Hu Hu Hu
Hu Hu Hu
Hu Hu Hu
Shalala lalala lala lalala
Hu Hu Hu
Hu Hu Hu
Shalala lalala lala lalala
Lihat
bintang malam
Untukmu biar menyinar
Berkelip diangkasa
sentiasa bersama
tak mungkin terpisah
sentiasa bersama
Untukmu biar menyinar
Berkelip diangkasa
sentiasa bersama
tak mungkin terpisah
sentiasa bersama
Mengapa kita
manusia,
bermusuh bersengketa
mana hilang rasa rasa cinta
bermusuh bersengketa
mana hilang rasa rasa cinta
Oh tiada
beza warna
tiada beza bahasa
ayuh kita semua
tiada beza bahasa
ayuh kita semua
Hulurkan
tanganmu
ucapkanlah salammu
ukirkan senyummu
kita berpadu
janganlah kau malu
janganlah kau ragu
ketepikan egomu
kita semua satu
ucapkanlah salammu
ukirkan senyummu
kita berpadu
janganlah kau malu
janganlah kau ragu
ketepikan egomu
kita semua satu
Ingin aku
bisikkan kepadamu
ingin ku menyatakannya
mengapa harus bermusuh-musuhan
bila kau mampu bercinta
ingin ku menyatakannya
mengapa harus bermusuh-musuhan
bila kau mampu bercinta
Kini kau
menjadi milikmu
kau juga milikku
kau juga milikku
Oh oh oh
Lirik Lagu :
SATU – Le Rumbu
Aku dapat sahabat baru lagi. Dia bukan budak baru tapi ramai sangat
budak kat asrama ni memang aku tak menyempat nak berkenalan dengan semua. Aku
seronok kawan dengan dia. Dia ni sempoi, kepala pun selamba dan selesa bercakap
dengan dia. Pendek kata sekarang kiteorang memang dah ngam. Masa aku teman dia
ke kantin, ada sorang budak laki ni ejek dia “Debab” sebab dia memang agak
cubby sikit. Tapi Si Debab buat selamba aje. Dia pandang budak laki tu macam
alien. Budak tu pun satu suka-suka nak buat dosa free. Tak faham betul aku. Aku
dan Si Debab ni boleh dikatakan nombor 1 0 bila berdiri sebelah-sebelah. Haaa..
gitu, dapat bayangkan tak?
Tiba-tiba datang seorang sahabat. Dia tanya
aku kenapa aku kawan dengan Si Debab tu? Haaa?? Macam mana aku nak jawab soalan
standard budak darjah satu ni? Bukankah kita ni beragama Islam bersaudara tak
kira lelaki ke perempuan . Disarankan untuk saling bertegur sapa, berbuat baik
antara satu sama lain dan saling berkasih sayang? Allah SWT jugak berfirman
“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya”.
Perkara yang
aku tak sangka bila sahabat cakap Si Debab ni KEDEKUT! Hebat pulak sahabat aku
ni bercerita, dah boleh jadi pengacara Melodi gayanya. Bila dia dah terlebih
aku terus cakap NO KOMEN! Aku tak boleh nak percaya 100% apa yang dia cakap.
Kembali kepada fitrah manusia yang memang tidak sempurna siapa aku nak
menghakimi dia? Aku kene bersangka baik dengan Si Debab ni selagi mana dia
berbuat baik dengan aku. Mak aku cakap cara seseorang individu tu menilai
seseorang tak sama dengan individu lain. Aku anggap cara aku menilai Si Debab
ni lain. Semakin hari semakin ramai
pulak yang bawa cerita tentang Si Debab. Teruk sangat ke Si Debab ni dimata
diorang? Aku tengok Si Debab ni elok aje. Lagipun kiteorang satu bilik, aku
lebih kenal Si Debab. Dan Hey! Aku tak mudah nak tumbang dengan hasutan korang.
Sebaliknya yang jadi, aku dan Si Debab semakin akrab!
