Monday 18 August 2014

Cerpen : Aku & Si Debab

Hu Hu Hu
Hu Hu Hu
Hu Hu Hu
Shalala lalala lala lalala
Lihat bintang malam
Untukmu biar menyinar
Berkelip diangkasa
sentiasa bersama
tak mungkin terpisah
sentiasa bersama
Mengapa kita manusia,
bermusuh bersengketa
mana hilang rasa rasa cinta
Oh tiada beza warna
tiada beza bahasa
ayuh kita semua
Hulurkan tanganmu
ucapkanlah salammu
ukirkan senyummu
kita berpadu
janganlah kau malu
janganlah kau ragu
ketepikan egomu
kita semua satu
Ingin aku bisikkan kepadamu
ingin ku menyatakannya
mengapa harus bermusuh-musuhan
bila kau mampu bercinta
Kini kau menjadi milikmu
kau juga milikku
Oh oh oh

Lirik Lagu : SATU – Le Rumbu

                           Aku dapat sahabat baru lagi. Dia bukan budak baru tapi ramai sangat budak kat asrama ni memang aku tak menyempat nak berkenalan dengan semua. Aku seronok kawan dengan dia. Dia ni sempoi, kepala pun selamba dan selesa bercakap dengan dia. Pendek kata sekarang kiteorang memang dah ngam. Masa aku teman dia ke kantin, ada sorang budak laki ni ejek dia “Debab” sebab dia memang agak cubby sikit. Tapi Si Debab buat selamba aje. Dia pandang budak laki tu macam alien. Budak tu pun satu suka-suka nak buat dosa free. Tak faham betul aku. Aku dan Si Debab ni boleh dikatakan nombor 1 0 bila berdiri sebelah-sebelah. Haaa.. gitu, dapat bayangkan tak?

           Tiba-tiba datang seorang sahabat. Dia tanya aku kenapa aku kawan dengan Si Debab tu? Haaa?? Macam mana aku nak jawab soalan standard budak darjah satu ni? Bukankah kita ni beragama Islam bersaudara tak kira lelaki ke perempuan . Disarankan untuk saling bertegur sapa, berbuat baik antara satu sama lain dan saling berkasih sayang? Allah SWT jugak berfirman “Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya”.

     Perkara yang aku tak sangka bila sahabat cakap Si Debab ni KEDEKUT! Hebat pulak sahabat aku ni bercerita, dah boleh jadi pengacara Melodi gayanya. Bila dia dah terlebih aku terus cakap NO KOMEN! Aku tak boleh nak percaya 100% apa yang dia cakap. Kembali kepada fitrah manusia yang memang tidak sempurna siapa aku nak menghakimi dia? Aku kene bersangka baik dengan Si Debab ni selagi mana dia berbuat baik dengan aku. Mak aku cakap cara seseorang individu tu menilai seseorang tak sama dengan individu lain. Aku anggap cara aku menilai Si Debab ni lain.  Semakin hari semakin ramai pulak yang bawa cerita tentang Si Debab. Teruk sangat ke Si Debab ni dimata diorang? Aku tengok Si Debab ni elok aje. Lagipun kiteorang satu bilik, aku lebih kenal Si Debab. Dan Hey! Aku tak mudah nak tumbang dengan hasutan korang. Sebaliknya yang jadi, aku dan Si Debab semakin akrab!
                  


       Si Debab ni minat giler Korea. Sangat obses dengan K-Pop dan sekutunya. Aku pulak sekadar minat anime dan layan komik, syukur jugak sebab Si Debab pun sama. Bila Si Debab ni ke kedai buku memang dia tapau habis semua komik kat situ. Tak beragak jugak Si Debab ni masa membeli. Nak aje aku tanya kedai buku ni tak nak bawak balik sekali ke?. Dari dialah aku tahu banyak benda tentang Negara Hiburan tu. Belajar bahasa Korea sikit-sikit, tahu budaya dan sebab kenapa Korea muncul begitu dahsyat dengan hiburan yang melalaikan banyak remaja sekarang ni. Sebabnya?? Sebab tu korang kene buat research sendiri. Tolong jadi rajin sikit ye. Pengetahuan Si Debab tentang Korea macam dia pernah duduk kat sana 10 tahun ! Sungguh aku tak sangka sampai macam tu sekali dia minat!
                   Disebabkan kami ni budak asrama., stock makanan memang sangat BANYAK! Mak aku cakap budak perempuan memang lebih kuat makan dari budak lelaki. Buktinya tu haa Si Debab dia pun mengaku. Jujur sangat kau ni Debab. Kalau part-part makanan ringan ni kiteorang jarang nak share sebab masing-masing ada stock yang macam UNLIMITED lak. Memang tak sempat expired stock tu aku rasa.
Nak dijadikan cerita, hari tu Si Debab ni tapau burger oblog bukan satu tapi dua! Yelah Debab, aku faham selera kau. Kebetulan aku pun buat Mee Sedap made in Indon tu. Kiteorang pun makan sama-sama. Aku ingatkan Si Debab ni nak bagi aku sikt rasa, sebabnya bau burger oblog tu memang sedap giler!! Kalau nak dibandingkan dengan Mee sedap aku ni, memanglah oblog dia lagi masyuukkk!. Tapi sangkaan aku meleset. Si Debab Ngap! Sorang. Betul-betul Ngap Sayot dia ni. Sabar jelah. Glupppp!!  telan air liur je. Lepas makan boleh Si Debab ni cakap kat aku “ Beb, sodap betul oblog abang tu. Kau patut rasa”. Ada ke patut dia cakap macam tu?? =.=. memang tak patut! Si Debab ni memang $%&*^$@@#$% betulah.

