaan dan diuji lagi dengan rugi maka bersabarlah..asalkan kita jujur dan tak mengkhianati orang, In Sha Allah, Allah akan redha. 

Dan tips yang zyla nak kongsi ini adalah hasil dari rujukan , 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SWT. :

  • jangan menjual atau membeli sesuatu kecuali dengan akad dan kabul yang sah kerana bertukar tangan di dalam jual beli tanpa akad dan kabul tidak mencukupi, kecuali yang diharuskan oleh sesetengah ulama iaitu pada benda-benda kecil yang tidak bernilai tinggi.
  • Barang-barang yang diperniagakan itu halal dan dan bukan yang diharamkan oleh syarak seperti arak sekalipun yang akan membelinya adalah bukan Islam .Ini kerana laknat dalam perkara arak ini termasuklah tukang perah, tukang pembawa ke mana arak itu dihantar, tukang petik ( buah untuk dijadikan arak),penjual , penerima hasil jualan dan sesiapa sahaja yan terlibat dalam perkara arak ini.
  • Tidak Berjual beli dengan riba kerana riba itu adalah dosa besar dan bahaya yang berat.
  • Tidak menipu , mengkhianati pembeli atau memutar belitkan dan mengelirukan orang,
  • Usah menyorokkan barang-barang dagangan untuk dijual dengan niat menaikkan harga barangan itu apabila bekalan berkurangan sedangkan pembeli amat memerlukan ketika itu.
  • Barangan yanh dijual dalam keadaan yang sempurna termasuklah perilaku penjualnya yang boleh berlebih kurang. Tidak lokek dan terlampau berkira kerana sikap pemurah dan baik itu akan menambah berkat.
  • Hendaklah peniaga itu sentiasa menamankan perasaan ingin untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dengan cara mengeluarkan zakat harta peniagaannya.
  • Dalam menjalankan perniagaan , usah sampai melupakan atau melalaikan kewajipan agama seperti bersolat , menunaikan haji, berbuat baik kepada kedua ibu bapa , menghubungkan silaturrahim, berlaku ihsan terhadap sesama manusia serta menunaikan hak saudara dalam ISLAM dan hak jiran.

Rasulullah SAW Bersabda:

"Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan berdosa melainkan bagi orang yang bertakwa kepada Allah , membuat kebajikan dan bercakap benar"

Hadis oleh, Tirmizi, Ibnu Majah , Ibnu Hibba, dan al -Hakim.

Mencari rezeki adalah niat dengan nak membantu mereka yang lain. jangan risau sebab rezeki itu akan ada untuk mereka yang berusaha. zyla pun dah alami dah. rezeki tak datang bergolek. usahalah dan doalah. in Sha Allah. banyak ke sikit itulah yang secukupnya bagi kita. dan janganlah berhasad dengki sesama kita  , sebab nanti ini semua kita nak kene jawab dengan Allah SWT hari akhirat nanti. 



Tuesday 30 September 2014

Re-Stock Bedak Sejuk

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alamak!! tepuk dahi hari ni sebab stok bedak sejuk zyla dah habis. order untuk personal , RM20.00 dan RM1.50 untuk dealer. semua diorang sapu habis. tak ada apa pun tinggal untuk orang. alhamdulillah syukur pada Ilahi sebab bagi rezeki ini. 

kali ini zyla berkongsi dengan korang disebalik tabir pembuatan bedak sejuk ni. tapi berperingkat lah. dan manalah tahu korang boleh ambik tips penjagaan muka yang bermanfaat untuk wajah korang.

mula-mula yang zyla buat ialah RENDAM BERAS.


beras apa?? haaa..rahsia. beras ni direndam 2 hari.. tapi airnya kene tukar 5 jam setiap masa demi menjaga kualiti. kalau dibiar aje , nanti bercampur dengan habuk, berbau dan dah jadi bedak sejuk nanti, kulit muka korang jugak yang gatal-gatal. so bagi customer zyla, korang tak ada gatal-gatal kan? kalau gatal sebab muka berjerawat memang ya. tapi lepas tu dah tak ada kan?

