Monday 7 July 2014

Menjemput kembali keyakinan diri!

Assalammualaikum.

alhamdulillah.. ibadah puasa masih lagi disempurnakan dengan baiknya. alah bisa tegal biasa, umur dah 22 tahun tak biasa puasa memang nak kene setepek dengan mak zyla.. muahaha!

okeh2.. malas nak mencarut banyak sangat sebab ada kerja lain nak buat ni demi sesuap nasi. amboi!

sekarang ni zyla tak bekerja. dan baru aje menabur biji-biji anggur tak kawasan rumah zyla. inilah keadaan yang akan membuatkan zyla dikritik maha hebat oleh otai-otai di luar sana. urm, biarlah. zyla menerima kritikan selagi tak melampau dan selagi mereka mengkritik dengan cara yang baik.

kenapa zyla cakap macam tu sebab sekarang ni zyal jadi lebih sensitive. tak mudah nangis tapi MERAJUK! 

sekarang ni awal bulan Julai dan sebenarnya zyla sangat terkejut sebab tahun ni agak pressure bagi zyla. dan syabas untuk hati kecil zyla sebab masih mampu bersabar dan bertenang.

benda dah lepas dan zyla malas nak ingat lagi. seperti dulu, biar masa yang sembuhkan rasa kecewa dihati. ini proses kehidupan yang zyla harus terima. walaupun setiap masa pujuk hati,Allah SWT uji hambaNYA tidak kurang dari kemampuan hambaNYA dan zyla redha. jika itu kifarah zyla terima, itu pengajaran zyla akan ingat dan jika itu teguran zyla akan terus perbaiki diri untuk jadi lebih baik di masa hadapan.

sekarang zyla tengah fikir dan kaji kemampuan diri dan yang paling penting keyakinan diri yang semakin malap cahayanya.

dalam masa dua minggu menganggur ini, zyla kerap fikirkan apa nak buat. mesti korang akan cakap, carilah kerja! kan dah ada Diploma in Accountancy. memanglah ,hati zyla penat! so bagi rest. nanti lepas raya baru all out!. 

so zyla comeout dengan jual BEDAK SEJUK!! muahaha.. 

baru aje nak mula.. alhamdulillah walaupun jualan tak macam pisang goreng tapi mampulah zyla nak belanja adik makan pisang goreng hari-hari.. heee. melawak aje. 

untuk menjemput kembali keyakinan diri, zyla mulakan dengan Bismillah, niat mencari rezeki kerana ingin teruskan kehidupan, senangkan hati mak ayah, permudahkan perkembangan hidup zyla dan dapat berjasa dengan orang sekeliling. 

apapun pengajaran yang baru berlaku 3 minggu lepas , pesan zyla .. janganlah sesiapa sanggup dan berani menggunakan unsur-unsur sihir untuk kepentingan diri sendiri. kdang kala anda tak sedar , perbuatan anda telah melukan hati orang lain, tiba masanya mungkin sukar perbuatan anda untuk dimaafkan kerana zyla hanyalah insan biasa.

mood berangan : satu hari nanti, In Sha Allah kalau zyla dah kerja , entri ni akan buat zyla sebak sebab masa ni zyla tak ada apa-apa, simpanan pun makin ciput, orang kiri kanan tak pandang, tapi hari zyla dah berjaya nanti zyla sentiasa akan ingat dan bersyukur betapa indahnya Allah SWT ujian dan berikan nikmatNYA kepada zyla. 


No comments:

Post a Comment