Wednesday 17 September 2014

Amalan ketika Haid

Assalammualaikum.
Bismillahirahmanirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah baru sekarang ada mood nak update blog. straight to the point sebab tak nak mukadimah panjang sangat, zyla nak kongsikan tentang amalan semasa haid. so entri ni untuk ladies-ladies yang nakkan keadaan selesa semasa haid. dan ini jugak merupakan amalan tradisional yang mak zyla ajar untuk amalankan. dan lepas entri ni kalau nak tambah apa-apa, just drop your comment below. ^_^. sharing is caring right?

Selalunya bila kita nak datang haid ni kita akan alami beberapa petanda kan? contohnya sakit perut, lenguh kat bahagian pinggan, tumbuh jerawat, tak lalu makan, badan rasa letih tak bermaya, emosi tak stabil. payahkan sebab macam satu alahan pulak. 

Amalan yang zyla amalkan supaya sepanjang haid tu untuk terus rasa selesa ialah:

1. apabila mula terasa mood mudah terganggu zyla akan bersendiri dan berzikir. mengucap banyak-banyak. perempuan ni biasalah kan, bila dah marah dah tak fikir dah. dan juga zyla akan tonton video Mat Lutfi so zyla akan rasa nak tergelak. hilang terus rasa nak marah tadi. 

2. Air Sirih


Sapa yang kat sini sengugut teruk? ada keputihan sebelum haid? badan cepat letih, lesu? amalkan minum air sirih ni dalam keadaan suam. memang mula-mula akan rasa tak selera , tapi ubat mana adanye yang sedap. kalau ibu-ibu bersalin diorang dah biasa minum air tradisional ni. so untuk yang masih dara tu, korang minum sikit  . senang aje nak sediakan, reneh air sirih tu. lepas tu minum. In Sha Allah bagi yang sengugut teruk tu akan hilang perlahan-lahan sebab orang tua kata air sirih ni melancarkan darah. dan lepas haid korang akan rasa keputihan itu akan hilang secara beransur. ^_^. kalau keputihan tu normal disebabkan kepenatanlah. seban ada jugak keputihan yang merupakan tanda penyakit lain. 

2. Air Kunyit.


Air kunyit. hahh?? apa lagi ni?? alalal, relax. air kunyit ni lagi tak sedap dari air sirih tu. ni kunyit hidup tu, ambik sikit, potong dan ketuk dalam lesung batu. campurkan air , tambah sikit garam dan minum. kalau nak perisa letak garam so rasa masin sikit. telah laa sikit-sikit. fungsi nya? mengikut mak zyla, boleh serikan wajah dan menyembuhkan luka dalaman. tapi memang betul boleh serikan wajah sebabnya zyla pun memang amalkan dan alhamdulillah, tanpa mekap pun wajah taklah kusam dan lesu bila dah petang. 

3. Lidah Buaya



Lidah buaya. haa. jangan pulak tangkap buaya hidup tu.. tahu kan lidah buaya?okeh, ada sesetengah orang bila dia haid, bibir akan kering. kulit bibir tu mengelupas. jadi, inilah jugak antara rahsia zyla untuk menjadikan bibir sentiasa lembab dan merah . letak kan lendir lidah buaya ni sikit kat bibir, dan jangan risau sangat cepat kering. dah tak payah nak pakai lipsgloss kot lepas tu. 

4. Bedak Sejuk 
Dan masalah yang paling besar ialah jerawat. ni kes memang teruk. sekali nak haid sekali tu jerawat melanda bagaikan cendawan tumbuh . seperti zyla jugak, jerawat yang nanah sampaikan kita demam dibuatnya tumbuh pulak merata-rata. dan kadang-kadang tumbuh dikawasan yang tidak sepatutnya! memang spoil terus mood. mungkin jugak ada yang akan alami wajah pucat , kulit lesu  , kusam dan berminyak?? zyla kalau nak tahu dah nak haid, makin rajin zya tepek bedak sejuk ni kat wajah. dan bedak sejuk homemade zyla ni sangat baik sebab mengandungi kunyit yang boleh bantu serikan wajah. bagi yang dah pernah cuba tahulah kesannya lebih-lebih lagi pada kali pertama menggunakannya. 

5. Jaga kebersihan.

Masa haid ni darah kita keluar memang tak dijangka banyaknya. sebab tu seringkali alami bocor, masa macam ni jangalah malas-malas ye. kene rajin tukar dan mandi. 

In sha Allah zyla harap apa yang zyla kongsikan ini akan dapat membantu ladies diluar sana dalam tangani masalah ketika haid dan kalau korang sudi nak amalkan petua yang zyla bagi, In Sha Allah korang akan rasa selesa sepanjang tempoh haid. 

sampai disini sahaja. In Sha Allah kalau ada petua lain zyla akan kongsikan lagi.

Sebelum terlupa, kalau nak rasa penangan Bedak Sejuk Homemade By Zyla, 
Boleh whatsapp zyla di - 013 2832465.
Harga rm20.00 utk 120 gm dan FREE POSTAGE DISELURUH MALAYSIA!








4 comments:

  1. bagusnya tips.., sya cuma amalkan yg last ja..hehe..yang lain mcm sengugut tu saya biarkan atau berbaring sbb tak teruk mana pun atau letak bekas yg isi dengan air panas n tuam ja atas perut sampai selesa. kalau jerawat biarkan ja juga, jangan gatal tangan sentuh n bibir kering saya banyakkn minum air atau calit dgn pelembab ja.. senang..

    ReplyDelete
  2. ^_^> dulu zyla pun biarkan aje kalau sengugut, tp byk yg nasht kalau rs sengugut tu teruk sgt baik amalkn minum sirih nnti tkt ssh nak mengandung.

    ReplyDelete
  3. Murni singgah sini :)
    anda telah ditag utk Liebter Award

    http://murnimohdyusof.blogspot.com/2014/09/liebster-award-2.html

    ReplyDelete
  4. ibu iz pun minum air kunyit..tapi campur madu ngan telo ayam kampung.. ibu bagitahu anak dara tak boleh minum selalu..elok untuk yang dah berumah tangga..

    ReplyDelete