sebelum rendam nak kene basuh betul-betul. tapi basuh tu taklah kerap sangat sebab ada yang nasihat kat zyla, beras ni memang ada khasiatnya  sendiri sebab tu jangan basuh kerap sangat takut nanti hilang khasiat dia. haa~~ demi customer zyla, zyla akan kekalkan khasiat beras ni untuk korang!


masa rendam , cukup masa zyla akan tuskan. tus kasi kering sikit. lepas tu rendam lagi dalam air sampailah lembut dan lembik.. kenapa nak rendam lama macam tu?? sebab zyla buat ni dengan cara tradisional kotttt... tumbuk dengan lesung batu! haa. penat tu memang lah tapi mula-mula dulu. sekarang dah seronok dah. 

so, yang syoknya air beras ni sangat sesuai untuk cuci muka. boleh segarkan muka. ^_^. bagi zyla, zyla sangat mementingkan kesegaran wajah. dan please sayangkan wajah anda ok! walaupun kita ni zaman moden tak semestinya produk kecantikkan pun nak kene moden jugak. biasalah sekrang ni banyak sangat bahan kimia. hmm.. 

bagi kakak, ibu, para abang ke yang baca entri zyla ni. manalah tahu korang ada adik-adik lelaki ke perempuan yang tengah baligh dan dilanda masalah jerawat sebab peningkatan hormon tu, korang boleh suruh diorang try pakai bedak sejuk homemade zyla ni. mudahakan cegah dari awal masalah jerawat tu .nanti dah usia jejak 20-an kulit muka diorang akan kekal sihat. ^_^.

kalau yang baru jumpa blog zyla ni dan nak tahu lebih lanjut bolehlah click sini >Tentang Bedak Sejuk Zyla

dan

jikalau korang berminat nak buat side income dengan menjual bedak sejuk ni pun boleh ke sini >Side Income bersama zyla


atau korang sangat malas nak baca entri sebab dah malam , tapi nak bertanya tentang bedak sejuk ni dan berminat boleh direct whatsapp zyla : 013 2832465. 

dan inilah produk zyla sendiri yang zyla buat sendiri dan usahakan sendiri.

In sha Allah bagi yang alamai masalah jerawat, kulit berminya, permukaan kulit kasar dan nakkan wajah berseri zyla akan bantu dengan bedak sejuk ini. In Sha Allah. 


Main Harga

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Hari ini habis jugak stok bedak sejuk zyla. so untuk mereka yang nak lagi bedak sejuk ni. bila dah ada stok nanti zyla akan umumkan lagi dan nanti akan diberitahu Instagram Bedak Sejuk Zyla ni. ^_^

tadi baru habis isi borang pos laju dan postage akan dilakukan selepas dapat semua payment. terima kasih kepada yang membeli. semoga membantu menyelesaikan masalah korang!

Tadi masa selesai aje deal dengan customer zyla pun scroll lah FB yelah nak tahu perkembangan semasa. tetiba lak zyla jumpa satu post ni dari individu yang jadi dealer untuk satu product ni dan dia minta maaf sebab banyak customer complain pasal harga yang turun naik.

sekarang ni kita dah sedia maklum kan , yang makin banyak produk kecantikan yang keluar semuanya adalah untuk mencantikkan muka, memutihkan dan banyak macam lagi. itu tandanya manusia dah semakin banyak ilmu tentang kecantikkan ini. yelah, bila ada je produk hot keluar semua berpusu-pusu kan?

samalah macam zyla kerja dulu, bila bos bagitau ada certain produk yang dia dah tak ambik sebab bila laku sangat mulalah main harga ni dan kualiti pulak tak seperti masa mula-mula pakai. hurm.

syarikat pengeluar untung besar-besar , para dealer mula lingkup dan pengguna pulak? akan menerima padahnya.

kan sini zyla nak pesan kat korang semua. yang terlalu taksub nak jaga kecantikkan tu. memanglah kita kene jaga kecantikkan dan korang kene jugak hati-hati dalam memilih produk , bukan setakat harga aje jadi masalah tapi kesannya nanti?

