Friday 26 September 2014

Kucing Pun Ada perasaan !

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

hai korang!

Jumaat dah ni. mesti semua semangat lebih dari biasa!

Malam ni boleh rehat!

Esok pagi boleh bangun awal untuk subuh!

lepas tu kemas rumah!

jogging!

shopping! 

relax lagi..
kalau yang ada geng usrah memang syok, selalunya dalam pukul 10.00 atau 9.00 pagi macam tu mesti ada event ke, usrah ke, ceramah ke, aktiviti . kan?? syok kan?? perkataan bosan tu, macam tak de,

tapi yang tak cuti sabtu ahad tak dapat nak tolong. tak pe, kerja itu amanah, tanggungjwab dan juga ibadah, nanti Allah bagi ganjaran . dulu zyla pun kerja jugak sabtu ahad tapi ada gak masa bos bagi cuti. phewwwww~~

*****

Hari ini dari semalam zyla dah plan siap-siap apa nak buat. sebab esok,In Sha Allah ada usrah dengan sahabat. yeah. usrah online. yalah buat masa ni tak leh dekat sebab dia jauh kat sana, zyla kat sini. ehem2. dia perempuan ye.

so, tetiba lak, ayah ajak survey handphone.. waaahhh!!!! cayalah! haha. bukan untuk zyla untuk ayah. aish!! hurm.. tapi zyla tadi pun dah target dah nak sony M2 atau tunggu Sony E3 launch?? tak pe, kalau rezeki zyla rezeki zyla jugak.. ^__^.

Lepas habiskan masa dok ke kedai handphone tetiba ayah ajak zyla tukar spec lak! aik.. baik bebenor ayah. yelah dia tengok spec anak dia dah tak macam spec dah. adui.. zyla ni agak kasar orangnya dan jugak cuai. so handphone dan spec akan bertukar setiap tahun. ada cadangan tak nak ubah sikap ni??

dah buat spec tadi, alhamdulillah dari harga RM 386 , auntie tu bagi diskaun dapatlah RM 250 sebab rabun zyla taklah kuat mana setakat 450( kiri) , 400 ( kanan), silau pulak baru -25. hok-alohh..

rezeki.

lepas tu zyla pun baliklah rumah. sampai aje rumah. pot pet pot pet dengan mak dan adik jap. zyla tukar baju.. tak Asar lagi sebab Si Suci, kucing zyla yang sangat manja, pemalu dan pendiam ni melalak lak.. aik. miaw.. miaw.. miaw.. tak henti-henti.

zyla pun tanyalah kat Si Suci.

"kau kenapa Ci. tak makan lagi ke?"

Suci jawab bahasa dia.. "hujan ni sebab tu aku lapar lagi. nak makan. nak makan.".

Zyla pun terus sediakan makanan untuk Suci . Suci ni pelik! dia tak nak makanan kucing, dia nak makan makanan manusia. mesti ada nasi! makanan kegemaran Suci ialah nasi+ ikan bilis. 

"Suci meh, ni makan. jap g zyla nak solat " 

Suci pun faham terus datang dekat. tapi masa zyla letak makanan dalam bekas dia, dia dok buat tawaf keliling zyla. apa entah dia bebel. asal Suci? tak kan kau nak Mcd kot?? Boikot lah. 

lepas tu Suci pun makan, mak panggil zyla . zyla tinggalkan Suci dan ke ruang tamu. lepas tu, zyla dok dengar mak bebel-bebel, Suci datang lak dekat zyla. 

"aik, kejap bebenor kau makan Suci?" dia pun buat perangai macam tadi. buat tawaf dan gesel-gesel badan dengan zyla. so zyla yang tahu Suci tak jamah makanan dia pun pergilah dapur. 

lepas tu yang lawaknya, Si Suci ni sempat dok tenung adik lelaki zyla.. dan adik lelaki zyla cakap apa?

"ikut kak long nun pergi dapur". Suci dengan spontan lari kejar zyla.. aik!! reti lak kau Suci. haha.

dan jeng jeng jeng.. dah agak dah, memang Suci tak sentuh pun makanan dia.

So zyla suakan makanan tu kat Suci baru dia makan, zyla nak angkat punggung dia dah berhenti makan. dia tenung muka zyla nak mintak belas kasihan., aik?? kenapa lak?? ada hantu ke Suci?

rupa-rupanya Suci nak zyla temankan dia makan. alolololo. 

see, kucing pun ada perasaan. tak nak makan sorang-sorang.

dan sekarang zyla lebih memahami Suci.

lepas tu zyla pun tunaikan solat Asar, zyla keluar aje bilik tengok Suci dah terbongkang tdo.. haha. 

itu baru Suci belum Lagi Si Tam.


Maaf. tak de gambar sebenar dua ekor kucing zyla tu . Handphone tengah nazak. haha.

Si Tam ni lebih tua dari Suci. tapi dua-dua jantan! memang tak de kesenambungan keturunan lagi dah. Si Tam ni tak macam Si Suci. Dia suka berjalan, dia suka bersosial dengan kucing-kucing kat luar sana. sebab tulah kadang-kadang zyla tengok habis kucing betina kakak sebelah Si Tam kejar!

Si Tam baik-baik sikit dengan anak dara orang!

haha. 

Hari tu, pagi-pagi awal. dah subuh tapi masih gelap lagi. Zyla dan mak jenguklah kat luar rumah sebab ada kucing menjerit.pelik sangat bunyi dia. 

Bila zyla datang dekat, rupanya kucing tu dah kene gigit anjing. dia pun saiz S aje, sebab tu mudah masuk area rumah zyla. zyla tak tau nak buat apa, zyla dok tengok lah kucing tu. mak kata dia dah nazak. alah sedihnya. kucing nak cabut nyawa pun sakit tahu!

yang syahdunya, Si Tam nilah yang pergi kat kucing tu dan jilat-jilat kepala dia. sweeeeettt macam sawit lah Si Tam ni.. makwe ea??

lama Si Tam sedih dok tengok kawan dia nak pergi ke syurga . dalam masa setengah jam jugaklah zyla dan Si Tam tunggu arwah menghembuskan nafas terakhir.

lepas tu, tak de dah suara kucing tu sebab dia dah mati. Si Tam masih duduk tepi zyla. dia pandang zyla lain macam sangat. memang Si Tam ni perasaan dia, cukup lebih bernilai dari manusia luar sana yang buang anak!

Pengajarannya, kadang-kadang Allah bagi kita pengajaran, peringatan melalui apa jua yang ada disekeliling kita. contoh paling simpe kucinglah. sebba diaorang ni sifatnya manja. 

^__^. bagi yang geli dengan kucing tu memang tak boleh nak buat apalah. tapi kalau nak try gak belai2 kucing pun bagus jugak sebab diorang ni jenis yang paling manja!





2 comments:

  1. bela si suci dr kitten ke? seronoknya dpt bela kucing.. T__T
    manja sangat nak kena teman..haha..
    nasib baik kucing yg mengatal kalau manusia??? mmg kena..

    best juga dpt join usrah atau ceramah2 ilmu,tambah apa yg kita tak tahu..cuma masa dan nak tak nak ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'aa bela dri kecik lagi. sebba tu manja. tp yg peliknya Si Suci ni memang stok duduk rumah aje.. tak mcm kucing jantan lain, dok usha awek. hahaha... tak merasa bercuculah zyla ni,.

      Delete