Wednesday 16 July 2014

its over? and i leave.

Assalammualaikum..

Ramadhan 17, 1435 H.


zyla seronok berkenalan dengan sesiapa pun. sebab pengalaman tu akan bagi zyla kenangan dan pengalaman. 

zyla memang mudah rapat dengan sesiapa.

alhamdulillah ukhwah zyla dengan kawan-kawan terjalin penuh dengan rasa hormat dan kasih sayang.

bukan nak membangga diri. 

tapi niat zyla bila berkawan.

zyla tak mau gaduh-gaduh dan tak anggap perbezaan itu sebagai halangan untuk terus berkawan.

biarpun mungkin masa ni ramai sahabat yang lebih berjaya dari zyla. zyla bersyukur dan bangga. bukannya nak terus asingkan diri dari mereka dan berlumba-lumba nak berjaya jugak.

zyla suka bangunkan diri dengan usaha sendiri. kalau jatuh bangun susah senang zyla telan sendiri, lebih mendamaikan jiwa sebab semua tu didik jiwa zyla jadi lebih kuat.

bila bergaul dengan sahabat yang hari-hari zyla jumpa memang dengan mudahnya hati ini terniat nak berkongsi susah senang, suka duka dengan dia. sebab bagi zyla dengan cara itu kita akan lebih menghargai satu sama lain.

tapi! 

setiap pertemuan itu akan ada perpisahannya.

ye, zyla dah faham sekarang.

dan doa zyla.

andai Allah SWT tak takdirkan untuk kita bertemu lagi. zyla doakan awak akan terus berjaya. mencapai cita-cita dan impian. zyla doakan awak selalu. amin. terima kasih selama tempoh itu mempercayai zyla, beri semangat dan sentiasa membantu. semoga Allah permudahkan segala-galanya buat awak.

dan berharap satu hari bila awak dah berjaya, zyla boleh tengok dari jauh dan tersenyum bangga. zyla percaya akan ada yang lebih baik dan yang tersedia ada adalah yang lebih baik.

dan zyla tak  lupa untuk berdoa kalau ada lagi peluang untuk bekerjasama. mungkin zyla akan fikirkan dua kali. dan mungkin jawapan pertama adalah TIDAK.


tapi sebelum tu, harap jugak nanti kalau zyla nak naik pelamin awak boleh datang ye. doakan. (^_^)






gambar sahaja nak buat pembaca gelak.

bagus betul budak ni.








1 comment:

  1. Dalam bersahabat selalu begitu kan babe.. hmmm.. nak mengeluh pun serba salah..

    ReplyDelete