mak zyla pun ada cakap barangan sekarang ni semakin kurang kualitinya. harga pulak still macam tu . kesannya teruk pada pengguna. jadi disebabkan zyla sayangkan mereka disekeliling zylalah zyla keluarkan bedak sejuk ni yang zyla buat sendiri.

zyla tak naklah nanti bila makin ramai yang pakai, makin elok wajah mereka zyla pulak yang jadi rambang mata. hurm. kan dosa buat zalim atau menipu orang? apalah nak jawab kat akhirat nanti kan? hurm. tapi bagi manusia yang hanya fikir tentang duit diorang akan lupa tentang perkara ni.

so kalau korang nak pilih produk kecantikkan pilihlah yang sesuai dengan kulit wajah korang. yang berasaskan sumber alam semulajadi, macam Safi, D'Herbs tu. harga pun murah kan? sebab sumber semulajadi ini murah dan tak akan bagi korang kesan yang teruk.

contohnya macam zyla. buat dalam bentuk serbuk. supaya timbangannya sentiasa balance . kadang-kadang memang zyla akan timbang 2,3 kali sampailah zyla puas hati.^_^.


macam bedak sejuk zyla ni,zyla letak dalam bekas ini. mak cakap macam mahal. sebab tulah zyla buat offer "POSTAGE FREE" untuk seluruh Malaysia. samalah macam bedak sejuk mini tu, zyla letak harga untuk pemborong RM1.50, murah tak? murah kan? sebab nanti untung lebih tu untuk para dealer zyla yang merupakan para mahasiswa atau akak-akak yang nak buat side income. 

In Sha Allah, bedak sejuk ni zyla akan kekalkan sampai bila-bila bekalannya. ^_^ . siap ada kakak yang nak berpantang bersalin pun dah order dengan zyla tadi. alhamdulillah. moga dapat bantu ye?

dan kepada sesiapa yang jugak jadi agent kecantikkan tu korang kenelah berhati-hati ye. sebab takut nanti produk tu main harga pengguna yang terima akibat teruk. tapi kalau dah syarikat tu tutup in Sha Allah ada rezeki lain untuk korang. Allahu'alam. apapun kepada mereka yang berniaga apa jua perniagaan anda semoga kita sama-sama berniaga dengan jujur ye. bukan nak duit aje tapi membantu mereka yang perlu. semoga nanti di akhirat Allah memudahkan timbangan kita. 

dan kepada sesiapa yang berminat nak cari side income boleh whatsaap zyla: 013 2832465.
yang berminat nak cuba bedak sejuk pun boleh, RM20.00 , Postage Free. ^_^.


Monday 29 September 2014

AT LEAST! I TRY TO HELP!

Assalammualaikum. 
Bismillahirahmanirahim





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

waduh dah pukul 12 pun zyla tak zZZZzzz lagi. adik zyla pun still lekat dengan Dota2 dia. 

tadi baru zyla nak plan untuk off Facebook, email dan sebagainya, tetiba kawan zyla tanya berkaitan dengan post zyla tentang jerawat. ada gak response. alhamdulillah.

dia ni sahabat baru aje grad course Farmasi kat UNIKL. so TAHNIAH SAHABAT!! akhirnya saat ini kejayaan ini milik kita jugak. zyla dan kawan ni kenal masa sama-sama pernah buat part time kat WATSON PERSONAL CARE TIMES SQUARE dulu.. memang kenangan manislah~~

Dia tanya apa solution zyla boleh tolong dia untuk atasi masalah jerawat ni? jadi zyla pun terus bagi link blog kat dia. nak bebel panjang berjela tengah malam macam ni kang mengigau pulak dia tidur nanti. haha. tak de gurau aje.

Alhamdulillah dia nak try.. dan sesuatu yang zyla rasa dengan bedak sejuk ni ialah, at least zyla dapat bantu sahabat terutamanya yang memang semua sahabat kalau boleh zyla nak bantu , memang tercapai! seriusly. perasaan ini terdorong mungkin sebab zyla sentiasa menjadi tempat rujukan para sahabat apabila mereka dilanda.. hurm ... masalah hati yang kronik.. masa tu lah diorang akan mencari PAKAR KAUNSELING TAK BAYAR CUKAI ni hahaha.. 

dan zyla pun dapat sekali perkongsian ilmu dengan dia tadi . kalau perkara berkaitan dengan kesihatan ni mesti budak Farmasi lebih tahu kan? so dia cakap dia setuju dengan rumusan beras ni sebab beras boleh bantu melambatkan tempoh penuaan kulit.  sila senyum lebar-lebar sekarang bagi yang tengah try zyla punya bedak sejuk!! tahniah untuk anda sebab percaya dengan zyla. In Sha Allah jerawat, muka berminyak dan apa lagi masalah tu tak akan ada dah! asalkan istiqamah dan ... sabar..

seperti entri yang lepas-lepas pun zyla ada sentuh pasal produk moden SK11 yang jugak sebenarnya menggunakan rumusan beras ni.. yang bezanya SK11 ni cara moden dan sangat mahal. beratus kot.. bukan semua mampu dan tak sesuai sangat untuk belia remaja lagi meletop macam kita ni, takkan dari umur 13 tahun nak pakai SK 11. memang kopaklah mak ayah.. 

bedak sejuk zyla ni sesuai sangat untuk yang berusia antara 13-30 tahun. sebba apa sebab masa tu apa jua masalah jerawat korang, in sha Allah produk bedak sejuk zyla ni akan boleh bantu. angguk kepala bila membaca ye.!!

haaa~~ lega dah luahkan isi hati tengah malam buta ni. just untuk korang tahu aje. kepada yang bakal mencuba dan tengah mencuba dan ingin mencuba zyla harap sangat usaha kecil zyla ni untuk bantu korang dalam atasi muka berjerawat akan berhasil ye! amin. kalau kulit wajah korang dah kembali cantik zyla pun sangat tumpang gembira .. ^_^>

at least! i try to help!
yeap. inilah salah satu usaha zyla. ada jua kebaikan dari segi amalan dan ilmu yang kita ada , yang sangat bermanfaat dan dapat bantu orang lain tak salah kita sebarkan . kalaupun tak dapat untung besar at least kita dah menabur saham kat akhirat. ^_^. 

dan satu lagi cara zyla nak membantu sesiapa yang nak side income sila click >Side Income Bersama Zyla.. caakkk.. hanya untuk mahasiswa je zyla. oklah2.. zyla buka untuk mereka yang bekerja. nak jual kat office kat jiran tetangga. pun boleh. tapi korang jual RM5.00 aje tau... untung besar dah zyla bagi tu, satu untung money , satu lagi korang dah bantu mereka yang ada masalah wajah ni. ^_^. yang tu korang claim masa kat akhirat. sweet tak?? 






Sunday 28 September 2014

Atasi Masalah Jerawat dengan Petua Zyla ^^

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Siapa kat sini yang ada masalah dengan EN. JERAWAT?

anda boleh ke balai zyla sekarang untuk buat laporan dan zyla akan bagi anda sesuatu untuk nyahkan En Jerawat itu untuk ganggu korang secara berterusan. Senjata yang zyla bagi itu adalah untuk merawat jerawat, menghilangkan parut jerawat dan akan membersihkan kulit. sebab dulu zyla memang teruk kene serang dengan EN JERAWAT ni, tapi alhamdulillah dengan formula beras, sungguh awesome! En Jerawat dah tak berani nak serang wajah zyla. kecuali apabila zyla tak kerap guna "SENJATA tu".

TAPI sebelum tu sekali lagi zyla nak ulang. kalau sesiapa yang ada RESDUNG, haaaa~~ resdung nilah punca jerawat yang sangat teruk tu! kesian korang sebab resdung mesti tak selesa kan? selalu rasa tak sihat kan? so untuk itu zyla sarankan korang dapatkan rawatan BEKAM LINTAH! tak yah nak telan ubat banyak sangat bukannya cepat baik pun.

mana zyla tahu semua ni? betul ke apa zyla cakap ni??? yee. sebab sebelum ni zyla ni pernah kerja kat satu health & beauty centre. kalau korang yang duduk area SARAWAK. sila-sila tengok kat side bar ada no WhatsApp zyla., boleh whatsAPP dan zyla akan bagitau kat mana bekam lintah terbaik Punya~~~ CAYALAH...

