Saturday 23 August 2014

Muslimah , Solehah dan Aurat

Assalammualaikum.

Bismillahirahmanirahim..


Haaa.. gitu. harap nota-nota penting kat gambar diatas dapat dibaca dengan jelas (^_^)
sumber : Facebook, yeah, sumber paling mutahir selepas Google

Apa khabar semua? . Bila terbaca nota comel ni kat Facebook tadi menjadikan hati zyla tertarik untuk menulis. alhamdulillah sekarang ni makin ramai yang nak tutup aurat dengan sempurna. ditambah jugak makin banyak kedai tudung online yang menjual tudung, selendang yang cantik dan kainya tak jarang. banyak pilihan dan sangat murah! sedikit sebanyak menjadikan banyak muslimah luar sana lebih yakin untuk menutup aurat dengan sempurna! 

1. Muslimah

Bila kita berpakaian dengan jubah, tudung labuh, stoking dan sarung tangan. akan ada yang anggap dan panggil kita ni Muslimah ataupun Ustazah. hmm. Bagi yang mula-mula berhijrah mesti segan kan?? oh jangan sengan-sengan.. senyum dan doa semoga akan terus istiqamah untuk menjadi hati dari tergoda dengan fesyen pakaian terkini yang sangaat.. sangat cantik menarik tapi agak melampau skit. yes! mana taknya memang zyla akui cantik tapi ketat! ye, ada yang kata takpelah baju ketat sikit, cantik kalau guna tudung labuh dah boleh cover dah tu.. aishmen.. godaan jugak tu.. ^_^. lagi satu memakai pakaian cantik boleh mengundang riak.. nauzubillahminzalik! mintak dijauhkan. 

2. Solehah

Semua nak jadi solehah kan? termasuk diri zyla sendiri. lelaki zaman sekarang ni pun banyak berminat nak isteri solehah. tapi! jangan pulak jadi solehah sebab nak tarik perhatian lelaki. salah tu. INGAT, apabila terpisah roh dan jasad anak Adam itu yang tinggal hanyalah Amal Ibadat, Sedekah Jariah dan doa anak yang Soleh dan Solehah. Jadi, moh lah kita menjadi anak yang soleh dan solehah. semoga nanti doa kita dapat membantu kedua ibu ayah kita di alam sana. amin. In Sha Allah. apa yang lebih baik dari mendoakan kedua ibu bapa kita yang banyak berkorban untuk kita selama ni?

3. Aurat.

Hah. gitu. apa antaranya aurat kita muslimah ni? seperti yang kita sedia maklum kecuali muka dan tapak tangan. yang lain WAJIB TUTUP! . waah. masa tengah zyla menulis ni pun sebagai ingatan zyla sendiri. Kepala Tutup! Kaki Tutup! pakai baju jangan nampak bentuk badan! lepas tu baru lega keluar rumah. dan adik zyla pun selalu pesan.."Long, jagalah aurat tu.pakai elok-elok sikit" Terima kasih ya sayang sebab ingatkan along. dia lelaki dan zyla masih dibawah tanggungjawab dia. nanti yang disoal dia jugak, so dia dah ingatkan wajib bagi zyla untuk cuba perbaiki dan kekalkan. dan teringat pesanan ayah zyla sejak zyla berumur 18 tahun, " hari Jumaat ni long elok kalau pakai jubah dan baju kurung.". Terima kasih ya ayah!
bila kita berpakaian yang menutup aurat secara tidak langsung orang sekeliling akan menghormati kita dan rasa dihormati. lebih-lebih lagi lelaki. 

