Wednesday 23 July 2014

Berdiri Di Atas Kaki Sendiri

Assalammualaikum


Allah, terus terkesan zyla membaca status yang sahabat share dekat Facebook.


disebabkan hari nak raya ,penjualan bedak sejuk zyla terpaksa diperlahankan dan akhirnya direhatkan buat sementara waktu. In Sha Allah, seminggu selepas raya nanti zyla akan terus update blog satu lagi, kembali aktif di Instagram dan Facebook. doakan . amin. 

Bila diimbas kembali apa yang berlaku bulan ini. cukup besar pengajarannya. Allah, terima kasih kerana dugaan , halangan, cabaran dan keadaan zyla yang tengah jatuh ini zyla sedar akan sesuatu. zyla kembali pupuk semangat yang hilang.

berkat simpanan dan duit gaji yang seadanya, zyla jadikan modal untuk buat bedak sejuk. lepas tu, zyla try promote dekat kawan-kawan terdekat dan sahabat rapat. alhamdulillah, ada sambutan. walaupun tak seperti pisang goreng tapi zyla bersyukur dan yakin zyla masih mampu berjalan ke hadapan. 

zyla teruskan juga semangat walaupun tiba-tiba telefon rosak. durm. (termenung melihat Sony Sola tersadai keletihan menahan rasa)

tapi dia tetap bertahan! 

dengan itu, orang lain bersakan raya, zyla bersakan mengembangkan idea. dengan manuskrip dan jugak bedak sejuk ini sebagai tanda zyla masih tak putus asa untuk berdiri ditapak kaki sendiri!

dalam masa yang sama memanglah masih mencari peluang kerja walaupun keadaan kesihatan tidak berapa mengizinkan, rezeki di tangan Allah ,zyla yakin rezeki dan peluang masih ada. 

fighting!

akhir sekali,

Hati itu milik Allah SWT.

berdoalah kepada Allah SWT. 

Ya Allah,

Buat hatiku yang kini agak terluka, Kau sembuhkanlah ia. janganlah dibiarkan ianya menjadi benci dan dendam.

Ya Allah,

buat hati-hati insan yang aku rindui.
sampaikanlah kepada hati mereka bahawa aku teramat merindui mereka . Lindungilah mereka Ya Allah, rahmatilah Mereka sesungguhnya Merekalah insan -insan yang menyayangi aku dengan seikhlasnya, mengasihi aku sepenuh hati mereka.

Ya Allah,

buat hati yang sedang bertahan itu,
pinjamkanlah ketabahanMUkepadanya,
pinjamkanlah KesabaranMU kepadanya,
sampaikanlah padanya dari aku sokongan ini Ya Allah.
sesungguhnya aku masih kukuh disini memberikan sokongan buat dirinya 
berikanlah dia kesihatan yang baik,
berikanlah dia jalan bagi setiap permasalahannya Ya Allah,
kekalkanlah apa yang baik untuk dirinya,
hadirkanlah apa yang baik untuk dirinya,
pertemukanlah apa yang baik untuk dirinya.


sesungguhnya Ya Allah, 
 hanya padaMu aku berharap dan bergantung harapan.

Amin Ya Rabal Al-Amin.


No comments:

Post a Comment