Apa Punca Jerawat?

1. Sebab resdung lah.

2. Hormon. selalunya untuk anak dara yang baru baligh.

3. sebab tak cukup tidur!

4. Stress

5. makanan yang tak dikawal. ni untuk yang makan main sumbat aje.

6. muka berminyak

7.  terkene matahari pada tempoh yang agak lama.

okeh! apakah SENJATA yang zyla nak bagi korang tuh?


Bedak sejuk zyla ! homemade mari!!! zyla buat sendiri dan bahannya 80% adalah daripada beras. memang tak rugilah kalau korang beli dan amalkan! 


Nampak kelainan tak senjata ini?

nak tahu lebih lanjut boleh clik sini  Tentang Bedak Sejuk Zyla

korang akan lebih jelas bila dah click kat entri tu . dan kat sini zyla nak tambah sikit nasihat, pandangan dan pengalaman zyla.

zyla diserang jerawat masa umur 16 tahun. maaf ye tak ade gambar. masa tu manalah terfikir nak ambk gambar. muaha. malu kot. sangat~~ malu nak cakap. teruk. sebab jerawat tu jenis yang besar-besar dan parut dia hitam-hitam. lama pulak tu. 

disebabkan hal itu mak ayah zyla pun buatlah bedak sejuk ni. zyla pakai pagi petang siang malam! punyalah susah nak buang jerawat sebenarnya. waktu tu rasa sangatlah hodoh diri ini. huhuhu.

seminggu zyla mula-mula pakai , adalah gatal sikit, tapi jerawat tumbuh lagi! eyh! so zyla tak putus asa sebab mak cakap dalam bedak sejuk tu kan mengandungi:

* beras

* rempah warisan nenek

* kunyit hidup

3 bahan utama ni fungsinya adalah untuk membersihkan kotoran dimuka. sebab muka kita kotorlah jerawat tu tumbuh!sebab kita tak jaga betul-betul kebersihan pun sama. sebab kita cuai tak selalu pastikan tangan dicuci dengan bersih, kuku malas nak potong tapi dok belai-belai muka, mahunya kotoran tak di Bluetooth kat situ??

lepas tu bila jerawat dah tumbuh, zyla  picit sampai puas! muaha. biarlah sakit pun. lepas tu zyla tepek laa bedak sejuk ni. setiap hari dan masa. pastikan ! korang basuh muka sebelum letak bedak sejuk, tunggu lama sikit kasi kering baru basuh, dan lap muka dengan tuala yang bersih. jangan lap guna tuala mandi korang tu tuala yang baru , ok!

lepas aje jerawat dah mula mengecil dan tak ada lagi sekutunya tumbuh. masa tu pun ada pantang:

* jangan tidur lewat

* banyakkan minum air suam

* jangan sakan sangat pakai mekap

* kurangkan makanan berminyak

zyla ambik masa 2 tahun untuk kekalkan kulit muka yang sangat ... nak cakap macam mana ye?? hurm. zyla rasa zyla sangat berpuas hatilah dengan hasilnya sekarang! kulit yang sangat halus, licin dan bersih. jerawat? tumbuh bila nak haid aje. masa lain memang dia tak buat hal!

habis aje jerawat tu dah tak tumbuh, maka tinggallah bekas- bekasnya. hurm.

itulah fungsi kunyit!

pernah tak dngar orang tua cakap air kunyit ini elok untuk luka dalaman? yeah! betul. bukan dalam aje tapi baik jugak untuk luaran. yakini bekas jerawat nilah.

korang kene sangat bersabar dan hasilnya memang TIP TOP!!

yes, salah satu zyla buat niaga bedak sejuk ni sebab dia banyak bagi manfaat dekat orang lain.

zyla bukan kejar duit aje.

sebelum zyla promote bedak sejuk ni di online , zyla memang dah lama buat offline. alhamdulillah. berbaloi. banyak yang ada masalah jerawat puas hati dengan hasilnya. baguslah ye.

zyla sarankan kepada budak-budak sekolah yang baru baligh. 

juga kepada mereka yang rasa kulit wajah tu macam sensitive dengan kebanyakkan produk kecantikan.

yang ni memang dijamin tak akan jejaskan atau bagi effect kat muka korang.

bahannya tak banyak, tapi kualitinya sangat awesome.

