Sunday 13 July 2014

WARKAH HARI JADI NOOR AZILAH ABDUL AZIZ

Assalammualaikum.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH.


hari ni 13 Julai 2014

SELAMAT HARI JADI SAHABAT , NOOR AZILAH ABDUL AZIZ yang ke 22 tahun. 

dan bersempena persahabatan kita yang dah masuk tahun ke 10 ni,

Zyla doakan semoga persahabatan kita akan terus kekal hingga ke syurga. dan bilamana nanti di akhirat kita disoal tentang persahabatan ini, adakah kita berdua telah menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan tuntutan Islam, kita akan menjawab dengan baik tanpa sebarang pertelingkahan.

zyla doakan jugak Ieyla akan terus jadi seorang muslimah yang baik dan solehah. In Sha Allah, ye, memang kita banyak kekurangan tapi Allah SWT sentiasa bagi kita masa untuk terus berubah dan muhasabah diri. zyla pun begitu juga dan terima kasih sebab sentiasa jadi GARANG bila zyla buat salah. 

semoga Ieyla akan jadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa dan contoh kepada adik-adik. menjadi saudara dan sahabat yang penyayang kepada insan-insan yang ada disekeliling. 

semoga terus bersemangat dan tak putus asa dalam menuntut ilmu dan mencapai cita-cita. in sha Allah , masa Ieyla grad nanti Zyla akan hadiahkan bunga dan teddybear. (^_^).

zyla sangat hargai persahabatan kita walaupun kita tak banyak simpan gambar kenangan bersama. yang penting semua orang ingat tentang persahabatan kita. dan sudah semestinya memori antara kita akan kekal dhati masing-masing. 

dan hayatilah puisi ini khas utk Ieyla,( bkn karya zyla).

kawan semangkuk sepirig makan,
kawan sebantal seketiduran,
kawan sebaya sepermainan,
bagai kuku dengan daging,
bagai aur dengan tebing,
bagai ikan dengan air,
bagai jarum dengan kelindan,
ke hulu sama ke hulur,
ke hilir sama menghilir,
yang tahan asak dengan banding,
yang tahan berpahit-pahit,
kalau koyak tampal menampal,
kalau condong sokong menyokong,
terbakar  sama hangus,
terendam sama basah,
luka tak dipampas,
mati tidak diungkit,
sakit tidak disebut,
salah tidak ditimbang,
hutang tidak dibayar,
bagai seibu seayah kandung
bagai kulit dengan isi,
bagai lukah dalam air,
itulah kawan berlapang,
guntingnya tidak memutus,
simpul tidak terungkai lagi.


Firman ALLAH swt dalam surah al-Syura ayat 23, bermaksud:

"itulah yang ALLAH  gembirakn hamba-hambaNYA yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu upah untuk ajaran Islam yang Aku sampaikan itu, melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu yang baik, Kami tambahkan kebaikan baginya kebaikan itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun , lagi sentissa membalas dengan sebaik-baiknyaa".




No comments:

Post a Comment