                  Lepas tu kiteorang layan komik. Lupa nak cakap, hari tu hujung minggu dan kiteorang tak boleh balik. Memang nak kene stay kat asrama aje. Nasib baik ada Lawak Kampus untuk aku tenangkan hati ini. Sekejap aku jeling Si Debab yang dok gelak tak ingat punya kat katil sebelah. Tiba-tiba aku terfikir, sekarang baru aku nampak apa yang sahabat tu cakap tentang perangai Si Debab ni. Bila aku toleh kali kedua dia dah zzzzzzzz... tidur.. aku boleh nampak perkataan “zzz” melayang-layang atas kepala Si Debab. Cepat pulak dia lena. Kenyang sangatlah tu. Hati aku memujuk mungkin Si Debab tu ada sebab kenapa dia macam tu? Dan aku ni pulak takkanlah sebab Si Debab tak bagi aku rasa oblog dia aku nak terus join budak-budak lain dok sedap mengumpat Si Debab ni? Dia tak ada salah kot?
         

           Satu hari mak aku hantar makanan. Menu dia tempoyak + telur dadar+ sayur goreng + jus tembikai. Sedap giler weeeee!!!!!. Rindu betul aku dengan masakan mak. Aku rasa nak melompat sampai bintang! Tapi aku kene kontrol ayu sebab ada mamat handsome melimpas, kang jatuh pulak saham aku yang tengah meninggi ni. Bankrup terus! Mak pesan ajak Si Debab tu makan sekali. Memang aku nak ajak sekali pon! Kiteorang siap pilih port baik punye. Menikmati menu ala-ala kampung dekat Taman Sains sekolah. Makan kat meja batu, dibawah rimbunan pokok yang lebat daunya, lepas tu daun-daun yang berguguran seakan-akan menjadi “karpet” dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Memang aku dah bajet macam makan kat Taman Bunga Sakura! Ok, itu aku berangan aje. Dalam masa makan tu, aku tanya Si Debab apa dia buat kalau kat rumah? Jangan tanya apa aktiviti aku kat rumah pulak kang tak habis cerpen ni!. Si Debab cakap dia tak buat apapun kecuali layan Korea. Beradik pun dua kerat aje, itu pun tak rapat, tak ngam, jaranglah nak bermesra macam orang lain apatah lagi nak berkongsi minat! Jauh sekali. Kalau jumpa pun nak bertekak aje. Kesian pulak aku dengar kisah hidup Si Debab ni. Si Debab pun cakap dia memang dah biasa bersendirian. Ni aku tak tahan ni! Sedangkan aku ni punyalah kalau kat rumah tak reti nak renggang dengan mak aku! Ok! Ok! Stop cerita pasal kau. Fokus pasal Si Debab ni.. mak ayah dia pulak selalu sibuk, so memang dia jarang berkumpul duduk mesra dengan keluarga dia. Nasib baik mak aku surirumah!
               Tak sangka Si Debab cakap dia sangat seronok kawan dengan aku. Waahhh!!! Aku rasa syooookkk!! Syukur ! eloklah kalau dia rasa macam tu sebab aku pun macam tu Si Debab!. Tapi perkataan “apatah lagi nak berkongsi” tu seakan-akan menyentap hati aku. Sekarang ni aku kiranya dah faham macam mana realiti kehidupan Si Debab ni. Aku rasa Si Debab ni KEDEKUT sebab dia tak biasa berkongsi. Yelah, kalau kita yang ringan tangan ni nak berkongsi dengan kawan lain makanan atau apa sahaja yang kita ada benda tu tak akan jadi pelik, tapi kalau kita tak biasa nak kongsi memang hak kita 100%, payah nak kongsi dengan orang dan kita akan fikir “diorang nak, diorang belilah sendiri”. AMBOI!  Sekarang nampak tak related kat situ? Sangat logik! Oleh sebab aku dah nampak kekurangan Si Debab ni, aku nekad dan aku cuba, jadi tak jadi itu belakang kira. In Sha Allah, aku usaha, aku doa Allah akan permudahkan.  BISMILLLAH.
           