SK-2 pun sebenarnya dari beras. apatah lagi bedak sejuk ni. disebabkan stok masih banyak so zyla tak buat pun disebalik macam mana zyla buat bedak sejuk ni secara homemade. In Sha Allah nanti dah habis zyla akan update dan terangkan kat korang macam mana zyla buat bedak sejuk ni. 

berminat? yes. boleh Whatsapp zyla : 013 2832465

berminat nak berniaga jugak?? kalau untuk korang nak buat side income kat IPTA/IPTA ke, Office ke , mana-mana ke  boleh jugak rugi sini apa yang zyla offer > Side Income bersama zyla


kalau yang masih ragu-ragu, Bedak Sejuk ni memang zyla buat sendiri! 

maksudnya produk tempatan.

Harga : rm 20.00 
POSTAGE KE SELURUH TANAH AIR : FREE. 







Review Novelis Blog!! "Saying I Love You!

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim.








Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

hai korang!

siapa kat sini yang suka baca novel online?? angkat tangan dan sengih cepat!!!!

seperti yang kita semua tahu sekarang ni bidang penulisan novel memang sangat memberangsangkan . Alhamdulillah sebagai ulat buku dan jugak ketua perpustakaan rumah zyla ni, zyla sangat awesome bila tengok ramai penulis buku lahir. tak kisahlah apapun jenis buku asalkan buku.

so sekarang ni zyla nak ajak korang untuk sama-sama review dan terjah blog novelis yang sangat awesome ni! manalah tahu ada kat sini yang suka menulis tapi tak confident dan korang boleh jugak berinteraksi / berhubung dengan IQA ANNALIA ini secara persnal untuk kongsi tips dan pengalaman , mana tahu kan! 

Novel yang sedang diusahakan oleh Iqa Annalia ini semestinya tentang Cinta. OF COURSE!

Dah lama gak dia ni menulis.. dah panjang berderet dah bab! dan penulis akan update bab baru setiap hari Jumaat! waaaahh.. tengok betapa dia bagi committed dengan apa yang dia usahakan. kita?? errrr... jarakkan sikit diri dari laptop.. urmm.. tahu dah. 

dan good newsnya novel ni dah disiarkan kat PENULISAN2U!! oh memang superb! penulisan2u nak approve suatu novel memang makan masa kot.. so Tahniah untuk penulis. manalah tahu esok-esok publish dan setahun kemudian akan disiarkan kat TV.. tak bangga korang. "eyh, novel ni best, jadi drama ni mesti lagi syokk ni".. yalah kita berkata bergitu saat orang lain mungkin akan komen oh novel ni biasa-biasa aje. feel manusia kan berbeza-beza. ??

tapi minggu lepas si penulis dah pun update e-novel ni dengan ada sedikit perubahan dan alhamdulillah memang dapat response yang sangat baik. ^_^.

nak tahu sipnopsis dia.. Sipnopsis "Saying I LOVE YOU"

Jangan risau, saat korang baca blog tu, memang tak akan bosan lah! dan korang akan lebih menghayati novel "SAYING I LOVE YOU " ni sebab akan ditemankan lagu Untuk Kamu, . hah! memang feel habis lah..tangkap leleh kot... errkk.. ok2 itu melebih aje. ^_^.

zyla tak nak nak bebel panjang.. penat aje nanti korang layan bebelan zyla. so jum terjah blog novelis baru ni !!!!!! Link?? laaa.. kat banner yang zyla share kat atas tu. harap korang akan seronok membaca e-novel "Saying I Love You" ni. jangan lupa tinggalkan komen kat blog dia dan anda pun akan puas hati. 

nak tahu tak apa hubungan zyla dan penulis??

kami ialah excalssmate, schoolmate dan belajar add math sama-sama. hahaha!! merapu aje,

so untuk my lovely friend Iqa Annalia,

here my review for you.

keep a good hard work for this manuskrip oky!

in Sha Allah , May Allah bless you .