Si Debab ni
minat giler Korea. Sangat obses dengan K-Pop dan sekutunya. Aku pulak
sekadar minat anime dan layan komik, syukur jugak sebab Si Debab pun sama. Bila
Si Debab ni ke kedai buku memang dia tapau habis semua komik kat situ. Tak
beragak jugak Si Debab ni masa membeli. Nak aje aku tanya kedai buku ni tak nak
bawak balik sekali ke?. Dari dialah aku tahu banyak benda tentang Negara
Hiburan tu. Belajar bahasa Korea sikit-sikit, tahu budaya dan sebab kenapa
Korea muncul begitu dahsyat dengan hiburan yang melalaikan banyak remaja
sekarang ni. Sebabnya?? Sebab tu korang kene buat research sendiri. Tolong jadi
rajin sikit ye. Pengetahuan Si Debab tentang Korea macam dia pernah duduk kat
sana 10 tahun ! Sungguh aku tak sangka sampai macam tu sekali dia minat!
Disebabkan kami ni budak asrama., stock makanan memang sangat BANYAK!
Mak aku cakap budak perempuan memang lebih kuat makan dari budak lelaki.
Buktinya tu haa Si Debab dia pun mengaku. Jujur sangat kau ni Debab. Kalau
part-part makanan ringan ni kiteorang jarang nak share sebab masing-masing ada
stock yang macam UNLIMITED lak. Memang tak sempat expired stock tu aku rasa.
Nak dijadikan cerita, hari tu Si Debab ni tapau burger oblog bukan satu tapi dua! Yelah Debab, aku faham selera kau. Kebetulan aku pun buat Mee Sedap made in Indon tu. Kiteorang pun makan sama-sama. Aku ingatkan Si Debab ni nak bagi aku sikt rasa, sebabnya bau burger oblog tu memang sedap giler!! Kalau nak dibandingkan dengan Mee sedap aku ni, memanglah oblog dia lagi masyuukkk!. Tapi sangkaan aku meleset. Si Debab Ngap! Sorang. Betul-betul Ngap Sayot dia ni. Sabar jelah. Glupppp!! telan air liur je. Lepas makan boleh Si Debab ni cakap kat aku “ Beb, sodap betul oblog abang tu. Kau patut rasa”. Ada ke patut dia cakap macam tu?? =.=. memang tak patut! Si Debab ni memang $%&*^$@@#$% betulah.
Nak dijadikan cerita, hari tu Si Debab ni tapau burger oblog bukan satu tapi dua! Yelah Debab, aku faham selera kau. Kebetulan aku pun buat Mee Sedap made in Indon tu. Kiteorang pun makan sama-sama. Aku ingatkan Si Debab ni nak bagi aku sikt rasa, sebabnya bau burger oblog tu memang sedap giler!! Kalau nak dibandingkan dengan Mee sedap aku ni, memanglah oblog dia lagi masyuukkk!. Tapi sangkaan aku meleset. Si Debab Ngap! Sorang. Betul-betul Ngap Sayot dia ni. Sabar jelah. Glupppp!! telan air liur je. Lepas makan boleh Si Debab ni cakap kat aku “ Beb, sodap betul oblog abang tu. Kau patut rasa”. Ada ke patut dia cakap macam tu?? =.=. memang tak patut! Si Debab ni memang $%&*^$@@#$% betulah.
Lepas tu kiteorang layan komik. Lupa nak cakap, hari tu hujung minggu
dan kiteorang tak boleh balik. Memang nak kene stay kat asrama aje. Nasib baik
ada Lawak Kampus untuk aku tenangkan hati ini. Sekejap aku jeling Si Debab yang
dok gelak tak ingat punya kat katil sebelah. Tiba-tiba aku terfikir, sekarang
baru aku nampak apa yang sahabat tu cakap tentang perangai Si Debab ni. Bila
aku toleh kali kedua dia dah zzzzzzzz... tidur.. aku boleh nampak perkataan
“zzz” melayang-layang atas kepala Si Debab. Cepat pulak dia lena. Kenyang
sangatlah tu. Hati aku memujuk mungkin Si Debab tu ada sebab kenapa dia macam
tu? Dan aku ni pulak takkanlah sebab Si Debab tak bagi aku rasa oblog dia aku
nak terus join budak-budak lain dok sedap mengumpat Si Debab ni? Dia tak ada
salah kot?
Satu hari mak aku hantar makanan. Menu dia
tempoyak + telur dadar+ sayur goreng + jus tembikai. Sedap giler weeeee!!!!!.
Rindu betul aku dengan masakan mak. Aku rasa nak melompat sampai bintang! Tapi
aku kene kontrol ayu sebab ada mamat handsome melimpas, kang jatuh pulak saham
aku yang tengah meninggi ni. Bankrup terus! Mak pesan ajak Si Debab tu makan
sekali. Memang aku nak ajak sekali pon! Kiteorang siap pilih port baik punye.
Menikmati menu ala-ala kampung dekat Taman Sains sekolah. Makan kat meja batu,
dibawah rimbunan pokok yang lebat daunya, lepas tu daun-daun yang berguguran
seakan-akan menjadi “karpet” dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Memang aku dah
bajet macam makan kat Taman Bunga Sakura! Ok, itu aku berangan aje. Dalam masa
makan tu, aku tanya Si Debab apa dia buat kalau kat rumah? Jangan tanya apa
aktiviti aku kat rumah pulak kang tak habis cerpen ni!. Si Debab cakap dia tak
buat apapun kecuali layan Korea. Beradik pun dua kerat aje, itu pun tak rapat,
tak ngam, jaranglah nak bermesra macam orang lain apatah lagi nak berkongsi
minat! Jauh sekali. Kalau jumpa pun nak bertekak aje. Kesian pulak aku dengar
kisah hidup Si Debab ni. Si Debab pun cakap dia memang dah biasa bersendirian.
Ni aku tak tahan ni! Sedangkan aku ni punyalah kalau kat rumah tak reti nak
renggang dengan mak aku! Ok! Ok! Stop cerita pasal kau. Fokus pasal Si Debab
ni.. mak ayah dia pulak selalu sibuk, so memang dia jarang berkumpul duduk
mesra dengan keluarga dia. Nasib baik mak aku surirumah!
Tak sangka Si Debab cakap dia sangat
seronok kawan dengan aku. Waahhh!!! Aku rasa syooookkk!! Syukur ! eloklah kalau
dia rasa macam tu sebab aku pun macam tu Si Debab!. Tapi perkataan “apatah lagi
nak berkongsi” tu seakan-akan menyentap hati aku. Sekarang ni aku kiranya dah
faham macam mana realiti kehidupan Si Debab ni. Aku rasa Si Debab ni KEDEKUT
sebab dia tak biasa berkongsi. Yelah, kalau kita yang ringan tangan ni nak
berkongsi dengan kawan lain makanan atau apa sahaja yang kita ada benda tu tak
akan jadi pelik, tapi kalau kita tak biasa nak kongsi memang hak kita 100%,
payah nak kongsi dengan orang dan kita akan fikir “diorang nak, diorang belilah
sendiri”. AMBOI! Sekarang nampak tak
related kat situ? Sangat logik! Oleh sebab aku dah nampak kekurangan Si Debab ni,
aku nekad dan aku cuba, jadi tak jadi itu belakang kira. In Sha Allah, aku
usaha, aku doa Allah akan permudahkan.
BISMILLLAH.
Setiap pagi aku akan beli kuih. 3 biji
seringgit. Aku siap buat bajet pulak tu. Kang over bajet aku yang lingkup.
Sebiji aku akan bagi kat Si Debab, dia tak akan tolak punya! Alhamdulillah
setakat ni Si Debab tak menolak pun kuih yang aku bagi, kalau dia tak makan
sekarang dia makan masa rehat nanti. So tak ada istilah pembaziran. Minggu
pertama dia tak tanya pun kenapa aku bagi kuih setiap pagi. Kot-kot Si Debab ni
fikir aku ada hajat kat dia. Selamat! Aku terus buat selamba anak itik aje.
