Sunday 14 September 2014

Tentang Bersin dan Menguap yang anda perlu tahu

Assalammualaikum
Bismillahirahmanirahim



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

semalam zyla ada membaca tentang bersin dan menguap ni. disebabkan Islam ni agama sangat teliti dan mudah, jadi disini zyla nak kongsikan apa yang zyla dah faham tentang Bersin dan Menguap ni.

tahukan anda :

" Bersin adalah amalan terpuji , dan menguap itu dikeji?"

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya Allah menyukai (hamba-NYA) bersin dan tidak menyukai (hamba-NYA) menguap. "
                                                                                            -Riwayat Al- Bukhari-


1. mengapa menguap itu keji?




Menguap bukanlah mendatangkan kemurkaan Allah SWT , tetapi para ulama menghuraikan sebab menguap tidak disukai Allah kerana ia cenderung melemahkan tubuh badan dan melesukan ibadah yang berpunca daripada banyak makan.

Pernah tak satu hari dalam seumur hidup ni, kita terlebih makan al-maklumlah terlebih berselera , bila banyak makan , perut penuh mesti kita tak akan terdaya nak buat banyak pergerakkan, ada tu terus mengantuk dan sebelum itu pastinya kita akan menguap beberapa kali? dan disebabkan terlalu mengantuk, ada sahaja kerja yang tidak dilaksanakan apatah lagi solat?

Menguap tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan tindakbalas semulajadi badan kita. Rasulullah SAW menganjurkan apabila kita menguap, ialah kita menahannya selagi mampu. Jika tidak berdaya juga, , maka kita dituntut untuk menutup mulut dengan tangan.

Sunat hukumnya kita menahan menguap sebagaimana diajarkan oleh Baginda SAW. Kita juga diajar tidak menguap sehingga mengeluarkan suara serta mengeliatkan badan. Perbuatan sebegini akan membuatkan kita ditertawakan oleh syaitan.

Adab ketika menguap mengikut Rasulullah SAW 

"Apabila kamu menguap maka hendaklah menutup mulut dengan tangan kerana syaitan akan masuk ke mulutnya yang terbuka"
                                                                                                -Riwayat Muslim-

hah! yang ni mesti selalu kita dengar kan orang tua-tua pesan, bila menguap tutup mulut! nanti syaitan masuk!! tapi? kita kadang-kadang lupa. dengan tak malunya menguaapp ngaaangaaa mulut besar-besar.. 


Manakala dari sudut perubatan moden pulak ,

mulut orang yang menguap akan mengeluarkan virus penyakit berjangkit. Jadi, hikmah menutup mulut dengan tangan ini akan melindungi diri kita dan orang lain daripada penyakit tersebut, 

simple kan? give and take. concern each others. kadang-kadang walaupun perkara remeh tapi kita tak ambik berat boleh memudaratkan orang lain. 

2. kenapa pulak bersin itu dipuji?


Perbuatan pertama Nabi Adam as setelah diciptakan ialah bersin dan Allah mengajar Nabi Adam mengucapkan "ALHAMDULILLAH". 

Bersin ialah menghilangkan penyakit dan memberikan kecergasan kepada tubuh badan. nampak tak beza perbuatan bersin ni dengan menguap tadi?

Oleh itu, sunat bagi kita memuji Allah SWT  dengan berkata "ALHAMDULILLAH". Pujian Bagi Allah SWT ini sebagai tanda syukur atas nikmat kesihatan yang diberikanNYA.

apabila seseorang itu bersin dan memuji Allah SWT , maka yang mendengar sunat mendoaka padanya. "Yarhamukallah" yang bermaksud Semoga Allah SWT memberi rahmat kepada kamu. Sebagai balasan doa kepada orang yang mendoakan orang yang bersin tadi, disunatkan untuk membalas "Yahliyakumuallah-yawudhubikum" Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kamu dan membaikkan keadaan kamu.

Biasanya , seseorang yang sihat akan bersin hanya 2 atau 3 kali. dan untuk setiap kali seseorang itu bersin  , sunat bagi kita mendoakannya dengan beberapa kali dia bersin. Tetapi kalau bersin melebihi jumlah itu, barangkali itu petanda seseorang itu tidak sihat. contohnya, nak kene selesema ke, demam mungkin. dan sewajarnya kita mendoakan kesihatan dia dengan menyebut, Semoga Allah menyembuhkan kamu. ^_^. saling mendoakan antara satu sama lain..caring kan?

Adab Bersin:

Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa apabila Rasulullah SAW bersin, baginda meletakkan tangan atau bajunya ke atas mulutnya serta baginda merendahkan suaranya. Hal ini kerana untuk mengelakkan kekotoran yang keluar dari mulut tersebar kepada orang lain. Kita juga diajar mengawal suara apabila bersin agar tidak terlalu kuat sehingga menganggu orang lain.

cuba refresh balik, mesti selalu kan kita sendiri atau orang lain bersin terlalu kuat sampai orang sekelilingnya terkejut. tak salah sebab perkara tu benda yang spontan dan tindak balas badan. so untuk kali ini, kita try kawal supaya taklah mengejutkan orang lain. ^__^.

Ada 5 perkara tentang bersin yang mungkin anda tak tahu:

1. Kelajuan bersin adalah 100km/j.

2. Bersin mampu mematahkan tulang rusuk sekiranya ia terlalu kuat 

3. Saluran darah dari leher dan kepala boleh pecah sekiranya kita menahan bersin dengan mengejut.

4. Bersin dalam keadaan mata terbuka boleh menyebabkan biji mata terkeluar.

5. Bersin menyebabkan jantung kita berhenti sesaat.

semoga info kali ini bermanfaat sebagai ingatan untuk kita seharian. 




2 comments:

  1. Salam kenal.. singgah sini dan follow :)

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan.. terima kasih, nanti zyla singgah dan masukkan dalam list jum kenal sahabat blogger ye!

    ReplyDelete