            Setiap pagi aku akan beli kuih. 3 biji seringgit. Aku siap buat bajet pulak tu. Kang over bajet aku yang lingkup. Sebiji aku akan bagi kat Si Debab, dia tak akan tolak punya! Alhamdulillah setakat ni Si Debab tak menolak pun kuih yang aku bagi, kalau dia tak makan sekarang dia makan masa rehat nanti. So tak ada istilah pembaziran. Minggu pertama dia tak tanya pun kenapa aku bagi kuih setiap pagi. Kot-kot Si Debab ni fikir aku ada hajat kat dia. Selamat! Aku terus buat selamba anak itik aje. Tapi, aku sangka panas sehingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Akhirnya Si Debab tanya kenapa aku bagi dia kuih setiap pagi? Dia rasa segan. Aku senyum, aku cakap aku sahaja bagi. Sedekah untuk sahabat. Rasulullah kata antara cara untuk kukuhkan hubungan , dengan bagi hadiah sebab aku ni wataknya perempuan dan bukan lelaki so aku bagi kuih sebagai tanda kasih sayang aku. Makin lama aku buat dah nampak sikit perubahan kat Si Debab. Dia tergerak hati nak memberi. Pagi tu dia bagi aku coklat. Aku tak mengharap pun dia membalas asalkan hati dia ada terasa yang aku ni prihatin kat dia cukuplah. Dan Debab , kira kes kau tak bagi aku rasa oblog tu settle ek?? Sebabnya apabila kita menerima sesuatu dari orang yang rapat dengan kita seperti keluarga, sahabat, boyfriend kita akan rasa dihargai. Haaa.. gitu u’olls! Betul tak teori aku ni? Jangan pulak lepas ni korang minta sahabat, keluarga, boyfriend bagi hadiah hari-hari. Kopak pulak diorang nanti. Memberi bila kita teringat dan ikhlas dan yang menerima akan rasa kasih sayang tu. Perggghhh.. jiwang.
          Lepas tu pulak mak Si Debab ni datang bawak Kek Secret Recipe slice tu. Katanya sedekah untuk kelas seramai 34 orang pelajar yang penuh perangai pelik-pelik ni!. Aku siap kira dengan kalkulator. Harga satu slice kek tu RM 7.90 , jadi Rm 7.90 x 36 ( Si Debab dapat 2)= RM 284.40. Wooowww!!!!! Aku rasa mak Si Debab ni memang kaya. Huh! ( expresi wajah aku ni macam penyiasat sambil tangan diletakkan kat dagu, buat macam tu sekarang!)
          Hasilnya, sedikit demi sedikit ni dah reti nak berkongsi. Asal dia balik rumah aje, memang dia bawa banyak roti, biskut dan coklat. Katanya dari membazir sebab tak ada orang nak makan  baik dia bagi kat kekawan. Yelah mana larat Si Debab tu nak hadap sorang makanan banyak macam tu, Alhamdulillah, aku pun tumpang kenyang sekali. Terima kasih ye Debab, kau memang Debab!