Saying I Love You, not just a word but you bring people how to saying that word!!

Respect and salute for you,

Love,
Fathin Fazila.

^_^



Saturday 27 September 2014

Jom Kenal Sahabat Blogger 3

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim


Awas! ini bukan segmen.. haha. ini adalah perkongsian dari zyla. kiranya  bukti yang zyla dah buat blogwalking dan jugak zyla nak tahu betapa RAMAInya para blogger kat Malaysia. dari yang sekolah sampailah yang kerja dan pencen.. haa~~

Jom ikut zyla.. 


46. HAKUOUKI (otaku)

47. DianeeyA














oh yeah!!! done dan cukuplah untuk hari ni sebab zyla nak selesaikan tugasan yang ayah bagi. kang kene bebel.

tapi sangat awesome baca blog hari ini. semua entri buat zyla nak gelak aje! bagi yang masih dalam cabaran 30 hari tu good luck ye! dari zyla ikut Naliena hampir semua blog zyla tengok jejak dia.. so far memang cool kot blog dia.. ohh~~ awesome . sama macam Colors and Promises

kesimpulan hari ini ialah mula-mula zyla tengok anime, kemudian zyla dapat info tentang UPSR bocor, kemudian pasal drama baru nak keluar kat Tv3, lepas tu tetiba zyla kenyang makan ketam.. dan kenyang lak tetiba jadi rushing.. hahaha~~~ apa zyla bebel ni?? kalau nak tahu korang leh blogwalking kat blog-blog yang zyla tag ni. muahaha

P/S: sesiapa sini Mahasiswa?? nak side Income? click sni>Side Income Untuk Mahasiswa


Telur Ayam

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Korang buat apa tu? baru balik dari pasar? dah tengah hari ni . kejap lagi nak zuhur. 
mak zyla pun tengah masak menu terakhir  untuk lunch hari ini. sekarang masak nak kene banyak sebab zyla dah makin kuat makan. dan satu lagi!! zyla dah pandai makan sayur. baru sekarang zyla rasa sayur tu sedap gilerrr!

muahaha.. dan sebenarnya Allah dah makbulkan doa mereka yang menyayangi zyla supaya zyla ni terbukalah selera nak makan sayur. haha.

tadi zyla ke dapur. nak jenguk apa lagi mak buat macam tak habis kerja dia kat dapur tu. so zyla pun skodenglah lauk.. ada ikan, ada sayur, ada sambal ikan bilis versi mak..

dan.. mak zyla warning:

"ikan ada ni jangan nak goreng telur!".


muahaha. lepas tu zyla cepat-cepat lari ke ruang tamu balik menghadap PC ni. punyalah mak tahu apa yang bermain kat minda zyla sekarang.

zyla memang suka makan telur ayam dan ayam! 

dan zyla jugak suka nak kacau ayam dan anak-anaknya yang suka nooo buat rombongan membuat lawatan sekeliling kampung! sebab tulah kot nenek zyla tak ada bela ayam lagi, habis ayam dia zyla buat onar. muahaha. 

dan rasanya ayam pun kalau tengok zyla memang benggang! 

sifat ni zyla memang warisi dari ayah.

kalau ayam tu nak "bikin" telur memang tak jalan lah kalau zyla ada.

ish..ish.. nanti kat akhirat entah apa ayam tu mengadu kat Allah.

Telur ayam ni kalau makan sekali dengan sayur memang syooookkkk~~~~ tapi tak leh campur dengan daging dan ikan.. sunnah nabi. 

kiranya.. kalau nak makan zyla mesti goreng telur! lepas tu mak bebel lagi:

"punya banyak lauk, along goreng telur jugak!"

tulah pasai zyla kalau nak makan lagi , boleh goreng telur sedapp! masa mak zzzzz~~~ hahahahahahaha! dah. jangan nak p report dgn mak zyla pulak.

tapi! zyla rindu lah nak makan roti canai, dal dan ayam goreng! pergh... sedap giler. 

itu Atikah yang ajar. rindulah keramat. 

lepas tu lagi.. telur ni paling sedap makan bila tengah malam dengan nasi kosong dan kicap.

kalau korang rajin korang boleh buat nasi goreng, nasi+ telur+ ayam+ kiub ayam+ kicap manis.. memang supperrrbbbbb lah! 

ok~~ jangan salahkan zyla kalau lepas ni korang goreng telur. hahaha.

waktu dah masuk ni.