Disini zyla kongsikan jugak Cara Rasulullah SAW berpakaian ( rujukan : 100 Pesan Terakhir Rasulullah, Muhd Nasruddin Dasuki) ^_^

Cara Memilih Pakaian Yang Sesuai:

  • Pakaian yang bersih, longgat dan tidak tembus pandangan orang yang melihat dan menutup aurat.
  • Tidak menunjukkan pakaian yang mewah dan mahal sebaliknya memakai pakaian yang melambangkan kerendahan hati.
  • Rasulullah SAW gemar pakaian jenis gamis yang bercorak.
  • Bagi kaum lelaki dilarang berpakaian darpada sutera dan emas.
  • Pakaian tidak terlalu panjang sehingga mencecah lantai atau tanah.
  • Kaum lelaki dilarang memakai pakaian yang menutup tapak kaki kerana ia melambangkan kesombongan.
  • Bagi kaum wanita Muslimah , pakaian biarlah panjang menutup tapak kaki dan tudungnya menutupi kepala, leher dan dada.
  • Lelaki dilarang berpakaian wanita begitu sebaliknya.
  • Tidak memakai pakaian yang bertampal-tampal dan lusuh.
  • Mengutamakan pakaian yang berwarma putih kerana Rasulullah SAW menyukai warna itu.

Tatacara Berpakaian

  • Berdoa ketika akan berpakaian, misalnya :" Segala Puji Bagi Allah yang telah memberikan pakaian ini kepadaku sebagai rezeki daripadaNYA tanpa daya dan kekuatanku"
  • Berdoa ketika menyarungkan pakaian BARU. Doanya Ialah "Ya Allah.. bagimu segala puji, Engkau telah memakaikan pakaian ini kepadaku. Aku bermohon kepadamu kebaikannya dan akibat kebaikannya. Aku berlindung pula kepadamu daripada kejahatan dan akibat kejahatannya"
  • Sunah berpakaian dari sebelah kanan dahulu
  • Disunatkan berpakaian dari sebelah kanan dahulu
  • Berpakaian biar kemas dan bersih disesuaikan dengan tempat. 
  • Disunatkan melucutkan pakaian dari sebelah kiri dahulu.
Zyla pun nak kongsikan sedikit pertanyaan yang juga sebagai pengetahuan kita, soalan ini dijawab oleh Ustaz Mohd Azrul Ismail. (GEN-Q)

soalan : adakah wanita yang memakai seluar itu menyerupai kaum lelaki apabila mereka memakai seluar? Bukankah menyerupai lelaki dalam berpakaian itu dilarang ?

Jawapan : Seluar adalah pakaian yang boleh menutup bahagian di antara dua lutut dan pusat. Wanita tidak dilarang memakai seluar, bahkan harus berbuat demikian dengan syarat memenuhi etika menutup aurat yang sempurna. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Baihaqi, Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : " Semoga Allah SWT merahmati wanita yang memakai seluar"
Nabi SAW mendoakan sedemikian kerana seorang wanita yang menaiki tunggangan terjatuh di hadapan Baginda. Baginda memalingkan pandangan kerana khuatir aurat wanita tersebut akan tersingkap. Lalu dikatakan kepada Nabi SAW bahawa wanita itu memakai seluar. Baginda terus mendoakan kebaikan kepadanya. 

mesti pelik kan dengan soalan diatas? tapi bila kita fikirkan, elok jugak kalau kita tahu dan lebih jelas tentang ni. manalah tau kan nanti kang ada pulak tersebar isu yang macam ni. taklah kita cepat terpengaruh dan terasa hati apabila dikritik atau dipertikaikan.

zyla harap apa yang zyla kongsikan sebagai ingatan untuk semua , sama- samalah kita praktikan untuk menjadi Muslimah Yang Solehah dan sentiasa menjaga serta menutup aurat. Memang kita tak dapat jadi seperti Siti Khadijah dan Siti Aishah tapi sekurang-kurangnya kita dapat mencontohi mereka, tokoh wanita unggul. In Sha Allah.

Bagi yang nak hijrah. kuatkan semangat! memang orang akan pelik, tapi semua orang akan doakan yang terbaik untuk kita. jangan risau. and please remember one thing, Hati Milik Allah , maka berdoalah pada pemilik hati kita, Dia yang membolak balikkn hati kita. mohonlah agar Dia tetapkan hati kita untuk layak menjadi bidadari syurga kelak. of course Ketua Bidadari kalau takpun anak yang soleh dan solehah dan makayah kita.. ^_^

No comments:

Post a Comment