Sunday 7 September 2014

TENTANG CINTA

Assalammualaikum

Bismillahirahmanirahim.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Awal pagi ini lepas zyla usai subuh dan melakukan sedikit rutin harian, zyla kembali membaca beberapa karya di penulisan2u dan di Novel Octavia Untuk Iris . Untuk membaca novel ni kita kene sediakan satu perasaan semulajadi yang membuatkan kita boleh memahami dan menghayatti sebuah karya itu dengan baik. Sebagai seorang penulis muda yang masih belajar dan terus belajar untuk memantapkan penulisan zyla, zyla sebenarnya seakan-akan agak kecewa dengan tema novel dan cerpen yang sering disiarkan.

banyak penulis yang menulis dengan konsep cinta. mendidik lebih ramai masyrakat terutamanya remaja untuk bercinta. konsep pulak semua sama, hero mesti kaya, heroin mesti cantik. ada 2 darjat dan kerana sifat heroin si hero jatuh cinta. betul? lepas tu kahwin paksa keluarga dato datin. 

tapi kurang menulis tentang realiti dunia remaja. sikit. naskah sebegini kurang untuk dijumpai. zyla? ya tengah usahakan sebuah manuskrip tentang dunia remaja. tak ada mak datin yang sombong dan
angkuh. 

rasanya sebab banyak sangat cerita novel yang menunjukkan ramai sangat mak mertua jahat sebab tu ramai perempuan yang ada sedikit was-was tentang mak mertua.

hm. zyla berharap agar lebih ramai penulis yang lahir menghasilkan sebuah naskah yang mendidik jiwa remaja untuk menyedarkan mereka, memberikan motivasi kepada mereka, menyakinkan mereka tentang kejayaan masa depan adalah bergantung dengan usaha hari ini. someting like that yang boleh memupuk cinta kepada sikap membaca itu lebih tinggi. 

tapi. kita hanya dihidangkan dengan tema cinta yang berpanjangan. dalam drama, novel kereta atau jawatan yang dipegang oleh hero memang sangat menakjubkan. tapi realitinya hanya kereta tempatan dan jawatan biasa dalam SPA. 

maafkan zyla kalau pendapat ini menguris hati. 

2 comments:

  1. Zyla...Nad truly agree with you...dah terlalu banyak lambakan karya dengan tema dan konsep yang hampir sama...klise semuanya....Dato' Datin...Ferrari segalanya ...padahal realiti jauhhhh sangat...

    Can't wait for yours...all the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnks nad. In sha Allah i'll try my best. ^_^

      Delete