Sunday, 27 July 2014

Kekuasaan Mu Ya Allah!

Assalammualaikum.

Ramadhan 28, 1435 H.

Esok raya,

semuanya bakal disambut dengan sederhana.

In Sha Allah. hari kemenangan buat umat Islam . tapi tahun ini seakan-akan suasana beraya tak seperti raya tahun -tahun sebelumnya. dari Mac 2014 kita dikejutkan dengan musibah MH 370, yang sampai sekarang masih tiada penghujungnya, pesawat tersebut masih menjadi misteri kerana kehilangannya masih belum dapat dikesan. terbaru perang yang sedang berlaku di Palestin. Israel terus-terusan menyerang Palestin tanpa belas kasihan. Allah! selamatkanlah bumi Palestin. wahai rakyat Palestin! aku mencemburui dan kagum dengan  kamu dalam diam, kamu gagah berjuang demi pertahankan tanah airmu, kamu terus bersemangat demi tanah air mu, kamu terus mara ke hadapan demi Agama Kita, Agama Islam!. dan dalam perjuangan Jihad mu itu, kau telah tumbang Syahid. sungguh besar nikmat yang menanti kamu diakhirat kelak. sesungguhnya di alam akhirat nanti tempohnya ialah abadi bukan sementara seperti di dunia ini. 

Kemudian, disebabkan konflik dua negara, sekali lagi pesawat MH17 yang sepatutnya tiba dari Ukranie ke Kuala Lumpur pada pukul 6.00 pagi telah ditembak dan terhempas sehingga tiada satu nyawa pun yang terselamat! Allah ! begitu besar dugaanMU. Seorang bapa kehilangan anaknya, seorang suami kehilangan isterinya, seorang anak kehilangan ibu bapanya, dan ada juga sebuah keluarga turut terkorban. tidak dapat zyla nak bayangkan apa perasaan ahli keluarga mangsa yang begitu teruja menunggu kepulangan insan tersayang. 

seperti itu juga perasaan ahli keluarga mangsa MH 370, jika MH17 mayat mangsa sudah dibawa untuk pengencaman tetapi mangsa MH370 belum juga ditemui. 

pastinya mereka pilu mengenangankan AidilFitri yang bakal menjelma. sudah tentu kesedihan mereka kembali bertandang. 
Tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri sebab kejayaan beliau mendapatkan kotak hitam dan mayat mangsa MH17 kepada pihak Malaysia dalam  jagaan yang selamat. walaupun proses pengencaman mayat dijangka mengambil masa berbulan lamanya, zyla doakan supaya ahli keluarga mangsa terus bersabar. In Sha Allah besar rahmatnya bagi mereka yang bersabar 


tidak tertahan sebenarnya air mata zyla saban hari mengikuti perkembangan yang berlaku di Palestin. Masya -Allah! sedangkan Palestin yang diserang, begitu banyak nyawa terkorban terutamanya wanita dan kanak-kanak, pihak Israel dan sekutunya terus-terusan menyerang tanpa henti.

 zyla berdoa agar perang ini bakal berakhir. tidak sanggup untuk zyla terus menatap gambar-gambar anak-anak Palestin yang syahid penuh dengan darah, cacat anggota badannya , dengan kehidupan mereka yang serba serbi tidak cukup keperluannya. 

zyla cukup terharu dan terus menjadi kuat dengan ayat seruan ini.

"berdoalah wahai muslimin, sesungguhnya orang kafir itu tidak memiliki kuasa doa seperti kita!"


sebelum zyla meneruskan perjalanan,

bersempena Hari Raya Aidilfitri 1435 H, zyla memohon maaf kepada sahabat, rakan, kenalan, ahli keluarga dan sanak saudara atas sebarang kesalahan yang telah zyla lakukan tanpa sedar. maafkan zyla apabila tak sedar kata-kata atau tindak tanduk zyla menguris hati kalian semua.

semoga berbahagia pada Aidilfitri kali ini.



Lirik Lagu : Tamatkah Riwayatmu.
Penyanyi : Wani & Indera
Sumber :youtube

Disaat dunia menantimu,
kembali disisi memeluk rindu,
hibanya hati terus meluku,

terasa tidak ingin percaya,
berita hiba bertambah lara,
jika itulah takdirnya,
dalam tangisan terima berita.

akhirnya dunia memberitahu,
tamatnya riwayatmu dilautan,
yang bergelora terhempas punah segala harapan,

untuk kembali dengan sempurna,
Tuhan ku berharap berzahir Kau beri,
taman jiwa diuji inilah tandanya kerdilnya kami,
tidak satu pun kuasa mampu mengatasi.

lagu memperingati MH370.



No comments:

Post a Comment