Thursday 4 September 2014

Sebelum Kita Menegur Si Dia

Assalammualaikum

Bismillahirahmannirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang











Sebelum memulakan entri dengan lebih lanjut jom kita hayati hadis ini.

Daripada Abu Daud , Al-Nasai' dan Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


 Apabila Allah menghendaki sesuatu kebaikan sebagai ketua, , maka Allah menjadikan untuknya seorang menteri yang jujur. Jika dia lupa, menteri akan mengingatkannya dan dia ingat menteri itu akan membantunya. Namun, jika Allah menghendaki selain daripada itu, Allah menjadikan untuknya menteri yang jahat. Jika dia lupa, menteri itu tak mengingatkannya.  Dan jika dia ingat menteri itu tak membantunya
.

Setiap dari kita dilahirkan ke dunia adalah bertujuan untuk menjadi Khalifah didunia ini, mempertahankan dan menyebarkan agama Allah SWT iaitu Agama Islam berpandukan kitab suci Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW yang telah baginda tinggalkan untuk kita. Jika berpegang dengan kedua-duanya In Sha Allah kita tidak akan sesat. selamat dunia akhirat. 

Semua tahu kejadian manusia berasal dari asal yang sama, iaitu Adam dan Hawa. Berkembangannya manusia dan terbentuklah manusia yang terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan agama. mesti ada antara kita yang bertanya kan? kenapa kita ni berasal dari Adam dan Hawa manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT tetapi tak semua kita menganut agama Islam. kenapa wujud agama-agama lain? itu salah satu ujian Allah buat kita dan untuk itu, Allah SWT telah anugerahkan kita hati dan akal untuk berfikir dan bertindak ke arah kebaikan. 

Setelah kita menjadi terlalu ramai dan terciptanya hati dan akal tersebut. maka lahirlah rasa kasih sayang antara kita. mata dan telinga pula sentiasa memerhati dan mendengar perlilaku mereka yang ada disisi dan disekeliling kita. Sememangnya kita digalakkan untuk saling mengingati antara satu sama lain. Manusia bila dah seronok dengan kehidupan , pasti banyak perkara yang dia lupa, apabila terlalu sibuk dengan kerjaya banyak perkara yang akan terabai. dan disinilah peranan kita untuk MENEGUR MEREKA. 


Betul, banyak antara kita yang tahu tentang agama, tahu yang mana wajib yang mana haram. ada yang dianugerahkan kelebihan menghafaz Al-Quran digelar Hafiz/ Hafizah. Masha Allah, beruntungnya. sedikit pasti akan timbul rasa diri kita lebih baik dari mereka yang lupa dan lalai itu. Tiada manusia yang bersifat Maksom didunia ini, sedangkan Rasulullah SAW yang telah dijanjikan Allah syurga masih lagi berdoa dan memohon ampun daripada Allah SWT apatah lagi kita?

Hari ini, cara teguran kita insan biasa ni ada kalanya terlalu lantang, terlalu mudah untuk menjatuhkan pahala dosa , syurga neraka seseorang. Dia tak tutup aurat? Dosa Besar, Masuk Neraka, Dia tak Baca Al-Quran tak diredhai Allah, nanti dapat seksa Kubur. cadangan zyla, apa kata kalau kita doakan dahulu semoga Allah SWT berikan dia hidayah dan petunjuk. 

sebelum kita menegur seseorang. apa yang kita fikir dan adakah kita sempat untuk menilai diri sendiri? Hayati kisah ini. 

Rasulullah SAW pernah didatangi seorang wanita bersama seorang anak lelakinya yang gemuk. Si ibu meminta Rasulullah SAW menasihati anaknya yang kuat makan itu supaya mengurangi memakan kurma. Rasulullah bersetuju dan menyuruh mereka datang seminggu kemudian. Si ibu berasa hairan kerana Rasulullah tidak terus menasihati anaknya ketika itu sebaliknya memerlukan tempoh selama seminggu.

Bagaimanapun wanita itu akur dan datang semula seminggu kemudian.
Dengan lembut , Rasulullah berkata

" Wahai anak yang baik, kurangilah makan kurma"

Jawapan sederhana itu mencetus hairan dihati si ibu , lalu beliau bertanya sebab Rasulullah memerlukan masa seminggu untuk sebuah nasihat yang pendek, Rasulullah menjawab:

" Benar ibu, tetapi sebelum menuturkan nasihat tersebut, selama seminggu ini, aku mengurangi jumlah kurma yang aku makan".

Kisah ini jelas menunjukkan untuk menyampaikan sesuatu nasihat yang berkesan dihati , seseorang itu perlulah terlebih dahulu melaksanakan apa yang dikatanya.

Ikutilah sifat Rasulullah SAW. sebelum kita menegur seseorang individu itu, perbaikilah diri kita sendiri dahulu. Berfikir sejenak kekurangan kita sendiri dan sebab mengapa dia menjadi begitu, cuai, lalai dan lupa dengan perintah Allah SWT. Jangan sewenang-wenangnya menilai seseorang itu terlalu cepat. apa yang terjadi pasti bersebab dan dengan sebab itu kita harus membantu individu tersebut untuk mengatasi kelalaian, kecuaian dan kealphaan dia. dan dalam masa yang sama kita terus menguatkan diri kita untuk sentiasa ingat akan perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNYA. Pastinya kita menegur , kita pula akan diherdik dan dicaci kembali, sabarlah. dan berdoa. sesungguhnya Hati Itu Milik Allah SWT , hanya Dia Yang Maha Mengetahui sesuatu perkara. 

Semoga setelah kita sendiri memperbaiki diri kita, menunjukkan akhlak yang baik, sikap dan sifat yang menyenangkan orang, maka mudahlah seseorang yang diberi nasihat untuk menerima dan memikikan nasihat kita. 

Wallualam. 


No comments:

Post a Comment