Tapi, aku sangka panas sehingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Akhirnya
Si Debab tanya kenapa aku bagi dia kuih setiap pagi? Dia rasa segan. Aku
senyum, aku cakap aku sahaja bagi. Sedekah untuk sahabat. Rasulullah kata
antara cara untuk kukuhkan hubungan , dengan bagi hadiah sebab aku ni wataknya
perempuan dan bukan lelaki so aku bagi kuih sebagai tanda kasih sayang aku.
Makin lama aku buat dah nampak sikit perubahan kat Si Debab. Dia tergerak hati
nak memberi. Pagi tu dia bagi aku coklat. Aku tak mengharap pun dia membalas
asalkan hati dia ada terasa yang aku ni prihatin kat dia cukuplah. Dan Debab ,
kira kes kau tak bagi aku rasa oblog tu settle ek?? Sebabnya apabila kita
menerima sesuatu dari orang yang rapat dengan kita seperti keluarga, sahabat,
boyfriend kita akan rasa dihargai. Haaa.. gitu u’olls! Betul tak teori aku ni?
Jangan pulak lepas ni korang minta sahabat, keluarga, boyfriend bagi hadiah
hari-hari. Kopak pulak diorang nanti. Memberi bila kita teringat dan ikhlas dan
yang menerima akan rasa kasih sayang tu. Perggghhh.. jiwang.
Lepas tu
pulak mak Si Debab ni datang bawak Kek Secret Recipe slice tu. Katanya sedekah
untuk kelas seramai 34 orang pelajar yang penuh perangai pelik-pelik ni!. Aku
siap kira dengan kalkulator. Harga satu slice kek tu RM 7.90 , jadi Rm 7.90 x
36 ( Si Debab dapat 2)= RM 284.40. Wooowww!!!!! Aku rasa mak Si Debab ni memang
kaya. Huh! ( expresi wajah aku ni macam penyiasat sambil tangan diletakkan kat
dagu, buat macam tu sekarang!)
Hasilnya, sedikit demi sedikit ni dah reti
nak berkongsi. Asal dia balik rumah aje, memang dia bawa banyak roti, biskut
dan coklat. Katanya dari membazir sebab tak ada orang nak makan baik dia bagi kat kekawan. Yelah mana larat
Si Debab tu nak hadap sorang makanan banyak macam tu, Alhamdulillah, aku pun
tumpang kenyang sekali. Terima kasih ye Debab, kau memang Debab!
Dek kerana usaha
aku yang bersungguh tu dan jugak dipermudahkan oleh Allah , Si Debab mula
diterima ramai. Alhamdulillah. Makin ramai yang sedar dan taubaut dari mengumpat Si Debab ni. Mana-mana je Si
Debab pergi banyak yang tegur dia. Hari tu aku nampak Si Debak gelak sakan
dengan kawan baru, tak syak lagi mesti dia tengah melobi drama Korealah tu. Ada
jugak yang tanya , aku tak cemburu ke? Taklah,buat apa nak cemburu. Memang ni
pun yang aku nak buat untuk Si Debab. Aku perhati Si Debab dari jauh, mata dia
memandang aku penuh terharu, ye Si Debab kau nak cakap kau sayang aku kan?? Ye!
Aku sayang kau jugak Debab!
Peperiksaan akhir dah selesai. Keputusan pun dah dapat. Yang aku tak
percayanya Si Debab dapat score 10 pelajar top tingkatan. Bayangkanlah kalau
sebelum ni dia asyik dapat kedududukkan 20 aje, sekarang dengan aku sekali kau
potong ye Debab. Tapi aku tak kisah sebab itulah hadiah atas kerja keras Debab.
Syukur Alhamdulillah. Masa untuk kemas barang, cuti hujung tahun dah tiba!
Weeee! Cuti sebulan aje pun. Kalau cuti lebih pening pulak mak ayah aku nak
layan karenah aku nih. Sebak pulak rasa bila tengah kemas-kemas barang.
