Friday 29 August 2014

Kita Blogger dan Para Pembaca

Assalammualaikum.

Bismillahirahmanirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


^_^. sekarang dah tengah malam. zyla tengah habiskan mendownload movie untuk mak. 
sementara menunggu habis download ni zyla pun scroll lah Facebook. dan apa yang zyla dapati sekarang ni nak buat Blogwalking memang mudah dengan jenguk aje kat Facebook. ramai jugak blogger dah buat page untuk blog diorang. mudah. Kalau tak jenguk ke Kelab Blogger Abg Ben pun sentiasa ada update dari blogger. 

blog terjemahanhati ni memang baru tapi zyla bukan baru dalam dunia blogger sebab ni merupakan blog kedua zyla.

dah banyak entri zyla baca, dah banyak blogger zyla kenal. even, Abg Ben pun pernah promosikan blog zyla dulu. terima kasih ya Abang Ben! Tahniah dah bertambah anak dah sekarang. alhamdulillah. 

macam-macam isu dan perkembangan dunia blog ni sejak tahun 2009- smpai sekarang.

dulu , suasana blog lain. sekarang lagi lain. hmm. dan zyla sedikit janggal.

Tadi zyla ada baca satu blog yang ditulis oleh seorang ustaz. 
bagus isinya, beliau menegur tentang kelalaian umat sekarang ni. dan entri tersebut merupakan persoalan si bongsu zyla.."tengok dan minat korea tu salah ke along?"

dan zyla tengok banyak komen pembaca yang seakan-akan tak bersetuju dan bertanya seoleh-oleh mereka ingin pertahankan pendapat dan perasaan mereka. percaya atau tidak, selama zyla membaca entri dan baca komen zyla jarang sangat jumpa pengomen yang betul-betul faham isi entri dan soalan yang diajukan lebih bersifat terburu-buru. baca sekali lepas tu rasa ada yang tak kene dan melulu aje komen. dan paling teruk mengata "ah! dia ni merepek betullah".

okeh, wahai blogger dan pembaca sekalian. zyla nak bagitau ni. kita ni blogger menulis berdasarkan kefahaman dan pendapat kita? betul tak? memang ada jugak berdasarkan fakta-fakta dari buku ataupun ceramah. baguslah kalau macam tu. tapi apabila kamu membaca sebuah entri yang bersifat teguran dan pandangan terutamanya yang berkaitan dengan "minat" "tabiat""kegemaran" ini eloklah kalau kita menilai diri kita balik, baca kembali entri tersebut buat sedikit atau sebanyak mana kajian yang boleh supaya kita boleh merasionalkan permikiran kita.

zyla perasan. ada pengomen yang seakan-akan tak nak mengaku yang ditegur itu salah.

zyla bukan ustazah k. tapi inilah yang zyla selalu lakukan.

bila zyla membaca entri tentang teguran dan pendapat ini terutamanya tentang agama , sikap dan perbuatan. zyla akan baca dua kali. ambik masa untuk menilai dan berfikir. kemudian zyla akan cari bahan contohnya fakta atau kajian lain tentang teguran tersebut. zyla membandingkan apa yang ditulis oleh blogger dengan maklumat yang zyla baca. kemudian zyla menerima ada betulnya apa yang ditulis oleh blogger tersebut dan apabila kita rasa tak selesa. janganlah marah. biasanya kalau orang buat silap bila ditegur dia akan marah? betulkan? sebab yang ditegur itu menjadi satu kebiasaan bagi mereka, tiba-tiba dipertikaikan. memanglah terasa ye.

Masyarakat hari ini zyla tengok susah sangat nak habiskan membaca surat khabar. lebih suka baca maklumat kat Facebook aje. lepas tu malas lagi nak cari sumber lagi bagi mengesahkan fakta atau berita yang tersebar. akhirnya terjadi SALAH FAHAM YANG SANGAT BESAR! dan yang teruk bila saling membalas komen masing-masing ego nak kata dia betul. aduii. pening kepala macam ni.

zyla selalu fikir, kalau dah macam ni gambaran para blogger dan pengomen dimasa ni, masa depan apabila generasi XYZ ambik alih tugas menulis entri yang bersifat lebih baru bagaimana agaknya keadaan masa tu? hurm

zyla sangat suka membaca. tapi zyla akan utamakan buku dahulu. sebba buku ni melalui proses edit dan tapisan. so In Sha Allah isinya selamat untuk dihadam oleh minda.

zyla harap para blogger dan pembaca diluar sana lebih berlapang dada apabila membaca entri yang mungkin bersifat "pedas" dan "lantang" sikit. ingatlah dan terima dia menulis berdasarkan pendapat dia. baguslah ada yang macam ni at least kita tak jadi lalai betul kan?

dan pleasee jangan rasa kita aje betul. mentang-mentang sekarang semua dah jadi degree holder. 
penat tau baca komen negative aje memanjang. ini baru blog belum lagi insta. lagi parah! 

semoga dunia blogger Malaysia akan melahirkan modal insan yang menjadi contoh terbaik generasi akan datang. 

selamat tengah malam. 




No comments:

Post a Comment