Sunday 24 August 2014

Kenapa aku menulis?

Assalammualaikum..

Bismillahirahmanirahmin..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Sejak tahun 2010 lagi dunia blogger ni memang dah fabolus sangat dah. banyak yang popular sebab blog! tak percaya??? aish. mana ada orang yang tak minat baca blog sekarang.. dari blog yang entah apa2 macam zyla sni sampailah blog politik! ayah pun suka blog. 

tak dinafikan melalui blog jugak ramai yang dapat buat side-income. zyla aje lagi tak buat-buat. belum seru kot. 

Blog ni memang hak kita. yess!! free pulak tu. sapa tak suka. boleh hias secantik mana yang korang nak! terserah. 

tapi yang paling penting untuk blog ialah APA YANG KITA TULIS.

apabila korang dah sign in sebagai blogger ni secara automatiknya kita akan menjadi seorang penulis online yang sangat "bertauliah". kita tak melalui proses penapisan dan kebanyakkannya sekali aje tulis terus publish n share sana sini. yang penting lepas tu traffic mesti naik n jadi glamour!!! ouccchh..


boleh2 tak ada masalah. tapi biarlah apa kita tulis itu sesuatu yang baik untuk orang diluar sana membaca. bukan nak jadi hipokrit tapi kita taklah menyumbang kepada minda yang tak bermoral atau tak sihat. berkongsi tentang hal peribadi tak ada tapi mestilah ada batasannya jugak! barulah generasi akan datang pun mencontohi kita dan ingat setiap apa kita tulis ni pun yang dok jaga buku kiri kanan kita pun mencatat jugak!!!

punya syok kita menulis dan menjadi popular kat dunia ni tapi kat akhirat kita pulak yang paling banyak disoal.. Allah... memang tak mampu aden nak menjawapnya.

seperti sekarang ni Fatin Liyana dikatakan memadamkan beberapa entri blog beliau! itu mesti bersebab. zyla sendiri pun dah tak update kat sakuraputeri. nak delete lupa pulak address email. memang kes teruk.

jadi buat newbie.. berhati-hati dan fikir dulu sebelum nak publish entri. semoga rakyat Malaysia dan bangsa kita menjadi bangsa yang berilmu dan beretika!


menjawab kepada soalan entri kenapa zyla menulis?

zyla nak menyampaikan apa jua yang zyla tahu supaya menjadi ingatan dan amalan kehidupan kita dan memperbaiki diri kita menjadi lebih baik.

kemudian ini sebagai platfrom zyla untuk memberikan pendapat dan cadangan supaya akan ada sumbangan walau kecil untuk pemikir-pemikir tegar diluar sana.

TAPI! ingat kita ada undang-undang. boleh bercakap dan menulis apa sahaja tapi sila hormati maruah orang lain dan jangan nak lancang sangat untuk mengata kang awak pulak yang susah. ^_^

No comments:

Post a Comment