Side Income Para Mahasiswa & Mereka yang Bekerja!

Assalammualaikum
Bismillahirahmannirahim



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Selamat bercuti Malaysia!

Alhamdulillah , perniagaan bedak sejuk zyla semakin baik. Disebabkan sekarang ni ada sahabat yang berminat untuk menjadi agen bedak sejuk homemade zyla, zyla dah pun sediakan package untuk student! manalah tahu kan, ada sesiapa kat sini yang berminat nak cari side income kat asrama tu.

baiklah, zyla akan terangkan harga beli dari zyla, bekasnya dan harga jual untuk korang. untuk IPTA diseluruh Malaysia ialah RM5.00

Penambahan baru kat sini, bagi kakak/abang yang mungkin nak try jugak jual bedak sejuk zyla ni sebagai side income kat office dan kawasan yang terdekat boleh saja hubungi zyla jugak k! jangan malu jangan segan.. dan sekarang dah tak limited untuk mahasiswa IPT sahaja.!



Untuk jualan di IPTA/IPTS yakini korang memang akan jual dekat hostle dan kolej. so zyla pun letak dalam bekas kecil ni. 

Harga beli 1 bekas kecil dari zyla : RM 1.50 
                   
                 20 bekas kecil              : RM 1.50 X 20 
                                                      :RM30.00

               + Postage                       : RM 10.00 

** OFFER : UNTUK POSTAGE YANG PERTAMA ADALAH FREE!

Harga jual agen di IPTA :

1 bekas kecil : RM 5.00

20 Bekas Kecil : RM 5.00 X 20

                         : RM 100.00

woowww!!! kalau dadih korang jual 20 bekas kecil tu baru dapat RM 20.00 tapi kalau jual bedak sejuk zyla?? dah dapat RM 100.00! dan untung bersih korang tolak modal ialah RM 70 untuk kali pertama . kali kedua pulak dikenakan bayaran POSTAGE YE, RM 10.00 aje. dan untung masih mantop iaitu RM60.00!!! mashyuukkkkkk!!!!

okeh,. mesti korang nak tahu kan apa keistimewaan bedak sejuk zyla yang tiada bandingan ni?? haha~perasan. tapi zyla boleh JAMIN ( sila pandang laptop dengan sedikit kemusykilan ) tetapi zyla memang sangat YAKIN bahawa bedak sejuk ni akan banyak membantu para student yang banyak masalah JERAWAT DAN LAIN-LAIN HAL TENTANG KULIT MUKA!!!

untuk tahu lebih lanjut tentang bedak sejuk zyla sila click>> tentang bedak sejuk zyla


SIAPA TARGET CUSTOMER KORANG???

alah, siapa lagi kalau bukan mereka yang ada masalah wajah!

*jerawat teruk yang bernanah, kecil-kecil tu, jerawat yang tinggalkan bekas hitam-hitam

* kulit muka berminyak

*kulit tak berseri 

*permukaan wajah rasa kasar-kasar

dan KELEBIHAN bedak sejuk ni akan membantu untuk hapuskan segala masalah tu! 

ya semua masalah itu akan hilang dengan harga RM5.00 sahaja! lepas tu tak pakai pencuci muka pun tak apa!

ni semua zyla buat sebab alhamdulillah orang disekeliling termasuk family zyla yang dah guna bedak sejuk ni memang hasilnya terbaik. dah tak ada jerawat batu gunung berapi tu dah.. dan makin berseri-seri bak orang angau !

selamat berurusan ye??

nak contact zyla. silakan : whatsaap : 013 2832465

kalau nak FB sila LIKE PAGE TERJEMAHAN HATI ye, ada kat side bar blog ni!

In sha Allah kebaikan dan rezeki kita kongsi sama-sama ye. ^__^ selamat bercuti semua!