Monday 21 July 2014

Iqra ! Bacalah

Assalammualaikum.

Ramadhan 23, 1435 H.


Bismillah. 

santapan minda zyla dipagi awal.

yelah, sementara ada kelapangan masa ni kan. sambil menikmati pagi yang beralun lembut anginnya. walaupun matahari nampak agak "oren" sangat warnanya. ayah kata, memang sangat panaslah cuaca hari ini kalau matahari macam tu. sabar jelah.

alhamdulillah, kiteorang adik beradik dah ada koleksi majalah GEN -Q ni. ni banyak lagi sebenarnya. tapi yang ni yang zyla dah baca setakat ni. punyalah penuh penghayatan zyla baca, sampai dua hari dan dua kali zyla ulang baca. sedap hati baca majalah ini. 






paling zyla suka ialah ada bahagian-bahagian yang macam ni. peringatan yang ringkas. senang kita nak ingat.

disebabkan sekarang ni pun zyla tengah usaha untuk hasilkan manuskrip zyla akn lebihkan membaca dulu lepas tu baru menulis. sebabnya kadang-kadang sebelum zyla menulis, memang zyla akan fikir dulu rangka-rangka manuskrip, lepas tu akan tapi lagi, letak perasaan kat dialog dan suasana dalam manuskrip, tapi sekarang zyla nak tambah sesuatu. macam cara Hilal Asyraf menulis, selitkan juga terjemahan Al Quran sebagai ingatan. In Sha Allah. 


so, hari ini zyla memilih untuk tajuk "BERANI UNTUK JUJUR".

kepada yang belum berkenanalan lagi dengan GEN -Q ni cepat-cepatlah cari dipasaran. memang sangat sesuai untuk kita. paling syok sebab setiap helaian itu sentiasa ada kisah, hadis Rasulullah SAW. 
kadang-kadang buat zyla rasa sebak dan semakin rindukan Rasulullah SAW . selawat ke atas baginda. 

Iqra! bacalah. 

zyla faham banyak yang malas nak membaca. macam zyla, kalau bab surat khabar ni lambat sikit. tapi bila dah baca sampai ayah kene tunggu giliran pulak.. muaha. n to my beautiful mum! terima kasih sebab didik budaya membaca sehingga begitu utuh dalam jiwa kami adik-beradik dan sediakan rak buku yang buatkan zyla selalu terkenangkan rumah bila berjauhan. 

Buku ni boleh jadi cermin diri kita sendiri. jangan malu bila apa yang ditulis kat buku ni seakn-akan menyindir kita! lakukan perubahan! sedikit pun tak apa. gagal, cuba buat lagi.. slow-slow. macam kura-kura, jalan lambat pun dia sampai jugak ke mana sahaja dia nak pergi. (^_^).

isikan hati dengan lebih banyak bahan bacaan berunsur ilmu yang bermanfaat. zyla pun peminat tegar Lawak Kampus jugak. tapi zyla seimbangkan sebab tak naklah terlalu serius. nanti tak kene tempat pulak.

zyla memang suka blog. tp kalau nak membaca bahan-bahan macam ni zyla lebih memilih untuk beli buku. lebih selamat infonya. google ni tak boleh percaya 100%. ada jugak tak betul. nanti apa yg kita sampaikan tu tak betul pulak. 

dan lepas ni In Sha Allah nak wujudkan lebih koleksi buku-buku kesihatan. 





No comments:

Post a Comment