Saturday 13 September 2014

Bedak Sejuk Homemade By Zyla

Assalammualaikum 

Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



alhamdulillah dah selesai apa yang sepatutnya, proceed untuk aktiviti seterusnya... apa dia??? menerangkan tentang bedak sejuk homemade zyla.. alhamdulillah walaupun ini adalah permulaan tapi jika tidak bermula hari ini manalah nak tahu apa hasilnya esok hari betul? tanpa melengahkan masa zyla nak terangkan sekali lagi.

Tentang Bedak Sejuk Homemade by Zyla.

Bedak Sejuk ni zyla buat sendiri. tak ada guna mesin tapi memang tradisional. sebab tulah hasilnya baik. alhamdulillah. ditambah lagi niat nak bantu orang pulihkan semula cell muka ke tahap remaja!! phewww... ayat bodek pulak.. 80% bahan yang zyla gunakan ialah BERAS. seterusnya rempah yang sesuai digunakan untuk wajah. kemudian ada campuran kunyit yang berperanan untuk menyerikan wajah. ini nenek zyla punya resipi. sebab nenek zyla ni dulu buat rempah ratus dan bedak sejuk untuk ibu bersalin. tapi kali ini zyla ubah , tambah tolak sikit formula tu supaya kulit mereka yang sensitive boleh pakai tanpa was-was. ^___^.


Biasa korang tengok bedak sejuk tu bentuk bulat-bulat kan? zyla tak buat bulat-bulat tapi zyla buat jenis serbuk. nape?? sebab bedak sejuk ni, tak terhad digunakan untuk muka sahaja, tetapi juga kat tangan kaki semua boleh!!! so korang boleh buat mask kat tangan, lengan , kaki, dengan bedak sejuk ni.


kali ini zyla akan share macam mana zyla pulak yang gunakan bedak sejuk ni.. jum..


Langkah pertama: disebabkan bentuk muka zyla ni bulat dan kecik. so ambik sedikit bedak sejuk ni dan letak dalam piring comel. 


Langkah Kedua: campurkan dengan air?? air , yap air biasa. tapi seboleh-bolehnya gunakan air suam. sebab air suam ni lebih baik dari air paip tu. campurkan dengan serbuk bedak sejuk. terpulang korang nak cair atau pekat. kalau cair dia lambat sikit nak kering, kalau pekat cepat bedak sejuk ni nak kering. yang zyla buat ni jenis yang sederhana. 


Langkah Ketiga : bersihkan wajah anda. bersihkan juga jari jemari anda oky! kalau kuku panjang tu tolong potong sebab kuman ada kat situ. dulu zyla pernah attend kursus kecantikan produk Mary Care, diorang yang bagi tips ni. dan lap muka pun dengan tuala muka yang baru, biarkan muka dalam keadaan sedikit lembam.


Langkah keempat : apa lagi tepekakn lah bedak sejuk tu kat muka.. ratakan diseluruh wajah. 


haaaa.. macam gini. bila macam nilah rupanya pakai bedak sejuk memang budak-budak akan cakap.."hannnttuuuu"... hantu hang.. ni lah rahsia nak jaga wajah untuk kekal remaja.. dan biarkanlah kering.. bedak sejuk zyla ni nak kering tak ambik masa. kalau korang baring santai aje kat bawah kipas atau dalam aircond memang cepat kering. jangan risau, bau rempah memang ada tapi tak kuat. bagi yang ada masalah jerawat tu, haa, kalau jerawat korang tengah dalam fasa mengeluarkan nanah, memang korang akan rasa sakit dan gatal sikit sebebnya rempah ratus tu sedang bekerja keras untuk memusnahkan kekotoran jerawat korang.. dush~~dush~~dush~~ nyah kau jerawat! 


dan hasilnya!!!! okeh!! boleh senyum sokmo.. hasilnya, alhamdulillah bila cuci tu korang akan rasa:

1. kulit menjadi lembut!
2. wajah berseri, tambah-tambah lagi wajah tengah basah..
3. bila dah lap dengan tuala bersih, korang akan rasa segar!
4. perhatikan liang-liang roma korang mesti akan mengecil sikit
5. tunggu dalam setengah jam bagi mereka yang mengalami masalah muka berminyak, mesti minyak tu macam.. macamm... tak adelah! lebih-lebih lagi bila bangun pagi!
6. jerawat dan bekas nya akan pudar, mengecil dan akhirnya pudar!!!
7. kalau sebelum pakai terasa ada kasar-kasar kat permukaan wajah dan lepas pakai, belai-belai kulit muka, seakan-akan licin balik dah wajah anda!



siapa yang sesuai menggunakan bedak sejuk ni?

zyla syorkan teruatamanya remaja sebab masa ni remaja akan terpengaruh dengan propaganda produk-produk penjagaan kulit . sebabnya produk-produk ni terlalu banyak bahan kimia yang berbahaya. sebab tulah ada yang kulit sensitive ni muka diorang jadi lebih teruk dan terpaksa bertukar-tukar produk. dan akhirnya kulit pun jadi lebih nipis. zyla ni pun menimba ilmu macam ni masa zyla kerja kat WATSON PERSONAL CARE, Times Square dulu. banyak sangat zyla jumpa remaja yang sebaya, lebih muda dan dewasa mengadu tentang masalah wajah mereka. jadi zyla tak syorkan guna OXY etc.. bagi yang elok tu, alhamdulillah . tapi yang tak sesuai tu? sayang tau, wajah masa remaja ni awal -awal lagi dah rosak. bedak sejuk ni pun boleh jadikan korang awet muda. 

sebab tulah walaupun zyla ni dah 22 tahun! orang masih sangka baru nak ambik SPM plus badan zyla pun comel2 aje. muahaha.. okeh. lupa nak share. kalau korang ada yang tak serasi dengan bedak sejuk ni, ada satu tips ni sorang mak cik yang zyla jumpa kat Watson bagi. dia kata, boleh jugak guna bedak Bayi dan campurkan air.. alah sama aje pakai bedak sejuk ni. tapi hasilnya hanya menghaluskan kulit. ni pun zyla cuba jugak bila stok bedak sejuk dah habis. 

bagi lelaki, jangan risau! korang pun boleh jugak gunakan bedak sejuk ni! 

Lagi satu tips zyla nak share ialah , kalau ada yang alami masalah jerawat sebab RESDUNG, baik korang pergi bekam lintah. memang sangat bagus. tahu geli, tapi resdung ni akan buat korang tak sihat selalu kan? dengar nasihat zyla ni. ( amboi).. sekali je korang bekam lintah, lintah tu akan sedut segala yang patut dan In Sha Allah buat selama-lamanya korang tak akan alami resdung lagi. lepas tu, barulah guna bedak sejuk untuk hilangkan kesan jerawat, serikan wajah. barulah nampak lebih handsome dan cantik!

alhmdulullah itu sahaja untuk kali ini. buat pengetahuan zyla ni orang sarawak. zyla tak jual besar-besaran sangat.. cukup bagi yang membaca ni, kalau nak cuba dan tahu lebih lanjut boleh Whatsapp/Wechat/Line zyla : 013 2832465. harga RM 20 , postage percuma utk seluruh Malaysia, dan zyla jual 140 gm. 

^_^







8 comments:

  1. Bestnye dia ada produk sendiri...insyaAllah satu hari nanti boleh cuba ni..

    http://hanamarsom.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullillah warisi dr nenek.. dh follow blog akak dh,,^_^

      Delete
  2. Salam ziarah. Datang sini. Baca2, tengok2 dan follow.. Jemputlah ke blog sy juga. Follow sekali. Heheh. http://haziyatulnajihah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. sy ada resdung teruk. tp dengan lintah.haish. lintah jauh sekaki pon sy dh jerit. haha. cm ne ni. haha

    http://hati-qaseh.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis, kalau boleh kuatkan diri untuk resdung tu. skali aje sis buat bekam lintah tu, memang confrm baik terus.. percayalah. sebab zyla dulu ada pgalaman tgk org kene bekam lintah ni. lebih2 lagi resdung.

      Delete
  4. Bagusnya dik muda2 lagi dah produce own product. Semoga sukses dimasa akan datang. Good luck ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis.. amin.. iulah baru nak mula promosikan secara online pulak..amin.

      Delete