Thursday 25 September 2014

Ex Boyfriend

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim



dia ini SETSUNA 




dia ni pulak USUI TAKUMI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Tajuk petang ni gempak dan serius sedikit.  maaf kalau ada yang terguris hati atau rasa nak melalak sampai 5 hari.  zyla tahu, tak payah tengok muka pun dah tahu. korang semua mesti pernah ada boyfriend kan??  bakteria apa tu?? toksah nak jadi kura-kura dalam sampan lak. ketuk kepala kang. lepas tu percintaan yang menjadikan para gadis angau sampai dah tak hingat nak makan , menjadikan handphone bagaikan nyawa, kalau tak ade dah rasa nak mati.. akhirnya putus tanpa diduga. kesian .menangis melalak tak terkata. ada yang sampai nak bunuh diri. hurm.

kan? kenyataan. zyla pun sama. tapi itu bertahun yang lalu.

nak tahu sikit?

dia kahwin dah.

hah??? tak payah nak ngaga sangat mulut tu. tutup sikit.masuk lalat kang.

apa yang zyla nak cuba sampaikan ni?

zyla sangat berharap entri kali ini akan menjadi sesuatu nasihat ataupun kesedaran dan juga sesuatu yang akan membuatkan sesiapa sahaja yang penuh kecewa sebab cinta tak halal ini menjadi lebih berlapang dada, bersangka baik dan mula terima kenyataan.

zyla adalah buat sedikit pemerhatian. budak-budak sekarang ni banyak yang couple sebab trend. kalau tak ada kapel tak "hot"". hot hang!!! neraka lagi hot.

zyla lak? 

nak tahu.. dulu.. ada seseorang yang push dan kerana orang itulah zyla terjebak dengan benda ni.

tak pe . kisah lalu.

zyla faham korang kecewa. tak boleh nak terima hakikat. kenyataan. Putus sebab apa? dia curang? 
itulah penyebab yang akan membuatkan banyak gadis rasa macam nak buat kenduri arwah sendiri dah. betul kan?

relaks..

tarik nafas dan hembus perlahan.

gurls, anggap itulah dugaan Allah. DIA sangat sayangkan kita. sebab itu DIA tarik perkara yang kita suka tapi kita lalai. lalai dengan misi hidup kita. lalai dari menepati janji dengan DIA. mana kita tahu janji kita dengan Allah? apa janji yang sebenar memang zyla sendiri tak tahu, tapi yang pastinya patuh pada perintahNya , jauhi laranganNYA. yakini salah satu laranganNYA ialah zina.

berat gak nak menulis. sebab zyla pun sama macam korang jugak.

bangun, bangkit dan terus kuat.

anggap Allah sayang kita cukup.

Taubat.

Muhasabah diri,

perbaiki diri.

kemudian kita menjadi insan yang lebih baik. KAPEL ITU HARAM. macam mana korang  buat pun memang haram. lagi-lagi dengan selamba anak unta korang letak relantionship kat Facebook. cakap dah kapel, tunang dan kahwin. aikkk.. yang perempuan, tak elok tau letak dah kahwin kat Facebook padahal belum kahwin. sila hormat mak ayah korang. korang masih ada wali dan wali sangat penting untuk dihormati dan dijaga haknya.

jadi sekarang kalau rasa ada status yang macam tu baik korang remove. dengan gambar-gambar sekali.

"jika kamu terlalu merasa manisnya bercinta sebelum nikah maka selepas nikah kamu akan rasa tawarnya cinta"

sekarang pilih! nak manis dulu ke kemudian?

ok settle. zyla tahu korang akan pilih yang kemudian. mudahan. amin.

zyla dulu putus sama study. waaaaaa~~~ nak exam lak tu. okeh. macam mana zyla handle. ^__^. zyla serah hati pada Allah untuk merawatnya. lama tau zyla tak kapel. sekarang pun single lagi. hihihi.

zyla yakinkan hati, kuatlah tabahlah. kebahagiaan hari nikah dengan jodoh yang telah ditetapkan adalah lebih manis. ^__^. itu baru cinta till jannah. 

dan jugak.. 

untuk ex boyfriend korang tu. tak elok jugak korang nak simpan rasa benci , dendam kat dia, 

memang dia buat salah.

jadi yang kita ni perempuan tak de salah?

sebab kita ada salahlah ALLAH tegur betul-betul baik caranya.

jangan give up.

JUST LIVE YOUR LIFE dan kadang-kadang bantuan Allah akan tiba tanpa disangka.

^__^. senyum lagi.

kebahagian yang sebenar bila kita lakukan apa yang wajib kepada agama, keluarga dan diri kita.

betul sunyi lah kalau tak ada boyfriend. 

tapi itu sekejap cuma. kita masih muda dan isilah dada dengan ilmu selengkapnya.

sebab satu hari kita akan jadi seorang ibu untuk mendidik anak-anak yang kini adalah bidadari syurga. amanah terbesar dari Allah SWT. ingat senang nak didik anak? tengok kita sendiri yang degil tak nak dengar cakap mak ayah.

In Sha Allah. jodoh, rezeki dan ajal maut itu Allah dah tentukan untuk setiap manusia. Tak akan lambat seminit atau cepat seminit pun. 

Cinta ni kalau banyak sangat bagi kat manusia payah lah. bagi sama rata dengan Allah, Rasulullah SWT, keluarga, diri sendiri dan ilmu. elok-elok nanti kita boleh jadi contoh dengan masyrakat setempat. "see, kakak tu, dahlah cantik, pandai pulak tu. tapi tak rushing pun nak kapel. tak gatai." . at least kita masa muda, usahakan minat dan kemahiran kita ada. mana tahu boleh jadi inspirasi kat orang lain. betul kan?

nanti bila tibanya kita berpasangan. kita akan mati pun sebagai seorang isteri dan seorang ibu.

siapa rasa jodohnya tak datang lagi. jika Allah tak bagi kat dunia, Allah bagi kat akhirat. itu janji Allah, setiap manusia itu akan berpasang-pasangan. 

lagi satu nak pesan. zyla faham, zyla tahu , artis lelaki korea memang sangat handsome. dulu pun zyla minat jugak. tapi sekarang tak nak. yang handsome nanti hanya bakal suami zyla. korang, jaga pandangan tu. jangan nak khusyuk sangat!

mesti nak jodoh yang baik kan? sebelum tu kita kene jadi yang baik dulu.

ada kalanya tak perlu banyak sangat nak fikir pasal jodoh ni.

sebab jodoh dan perasaan cinta ni manis rasanya . anggap itu hadiah dari Allah untuk kita.






1 comment: