Wednesday 24 September 2014

I'll be always there for you.

Assalammualaikum
Bismillahirahmannirahim


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

"Nur, kau kemana 2 hari ini? puas aku Whatsapp, WeChat, Line, Viber, Pm kau, asal tak dapat?"

"aku tak nak diganggu"

"la, aku pun tak boleh?"

Nur mengeluh. kawan yang sorang ni memang tak reti bahasa ke apa?

"Nur , cakaplah apa masalah kau. itulah fungsi aku ni sebagai sahabat kau." Tangan diletakkan diatas bahu Nur dan ditepuk lembut. Seakan aura semangat, keyakinan, dan kasih seorang sahabat di "bluetooth" kepada Nur. 

Nur menangis. 

.........................

Pintu bilik dikuak perlahan. gelap. aik? bukan Ily balik ke tadi. 

lampu dibuka. 

kelihatan kek hari jadi yang sungguh comel diatas meja. 

Air matanya mula bercucuran.. ingatkan Ily lupa hari ini hari jadinya.

"orang dah besar mana boleh nangis. maaf ye, aku sibuk minggu ini. " bahu sahabatnya dipeluk erat.

.......................

"Beb! kaki Nurul luka teruk baik kau pergi tengok!".

Tiara cemas. 

"Tiaaaraaaa!!! jangan sentuh situ.. sakitttt niiii!" 

"hm. kau relaks dulu. nanti bila aku cakap tarik nafas kau kene tarik nafas tau."

"kenapa pulak ? aku bukannya nak bersalin".

"aduh.. kau ingat nak bersalin aje kene tarik nafas?"

"tarik nafas!" kaki kiri Nurul yang tidak cedera dicubit kuat, kaca yang menusuk kaki kanannya dikeluarkan serentak.

"sakittt laaahhh!"

"okeh, kaki mana lagi sakit? yang aku cubit ke yang luka kene kaca?" 

"yang kau cubit".

"beb, macam tulah aku selalu pesan jalan elok-elok. "

...................

"Ana tak pergi beli makanan ke?" 

"Ana puasa. hari ni kan hari khamis.Ayu makanlah".

"takpelah. nanti Ayu temankan Ana berbuka ye. kita berbuka kat bilik Ana."

"errrr.. takpelah Ayu. susahkan Ayu aje". 

"baiklah"

tok..tok..tok..

"ye Qaseh, nape datang ni?" 

"Ayu suruh bagi kat Ana ayam percik ni. dia kata Ana tak sihat. Selamat Berbuka Puasa."

....................

"kalau nak nangis tak payah tutup muka dengan fail"

Fifi tersentak!

"kau ada magik ke?"

"mana ada. aku bukan keturunan Harry Potter"

"dah tu macam mana tahu.."

"aku dapat rasa"

.......................

"macam tulah kisahnya kak..."

"kesian adik kene lalui semua ni"

"yelah, tapi kenapa akak pulak yang menangis nih?"

"sebab adik tak nangis akak nangis lah".


....................

i'll be always there for you.



















No comments:

Post a Comment