Sementara menunggu mak ayah datang jemput, aku duduk borak dengan Si Debab. Aku
tanya mak ayah dia kerja apa? Kiteorang jarang borak pasal hal peribadi sebab
banyak gosip pasal anime tak habis-habis. Belum sempat Si Debab ni buka mulut ,
mak ayah dia datang naik BMW. Pergghh!! Memang superblah! Si Debab cakap ayah
dia orang atasan Petronas. Patutlah kaya semacam aje Si Debab ni,teringat aku
masa Si Debab ni berbelanja memang tak hingat dunia langsung!. Tapi aku salute
dengan Si Debab ni sebab dia sangat bersederhana. Betul jugak apa dia cakap
yang kaya mak ayah dia bukan dia, kalau mak ayah tapi bagi duit poket dia
kosong jugak.
Lepas tu
aku tanya lagi, kalau macam tu ayah kau ada gelaran Datuk tak? Yelah kalau dah
pakai BMW bagai. Soalan tu pun spontan aje keluar dari mulut aku. Sekali dia
angguk kepala, aku pulak yang tercenggang. Si Debab ni tak suka mennjuk-nunjuk.
Alhamdulillah tak riak. Ingat! Sebesar zarah aje perasaan riak ada dalam hati
susah nak masuk syurga tau! Sekarang ni memang aku dah tau siapa Si Debab yang
sebenarnya, disebabkan usaha aku memang banyak jugak sifat dan sikap Si Debab
ni jadi lebih natural dan serasi dengan suasana sekeliling. Aku dengan Si Debab
berpisah penuh tragis. Air mata tak mampu aku tahan, nasib baik tak banjir aje
asrama tu, syukur jugak sebab cuaca baik. Dibuatnya tiba-tiba hujan jugak siap
angin kencang dan kilat sambung menyambung bagai, aku tak tau nak cakap macam
mana. Rasanya tak jumpa lagi kot tahun depan. Standard ending macam cerita
Korea lah pulak!
Aku pesan
dekat Si Debab “Debab, kalau dok layan Korea jangan sampai lupa aku , kang
tahun depan lupa ingatan sebab asyik layan hero mata sepet kau tu!”. Si Debab
lambai aku penuh sayu lagi rindu. Aku pulak nangis tak hingat! Adik aku yang
tengok drama Korea tak jadi tadi pakat gelakkan aku. Seminggu berlalu tiba-tiba
Si Debab SMS aku. Haa. Ingat pun, Kalau tak tak SMS aku jugak Debab sepanjang
cuti ni memang aku iqamatkan kau bila bukak sekolah nanti!
Si Debab:
::” Beb, aku dan adik dah berbaik sekarang. Thnks tau!”
Apa kaitan pulak dia adik beradik dengan aku ni?
Si Debab SMS lagi.
::” sebab kau banyak ajar aku macam mana nak kongsi kasih
sayang. Betul cakap kau bila kita saling berkongsi dan memberi ni walaupun
benda kecik akan terasa ikatan kasih sayang tu”
Terus aku lari dengan air mata peluk mak! Jangan pulak
korang bayangkan aku berlari anak dengan rambut beralun ditiup angin lepas tu
air mata berjujuran. Tu dalam anime aje.
Terima Kasih MAK! Terima kasih sebab ajar along untuk
terima sahabat, ajar along untuk bersabar dengan karenah sahabat dan ajar macam
mana nak kenal sahabat. Sayang mak!
*Tamat* *cerpen:Aku & Si
Debab*karya asal*FathinFazila*
Pengajarannya, kekurangan itu sifat yang datang dengan
sebabnya. Jangan sebab kekurangan sahabat tu kita nak asingkan dia terus,
tinggalkan dia terus. Ada sebab kenapa kita bertemu. In Sha Allah kalau kene
gayanya, kita boleh bantu sahabat untuk ubah kekurangan dia sebagai satu
kelebihan atau keistimewaan. Kadang kala kekurangan sahabat itulah kelebihan
kita dan sebaliknya. Sahabat, kekurangan kau aku redhai dan kelebihan kau aku
syukuri.
Assalamu'alaikum. Cerpen yang menarik. thumbs up. Btw, boleh tau fb awak? nak in touch. =)
ReplyDelete*keep in touch
Deletewalaikumsalam... terima kasih... fb zyla https://www.facebook.com/sakura.puteri.73
ReplyDelete