Sunday 14 September 2014

Cabaran Liebster Award

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Zyla baru nak sambung buat Jom Kenal Sahabat Blogger ! tadi. tetiba pulak tengok kat chatbox, blogger Fahira Fuadi nominated zyla untuk cabaran : Liebster Award ni.. awwwww.. sungguh tak sangka.. alhamdulillah. dahlah soalan dia pun ada yang bertanya tentang bisnes! so jum kita masukkan sekali produk zyla dalam jawapan tu. tapi ni nak cari 11 orang lagi blogger untuk zyla tarik diorang join Liebster Award ni!



terima kasih daun keladi , kepada blogger Fahira Fuadi sebab tag zyla untuk award ni. jadi, seperti yang diamanahkan zyla kenelah menjawab 11 soalan yang diberi.. 

Soalan 1:

Apa gol hidup you pada 6 tahun akan datang?

Jawapan:

6 tahun akan datang? maksudnya masa tu umur zyla dah 28 tahun. semestinya masa tu zyla dah menjawat jawatan kerajaan (In Sha Allah) secara tetap, kemudian zyla sedang/ sudah mengenggam segulung Ijazah dalam bidang Perakaunan. dan jugak, zyla dah naik pangkat dalam kehidupan bergelar isteri .amin,rabal al aminn.. mudahan dipermudahkan oleh Allah SWT. 

Soalan 2:

You lebih prefer kerja makan gaji ke kerja sendiri?

Jawapan:

buat masa ni makan gajilah . haaa. bukan sebab nak senang ke apa. sebab nak gumpul pengalaman dalam bidang akaun ni sehingga berjaya. amin.

Soalan 3: 

You suka buat bisnes tak dan ada bisnes sendiri tak sekarang? Bisnes apa yang korang jalankan tu?

Jawapan:

alhamdulillah, ni soalan rezeki namanya. sekarang ni memang zyla tengah menjual bedak sejuk homemade by zyla, nape tak jual benda lain? apakah pelik bebenor produk zyla? haha. pelik ke? pelik tulah zyla.. tujuan zyla jual benda ni sebab tergerak hati nak bagitau kepada sesiapa yang ada masalah wajah tu lelaki / perempuan sila-sila terjah blog zyla ye. sebab bedak sejuk ni super duper baik dan sopan santun terhadap kulit wajah. dia akan membantu untuk menyahkan masalah wajah korang, kesannya lambat tapi hasilnya kekal!! amboi tagline nampak... haha. tapi zyla taklah buat besar besaran sebab takut nanti kang tetiba pulak dah kerja tetap tak menang tangan nak buat itu ni. 

Soalan 4: 

Dari tahun berapa lagi you blogging dan siapa yang inspired you?

Jawapan:

sebenarnya zyla bukanlah newbie dalam dunia blog ni. zyla start blogging ni sejak tahun 2011 lagi, zyla bermula dengan blog sakuraputeri. zyla tak sambung kat blog tu sebab zyla sendiri tak ingat dah email dan password dia. dan sekarang tetiba rindu pulak dengan sakuraputeri. siapa yang inspired zyla? banyak, kak Maria Elina, abg Ben, yang banyak tolong zyla, dan promote blog zyla. begitu jugak dengan kak Sunnah Sakura yang rupa-rupanya blogger sarawak jugak dan seorang blogger yang dah jadi novelis sekarang ni kak Kathy Tuah. ^__^. 

Soalan 5:

apa cita-cita you?

Jawapan :

apa cita-cita zyla? sebagai Hamba Allah SWT, yang kecil dan hina lagi kerdil ni. zyla nak setiap hari zyla menjadi seorang insan yang lebih baik dari hari ini. zyla tak nak tergolong dalam golongan yang rugi. zyla nak jadi anak dan kakak yang solehah dan baik untuk mak ayah dan adik-adik zyla. dan zyla nak jadi sahabat kepada sahabat-sahabat zyla yang inginkan sokongan dan dorongan dari zyla. dan zyla nak jadi isteri pada usia muda, hahahaha! tak de benda lain. 

Soalan 6:

Prefer Study atau work?

Jawapan:

zyla nak bekerja sambil belajar sebab bidang akaun ni jenis yang advance dan kadang-kadang menakutkan disebabkan oleh permasalahan kerja yang bersifat variable. nak balance kan financial statement bukan mudah dan bila balance pun bukanny betul dan tepat. so zyla nak bekerja sambil belajar walaupun pada tahun ni, sepatutnya tahun pertama zyla mencari pengalaman kerja dan tahun depan zyla nak apply sambung study, semuanya musnah ranap sekali! aduiiiiii.. takpe, dugaan Allah. terima kasih Ya Allah sebab bagi zyla lebih masa untuk berfikir lebih dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. 