   Dek kerana usaha aku yang bersungguh tu dan jugak dipermudahkan oleh Allah , Si Debab mula diterima ramai. Alhamdulillah. Makin ramai yang sedar dan taubaut  dari mengumpat Si Debab ni. Mana-mana je Si Debab pergi banyak yang tegur dia. Hari tu aku nampak Si Debak gelak sakan dengan kawan baru, tak syak lagi mesti dia tengah melobi drama Korealah tu. Ada jugak yang tanya , aku tak cemburu ke? Taklah,buat apa nak cemburu. Memang ni pun yang aku nak buat untuk Si Debab. Aku perhati Si Debab dari jauh, mata dia memandang aku penuh terharu, ye Si Debab kau nak cakap kau sayang aku kan?? Ye! Aku sayang kau jugak Debab!
            Peperiksaan akhir dah selesai. Keputusan pun dah dapat. Yang aku tak percayanya Si Debab dapat score 10 pelajar top tingkatan. Bayangkanlah kalau sebelum ni dia asyik dapat kedududukkan 20 aje, sekarang dengan aku sekali kau potong ye Debab. Tapi aku tak kisah sebab itulah hadiah atas kerja keras Debab. Syukur Alhamdulillah. Masa untuk kemas barang, cuti hujung tahun dah tiba! Weeee! Cuti sebulan aje pun. Kalau cuti lebih pening pulak mak ayah aku nak layan karenah aku nih. Sebak pulak rasa bila tengah kemas-kemas barang. Sementara menunggu mak ayah datang jemput, aku duduk borak dengan Si Debab. Aku tanya mak ayah dia kerja apa? Kiteorang jarang borak pasal hal peribadi sebab banyak gosip pasal anime tak habis-habis. Belum sempat Si Debab ni buka mulut , mak ayah dia datang naik BMW. Pergghh!! Memang superblah! Si Debab cakap ayah dia orang atasan Petronas. Patutlah kaya semacam aje Si Debab ni,teringat aku masa Si Debab ni berbelanja memang tak hingat dunia langsung!. Tapi aku salute dengan Si Debab ni sebab dia sangat bersederhana. Betul jugak apa dia cakap yang kaya mak ayah dia bukan dia, kalau mak ayah tapi bagi duit poket dia kosong jugak.
         Lepas tu aku tanya lagi, kalau macam tu ayah kau ada gelaran Datuk tak? Yelah kalau dah pakai BMW bagai. Soalan tu pun spontan aje keluar dari mulut aku. Sekali dia angguk kepala, aku pulak yang tercenggang. Si Debab ni tak suka mennjuk-nunjuk. Alhamdulillah tak riak. Ingat! Sebesar zarah aje perasaan riak ada dalam hati susah nak masuk syurga tau! Sekarang ni memang aku dah tau siapa Si Debab yang sebenarnya, disebabkan usaha aku memang banyak jugak sifat dan sikap Si Debab ni jadi lebih natural dan serasi dengan suasana sekeliling. Aku dengan Si Debab berpisah penuh tragis. Air mata tak mampu aku tahan, nasib baik tak banjir aje asrama tu, syukur jugak sebab cuaca baik. Dibuatnya tiba-tiba hujan jugak siap angin kencang dan kilat sambung menyambung bagai, aku tak tau nak cakap macam mana. Rasanya tak jumpa lagi kot tahun depan. Standard ending macam cerita Korea lah pulak!
         Aku pesan dekat Si Debab “Debab, kalau dok layan Korea jangan sampai lupa aku , kang tahun depan lupa ingatan sebab asyik layan hero mata sepet kau tu!”. Si Debab lambai aku penuh sayu lagi rindu. Aku pulak nangis tak hingat! Adik aku yang tengok drama Korea tak jadi tadi pakat gelakkan aku. Seminggu berlalu tiba-tiba Si Debab SMS aku. Haa. Ingat pun, Kalau tak tak SMS aku jugak Debab sepanjang cuti ni memang aku iqamatkan kau bila bukak sekolah nanti!
Si Debab:
::” Beb, aku dan adik dah berbaik sekarang. Thnks tau!”

Apa kaitan pulak dia adik beradik dengan aku ni?
Si Debab SMS lagi.
::” sebab kau banyak ajar aku macam mana nak kongsi kasih sayang. Betul cakap kau bila kita saling berkongsi dan memberi ni walaupun benda kecik akan terasa ikatan kasih sayang tu”

Terus aku lari dengan air mata peluk mak! Jangan pulak korang bayangkan aku berlari anak dengan rambut beralun ditiup angin lepas tu air mata berjujuran. Tu dalam anime aje.
Terima Kasih MAK! Terima kasih sebab ajar along untuk terima sahabat, ajar along untuk bersabar dengan karenah sahabat dan ajar macam mana nak kenal sahabat. Sayang mak!

                        *Tamat*  *cerpen:Aku & Si Debab*karya asal*FathinFazila*
          

Pengajarannya, kekurangan itu sifat yang datang dengan sebabnya. Jangan sebab kekurangan sahabat tu kita nak asingkan dia terus, tinggalkan dia terus. Ada sebab kenapa kita bertemu. In Sha Allah kalau kene gayanya, kita boleh bantu sahabat untuk ubah kekurangan dia sebagai satu kelebihan atau keistimewaan. Kadang kala kekurangan sahabat itulah kelebihan kita dan sebaliknya. Sahabat, kekurangan kau aku redhai dan kelebihan kau aku syukuri.


            
         
               




3 comments:

  1. Assalamu'alaikum. Cerpen yang menarik. thumbs up. Btw, boleh tau fb awak? nak in touch. =)

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam... terima kasih... fb zyla https://www.facebook.com/sakura.puteri.73

    ReplyDelete