Friday 26 September 2014

Amalkan Akhlak Yang Mulia

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Tips amalkan akhalak yang mulia:



1. Bersikap benar dan amanah. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa dengan kejujuran kita.

2. Menjaga maruah diri. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati pegangan agama kita.

3. Bersabar ketika menghadapi kesusahan. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa berlapang dada memvbantu kita..

4. Menepati dan menunaikan janji. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliliing percaya dan menghormati pandangan kita.

5. Berani dan pemurah. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa bersama kita dalam susah mahupun senang.

6. Berlemah lembut dengan makhluk lain. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa disamping kita.

7. Berasa mulia dengan keimanan.Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekelilin menghormati dan menghargai bahawa Islam itu indah.

Insya Allah.

Kita semua sememangnya tak ada yang sempurna. 

ada yang dah tutup aurat dengan sempurna. ada yang belum.
ada yang dah mula menjaga pandangan dan hati sebaiknya, ada yang masih lalai.
ada yang dah mula sedar bahawa dia dilahirkan didunia ini sebagai seorang khalifah untuk menegakkan agamanya. ada yang masih anggap dakwah atau usaha untuk perkenalkan agama, saling memberik nasihat yang baik dan mengamalkan cara hidup mengikut Sunnah Rasulullah SAW ialah hanya untuk mereka yang alim, ustaz, ustazah sahaja. 

tak..semua kita kene saling ingat mengingati antara satu sama lain.

tak kisahlah tua muda , lelaki perempuan.

Jagalah akhlak kita.

jaga perbuatan, lisan dan pendengaran kita.

enjoy tu boleh tak jangan berlebihan sangat.

nanti terus lalai. syaitan tu dahlah memang asyik nak menghasut aje kerjanya.

yang menulis ini pun sentiasa berhati-hati. dalam semua tindakan.

susah tahu nanti nak jawab dekat akhirat.

apa yang kita dah buat kat dunia ni.

Salam Jumaat. 





No comments:

Post a Comment