Soalan 7:

Senaraikan 5 wishlist you dalam hidup?

jawapan:

1. zyla nak jejakkan kaki ke Kota Bercahaya , Madinah. zyla nak kerjakan ummrah. In Sha Allah. nak tengok kaabah.

2. Zyla nak perbaiki sifat lasak ni sebab sifat lasak nilah spec dan hp sering bertukar . ade je alasannya.

3. zyla nak kerja sambil study!

4. zyla nak ada masa Asyraf Hafiz grad nanti dan zyla nak tengok insan yang zyla sayang ni bahagia.
   Bahagia itu pasti akan jadi milik awak. ^_^ bersabarlah sayang. 

5. zyla nak namakan anak zyla dengan nama yang zyla suka. Mohd.Amirul Ashraf... gitu. 

Soalan 8:

Kalau you ada duit 1 juta apa you nak buat?

Jawapan:

zyla buat solat istikharah.. dan mudahan itu hanyalah mimpi. haha., 

Soalan 9:

Binatang apa paling you suka?

Jawapan:

Kucing, miaw-miaw.. sebab kucing manja!

Soalan 10:

Prefer hidup dibandar atau kampung?

Jawapan:

kampunglah!!! kampung best! sebab kalau nak makan buah  boleh rembat aje kat kebun atuk. tak payah zyla susah-susah nak pergi beli. free lagi.

Soalan 11:

You pernah tak alami pengalaman pahit sampai you trauma?

Jawapan:

fuhh.. soalan.. smua ada kene mengena dan jadi dalam kehidupan zyla sekarang ni dan tahun ni! adalah. traumalah jugak?? apa dia!! sihir! zyla berharap mereka yang membela saka dan suka benda-benda macam ni taubatlah , nanti mati bumi tak terima tahu. so zyla trauma bila tetiba ada bunyi pelik-peik kat dapur, sebba benda tu jadi kat dapur sebelum Ramadhan.. aish.. tanjat gugurl!


.............

selesai dah zyla menjalankan amanah Liesbter Award ni. jadi zyla akan bagi panduan untuk sesiapa yang bakal ditag oleh zyla kejap lagi.

panduan Cabaran Liebster Award:

1. Mention blogger yang tag korang tu.
2. Jawab 11 soalan yang diberi
3. Calonkan 11 blogger yang followers nya kurang 1,000
4. Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 blogger tersebut
5. maklumkan kepada 11 blogger tersebut.



9.Mia

 haaa.. selesai sudah.. okeh untuk blogger di atas mesti korang terkejut kan sebab seorang blogger yang tak dikenali telah tag korang untuk cabaran ni. dari mana zyla dapat link blog korang? sudah semestinya dari Facebook dan jugak blog walking yang zyla buat, Jom Kenal Sahabat Blogger!
Soalan yang diorang perlu jawab dari zyla ialah:

1. Handphone jenama apa yang korang guna sekarang ni, dan nyatakan pendapat anda tentang jenama tersebut?
2. Siapa sahabat baik korang dan berapa lama dah berkawan?
3. Nyatakan ayat motivasi yang sangat berkesan dihati anda?
4. Bila bangun pagi apa perkara pertama yang korang buat?
5. apa amalan korang bangun pagi?
6. antara bedak sejuk tradisional dan mask moden mana satu yang korang prefer?
7.  apakah makanan yang korang tak boleh makan?
8. apabila dah besar  ni macam mana hubungan dengan ibu anda? adakah makin rapat?
9. Movie apa yang korang paling suka tengok?
10. Blogger mana yang korang rasa awesome
11. adakah anda rasa anda cute, cantik dan kacak? dan anda harus katakan ya, sebab ciptakan Allah itu semuanya cantik-cantik belaka.


selamat menjawab ye..^__^Bismillah.








3 comments:

  1. Mohon share panduan liebster award tu ye. Time kasih. www.armilastyle.blogspot.com.

    ReplyDelete
  2. http://thisiera.blogspot.com/2014/09/cabaran-liebster-award.html

    SAYA DAH JAWAB LUPA NAK KOMEN HARI TU :)

    ReplyDelete